Lompat ke kandungan

KAUM MUDA BERTANYA

Pentingkah untuk Menjadi Popular di Media Sosial?

Pentingkah untuk Menjadi Popular di Media Sosial?

 Seorang remaja yang bernama Elaine berkata, “Apabila saya nampak rakan sekolah saya ada beratus-ratus follower, saya fikir, ‘Wah, mereka sangat popular!’ dan saya pun rasa sikit cemburu.”

 Pernahkah kamu berasa begitu? Jika ya, rencana ini dapat membantu kamu untuk mengelakkan diri daripada terjebak dalam perangkap untuk menjadi popular di media sosial.

 Apakah bahayanya?

 Amsal 22:1 menyatakan, ‘Nama baik lebih baik daripada kekayaan yang melimpah.’ Jadi tidak salah untuk inginkan nama yang baik, atau ingin orang lain suka kamu.

 Tetapi kadangkala keinginan ini boleh bertukar kepada keinginan untuk menjadi popular. Adakah hal ini berbahaya? Onya, yang berumur 16 tahun, jawab ya. Dia berkata,

 “Saya pernah nampak orang akan buat perkara yang gila. Ada pelajar yang melompat dari tingkat kedua sekolah hanya kerana dia mahu jadi popular.”

 Untuk menarik perhatian kawan mereka, ada orang bahkan merakam aksi yang berbahaya dan post videonya di Internet. Contohnya, ada beberapa orang remaja makan sabun pencuci baju dan post video itu di media sosial. Perbuatan ini sangat bahaya dan tidak patut dilakukan kerana sabun itu beracun!

 Bible menyatakan, “Janganlah lakukan sesuatu . . . kerana hendak menyombongkan diri.”—Filipi 2:3, Alkitab Berita Baik.

 Cuba renungkan:

  •   Seberapa pentingkah bagi kamu untuk menjadi popular di media sosial?

  •   Adakah kamu sanggup membahayakan kesihatan dan nyawa sendiri semata-mata kerana ingin menarik perhatian rakan sebaya dan disukai mereka?

 “Gambaran yang palsu”

 Bukan semua orang selalu melakukan perkara yang berbahaya agar dapat menjadi popular. Erica, yang berumur 22 tahun, menyatakan apa yang dilakukan oleh sesetengah orang:

 “Mereka akan ‘post’ banyak gambar yang buat orang fikir bahawa mereka ada banyak kawan. Hal ini berikan gambaran palsu bahawa mereka sangat popular.”

 Cara, yang berusia 15 tahun, berkata bahawa sesetengah orang pula menipu:

 “Saya nampak orang ambil gambar yang menunjukkan bahawa mereka seolah-olah ada di parti, tetapi sebenarnya mereka ada di rumah.”

 Matthew, yang berusia 22 tahun, mengaku bahawa dia pernah buat begitu:

 “Saya ‘post’ gambar dan ‘tag’ lokasinya sebagai Gunung Everest meskipun saya tidak pernah pergi ke Asia!”

 Bible menyatakan, “Kami ingin melakukan segala sesuatu dengan jujur.”—Ibrani 13:18.

 Cuba renungkan:

  •   Jika kamu menggunakan media sosial, pernahkah kamu post sesuatu yang tidak benar supaya dapat menjadi lebih popular?

  •    Adakah gambar dan komen yang kamu post mencerminkan siapa diri kamu yang sebenar dan nilai-nilai moral kamu?

 Seberapa pentingkah follower dan like?

 Banyak orang percaya jika mereka mahu menjadi popular, mereka perlu ada banyak follower dan like. Matthew, yang disebutkan tadi, mengakui bahawa dia juga pernah berfikiran begitu:

 “Saya selalu tanya orang, ‘Kamu ada berapa “follower”?atau ‘Berapa banyak “like” yang pernah kamu dapat?’ Untuk tambah bilangan ‘follower’ saya, saya akan ‘follow’ orang yang saya tidak kenal dan harap bahawa mereka akan ‘follow’ saya juga. Saya mula ada keinginan yang kuat untuk menjadi popular, dan media sosial memburukkan lagi keadaan.”

Menjadi popular di media sosial seperti makanan ringan—rasanya sedap tetapi tidak sihat

 Maria, yang berumur 25 tahun, memerhatikan bahawa sesetengah orang menentukan nilai diri mereka berdasarkan bilangan follower dan like yang diterima. Dia berkata,

 “Jika seorang gadis ‘post’ gambar ‘selfie,’ dan tidak dapat banyak ‘like,’ dia akan fikir dia hodoh. Fikiran ini tidak betul, tetapi banyak orang pun mempunyai fikiran yang salah ini. Mereka seakan-akan sedang membuli diri sendiri.”

 Bible menyatakan, “Janganlah kita menjadi sombong, saling membangkitkan persaingan, dan iri hati terhadap satu sama lain.”—Galatia 5:26.

 Cuba renungkan:

  •   Adakah media sosial membuat kamu membandingkan diri sendiri dengan orang lain?

  •    Adakah kamu lebih mementingkan bilangan follower daripada mencari kawan yang sejati?