Lompat ke kandungan

KAUM MUDA BERTANYA

Patutkah Kami Berpisah? (Bahagian 2)

Patutkah Kami Berpisah? (Bahagian 2)

 Pilihlah waktu dan tempat yang sesuai untuk membincangkan hal ini. Bagaimana?

 Fikirkanlah bagaimana kamu ingin diperlakukan. (Matius 7:​12) Jika seseorang ingin berpisah dengan kamu, adakah kamu ingin dia berbuat demikian di depan khalayak ramai? Tentu tidak.

 Sebaik-baiknya janganlah memutuskan hubungan menerusi telefon, SMS, atau e-mel. Sebaliknya, pilihlah masa dan tempat yang sesuai untuk membincangkan hal yang serius ini.

 Apakah yang patut kamu katakan? Rasul Paulus menggalakkan orang Kristian agar “bercakap benar.”​—Efesus 4:​25.

 Semasa bercakap, anda harus tegas tetapi sopan. Nyatakan secara jelas mengapa kamu berasa bahawa hubungan itu tidak patut diteruskan.

 Kamu tidak perlu mengkritiknya atau menyenaraikan setiap kesalahannya. Misalnya, jangan berkata, “Kamu tidak buat ini” atau “Kamu tidak pernah buat itu.” Lebih baik jika kamu menggunakan kata-kata yang menunjukkan perasaan kamu, seperti “Saya perlukan seseorang yang . . .” atau “Saya berasa bahawa kita patut berpisah kerana . . .”

 Jangan berubah fikiran atau termakan pujukan orang lain. Ingatlah bahawa kamu memilih untuk berpisah kerana alasan yang serius. Jadi berhati-hatilah jika dia berusaha untuk memujuk kamu atau mengubah fikiran kamu. Seorang gadis yang bernama Lori berkata, “Selepas saya berpisah dengan dia, dia berpura-pura sedih. Saya rasa dia berbuat demikian untuk minta dikasihani. Biarpun saya rasa kasihan terhadapnya, saya tetap enggan mengubah fikiran saya.” Seperti Lori, kamu harus tahu apa yang kamu inginkan. Tetaplah berpegang teguh pada pendirian kamu, dan jangan sekali-kali mengubah fikiran.​—Yakobus 5:​12.