Lompat ke kandungan

KAUM MUDA BERTANYA

Penciptaan atau Evolusi?​—Bahagian 2: Mengapakah Teori Evolusi Perlu Dikaji?

Penciptaan atau Evolusi?​—Bahagian 2: Mengapakah Teori Evolusi Perlu Dikaji?

 Alex keliru. Sejak dulu lagi, dia percaya akan Tuhan dan penciptaan. Tetapi hari ini, guru biologinya menyatakan dengan tegas bahawa teori evolusi ialah fakta yang berdasarkan kajian sains yang boleh dipercayai. Alex tidak mahu dianggap bodoh. Dia berkata kepada dirinya sendiri: “Jika saintis sudah membuktikan teori evolusi memang benar, siapakah saya untuk mempersoalkan mereka?”

 Adakah kamu pernah mengalami situasi ini? Mungkin selama ini kamu percaya apa yang Bible katakan, ‘Tuhan mula menciptakan alam semesta.’ (Kejadian 1:1) Namun, ramai orang cuba meyakinkan kamu bahawa penciptaan ialah mitos, manakala teori evolusi ialah fakta yang benar. Adakah kamu akan percaya mereka? Mengapakah teori evolusi perlu dikaji?

 Dua sebab teori Evolusi perlu dikaji

  1.   Para saintis tidak bersetuju dengan teori evolusi. Meskipun kajian telah dilakukan selama bertahun-tahun, namun tiada penjelasan yang dapat disetujui oleh para saintis dengan sebulat suara.

     Cuba fikirkan: Jika para saintis, yang merupakan pakar dalam bidang ini, tidak dapat menyetujui teori evolusi dengan sebulat suara, adakah salah untuk kamu mempersoalkan teori ini?​—Mazmur 10:4.

  2.   Apa yang kamu percaya adalah sangat penting. Seorang remaja bernama Zachary berkata, “Jika kehidupan datang secara kebetulan, maka kehidupan kita dan segala sesuatu di seluruh alam semesta tidak lagi bermakna.” Kata-katanya memang masuk akal. Jika teori evolusi adalah benar, kehidupan kita tidak lagi ada tujuan. (1 Korintus 15:32) Sebaliknya, jika penciptaan adalah benar, kita dapat mencari jawapan yang memuaskan tentang soalan-soalan mengenai tujuan hidup dan masa depan kita.​—Yeremia 29:11.

     Cuba fikirkan: Bagaimanakah pengetahuan tentang kebenaran evolusi dan penciptaan mempengaruhi kehidupan kamu?​—Ibrani 11:1.

 Fikirkan soalan-soalan ini

 ORANG BERKATA: ‘Segala sesuatu di alam semesta wujud hasil daripada suatu letupan yang besar.’

  •   Siapakah atau apakah yang menyebabkan letupan besar itu?

  •   Manakah yang lebih masuk akal​—segala sesuatu wujud secara kebetulan atau wujud kerana adanya Pencipta?

 ORANG BERKATA: ‘Manusia berasal daripada binatang.’

  •   Jika manusia berasal daripada binatang, misalnya beruk, mengapakah terdapat perbezaan yang begitu besar antara manusia dengan beruk dari segi keupayaan berfikir? a

  •   Mengapakah benda hidup yang “terkecil” pun, seperti mikroorganisma, juga begitu unik? b

 ORANG BERKATA: ‘Teori evolusi ialah fakta yang sudah dibuktikan.’

  •   Adakah orang yang mempercayai evolusi mengkaji bukti-bukti yang menyokong teori itu?

  •   Berapa banyakkah orang yang mempercayai teori evolusi semata-mata kerana mereka diberitahu bahawa semua orang yang pintar mempercayai teori ini?

a Sesetengah orang menyimpulkan bahawa manusia lebih bijak kerana mempunyai otak yang lebih besar berbanding dengan beruk. Namun, kesimpulan ini tidak mempunyai dasar yang kukuh, lihatlah brosur Asal Usul Kehidupan—Lima Soalan yang Patut Difikirkan, muka surat 28.