Lompat ke kandungan

KAUM MUDA BERTANYA

Penciptaan atau Evolusi?​—Bahagian 3: Mengapakah Percaya tentang Penciptaan?

Penciptaan atau Evolusi?​—Bahagian 3: Mengapakah Percaya tentang Penciptaan?

Jika kamu percaya tentang penciptaan, orang akan fikir kamu bodoh. Kamu mungkin dianggap seperti budak yang terikut-ikut dengan kepercayaan kolot daripada ibu bapa, ataupun dibutakan oleh ajaran agama.”​—Jeanette.

 Adakah kamu mempunyai perasaan yang sama seperti Jeanette? Jika ya, kamu mungkin meragui kepercayaan kamu tentang penciptaan. Tiada orang yang suka dipandang seperti orang yang tidak berakal. Apakah yang dapat membantu kamu?

 Sebab untuk tidak percaya

 1. Jika kamu percaya tentang penciptaan, orang lain akan menganggap kamu menolak ilmu sains.

 “Cikgu saya kata, orang yang percaya penciptaan ialah orang yang malas untuk menjelaskan kejadian bumi.”​—Maria.

 Tahukah kamu: Orang yang berkata sedemikian tidak sedar bahawa para saintis seperti Galileo dan Isaac Newton percaya tentang kewujudan Tuhan. Kepercayaan mereka tidak bercanggah dengan ilmu sains. Seperti mereka, sesetengah saintis hari ini juga mempunyai pandangan yang serupa.

 Cubalah ini: Taip frasa (termasuk tanda petikan) “menjelaskan imannya” dalam kotak cari yang terdapat di PERPUSTAKAAN ONLINE Menara Pengawal dalam bahasa Indonesia. Bacalah pengalaman para pakar dalam bidang perubatan dan sains. Perhatikanlah apa yang mengubah pandangan mereka untuk menerima kepercayaan tentang penciptaan.

 Kesimpulan: Kepercayaan tentang penciptaan tidak bermaksud bahawa kamu menolak ilmu sains. Malah, semakin banyak kamu belajar tentang alam semula jadi, kepercayaan kamu tentang penciptaan akan semakin kukuh.​—Roma 1:​20.

2. Jika kamu percaya ajaran Bible tentang penciptaan, orang akan fikir kamu fanatik dalam hal agama.

 “Ramai orang memandang remeh tentang penciptaan. Mereka berasa bahawa catatan dalam buku Kejadian hanya cerita dongeng.”​—Jasmine.

 Tahukah Anda: Ramai orang mempunyai tanggapan yang salah tentang kisah penciptaan dalam Bible. Sebagai contoh, sesetengah ahli kreasionisme menyimpulkan bahawa bumi hanya diciptakan beberapa ribu tahun yang lalu ataupun bumi diciptakan dalam masa enam hari yang harfiah, iaitu panjang setiap hari ialah 24 jam. Bible tidak menyokong kesimpulan sedemikian.

  •   Kejadian 1:1 menyatakan: ‘Pada mulanya, ketika Tuhan mula menciptakan alam semesta.’ Ayat ini tidak bercanggahan dengan ajaran sains bahawa bumi berumur berbilion-bilion tahun.

  •   Perkataan “hari” yang dinyatakan dalam buku Kejadian boleh bermaksud tempoh masa yang panjang. Maka, perkataan “hari” yang dinyatakan di Kejadian 2:4, merujuk kepada semua enam hari penciptaan.

 Kesimpulan: Ajaran Bible tentang penciptaan adalah selaras dengan ilmu sains.

 Fikirlah kepercayaan kamu

 Kepercayaan tentang penciptaan tidak bermaksud bahawa kita “percaya secara membabi buta.” Sebaliknya, kepercayaan ini berasaskan bukti yang kukuh. Pertimbangkan hal ini:

 Segala reka cipta yang kamu perhatikan seperti kamera, kapal terbang, atau rumah, menunjukkan bahawa ada seseorang yang merekanya. Apabila kamu fikir tentang mata manusia, burung, atau bumi kita, bukankah masuk akal untuk percaya bahawa adanya Pencipta?

 Fikirlah: Para jurutera sering meniru ciri-ciri alam semula jadi untuk meningkatkan mutu reka cipta mereka. Mereka juga ingin hasil kerja mereka diiktiraf oleh orang lain. Adakah masuk akal untuk mengiktiraf manusia serta hasil kerja mereka, tetapi tidak memberikan penghormatan kepada Pencipta serta ciptaan-Nya yang unggul?

Jika kapal terbang mempunyai pereka, adakah masuk akal untuk berfikir bahawa burung wujud tanpa Pencipta?

 Bahan-Bahan yang membantu kamu mengkaji bukti

 Kamu boleh menguatkan keyakinan kamu tentang penciptaan dengan mengkaji bukti-bukti yang terdapat dalam alam semula jadi.

 Cubalah ini: Taip frasa (termasuk tanda petikan) “apakah ini dirancang?” dalam kotak cari yang terdapat di PERPUSTAKAAN ONLINE Menara Pengawal dalam bahasa Indonesia. Pilihlah tajuk yang kamu minati daripada siri rencana berjudul “Apakah ini dirancang?” daripada majalah Sadarlah! Untuk setiap rencana, perhatikanlah apa yang menarik tentang alam semula jadi. Bagaimanakah hal itu meyakinkan kamu bahawa Pencipta wujud?

 Kaji dengan lebih dalam: Gunalah brosur berikut untuk mencari bukti yang lebih terperinci tentang penciptaan.

  •  Kehidupan Diciptakan

    •   Kedudukan bumi yang sempurna dan lengkap dapat menampung kehidupan.​—Lihat muka surat 4-​10.

    •   Contoh-contoh reka cipta yang terdapat di alam semula jadi.​—Lihat muka surat 11-​17.

    •   Ajaran Bible tentang penciptaan selaras dengan ilmu sains.​—Lihat muka surat 24-​28.

  •   Asal Mula Kehidupan​—Lima Pertanyaan yang Patut Direnungkan (Terdapat dalam bahasa Indonesia.)

    •   Kehidupan tidak dapat muncul secara kebetulan dari benda yang tidak bernyawa.​—Lihat muka surat 4-7.

    •   Benda hidup yang rumit tidak mungkin muncul secara kebetulan.​—Lihat muka surat 8-​12.

    •   Kod genetik dapat menyimpan jauh lebih banyak maklumat berbanding dengan teknologi moden.​—Lihat muka surat 13-​21.

    •   Semua benda hidup tidak berasal daripada nenek moyang yang sama. Catatan fosil menunjukkan bahawa semua kumpulan haiwan yang utama muncul secara tiba-tiba, dan bukannya secara beransur-ansur.​—Lihat muka surat 22-​29.

 “Seluruh alam semula jadi termasuk haiwan di bumi sehinggalah alam semesta, meyakinkan saya bahawa Tuhan memang wujud.”​—Thomas.