Lompat ke kandungan

KAUM MUDA BERTANYA

Mengapakah Perlu Menghadiri Perjumpaan Kristian di Dewan Perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa?

Mengapakah Perlu Menghadiri Perjumpaan Kristian di Dewan Perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa?

 Saksi-Saksi Yehuwa mengadakan perjumpaan di Dewan Perjumpaan mereka sebanyak dua kali seminggu. Apakah yang berlaku di sana, dan apakah manfaat yang kamu dapat apabila menghadiri perjumpaan?

 Apakah yang berlaku di Dewan Perjumpaan?

 Dewan Perjumpaan merupakan sebuah pusat pendidikan yang memberikan nasihat praktikal berasaskan ajaran Bible. Perjumpaan yang diadakan di sana boleh membantu kamu...

  •   belajar tentang kebenaran mengenai Tuhan.

  •   memahami maksud sebenar peristiwa-peristiwa semasa.

  •   menjadi orang yang lebih baik.

  •    mendapat sahabat sejati.

 Tahukah Kamu? Dewan Perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa juga disebut sebagai “Balai Kerajaan” dalam sesetengah bahasa, kerana kami selalu membincangkan topik tentang Kerajaan Tuhan semasa perjumpaan.​—Matius 6:​9, 10; 24:14; Lukas 4:​43.

 Mengapakah kamu harus menghadiri perjumpaan?

 Maklumat yang kamu pelajari boleh membantu kamu. Prinsip-prinsip Bible yang dibincangkan semasa perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa dapat membantu kamu untuk “memperoleh kebijaksanaan.” (Amsal 4:5) Maksudnya, Bible boleh membantu kamu untuk membuat keputusan yang bijak dalam kehidupan. Bible juga memberi jawapan kepada soalan-soalan penting dalam hidup, seperti:

 Sebuah ceramah akan disampaikan pada setiap perjumpaan hujung minggu. Pelbagai tajuk ceramah disediakan, berikut adalah beberapa contoh:

  •   Mengapakah Bible Merupakan Panduan yang Baik?

  •   Dari Manakah Anda Boleh Mendapat Bantuan semasa Menghadapi Kesusahan?

  •   Apa yang Dilakukan oleh Kerajaan Tuhan untuk Kita Sekarang.

 “Rakan sekelas saya pernah datang ke salah satu perjumpaan. Dia duduk bersama keluarga saya, dan kami berkongsi buku dengannya. Selepas perjumpaan, dia memberitahu saya bahawa dia sangat kagum dengan komen-komen yang diberi semasa sesi soal jawab. Dia juga berkata bahawa di gereja mereka, mereka tidak mempunyai bahan pembelajaran seperti kami.”​—Brenda.

 Tahukah kamu? Di Dewan Perjumpaan, masuk adalah percuma dan tiada pungutan wang dilakukan.

 Pergaulan yang dapat menggalakkan kamu. Menurut Bible, salah satu sebab orang Kristian harus berjumpa adalah untuk “menggalakkan satu sama lain.” (Ibrani 10:24, 25) Pergaulan yang baik bersama mereka yang mengutamakan Tuhan dan orang lain amat menyegarkan, terutamanya dalam dunia sekarang yang sarat dengan sikap mementingkan diri.

 “Selepas sehari suntuk, kadangkala saya berasa sedih dan penat, tetapi orang yang saya jumpa di Dewan Perjumpaan selalu dapat menyegarkan saya. Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya rasa gembira dan bersedia untuk menghadapi cabaran pada hari berikutnya.”​—Elisa.

 Tahukah kamu? Terdapat lebih daripada 120,000 sidang Saksi-Saksi Yehuwa di serata dunia, mereka berkumpul di lebih daripada 60,000 lokasi yang berbeza. Setiap tahun, secara purata, kira-kira 1,500 Dewan Perjumpaan dibina untuk menampung jumlah hadirin yang semakin bertambah. a

a Untuk mencari lokasi perjumpaan, layarilah halaman “Perjumpaan Sidang Saksi-Saksi Yehuwa” dan klik “Cari Lokasi Dekat Anda.”