Lompat ke kandungan

Adakah Tuhan Bertanggungjawab atas Penderitaan Kita?

Adakah Tuhan Bertanggungjawab atas Penderitaan Kita?

Jawapan Bible

 Tidak! Bible jelas menunjukkan bahawa penderitaan bukan sebahagian daripada tujuan Tuhan Yehuwa untuk manusia. Namun, pasangan manusia yang pertama memberontak terhadap pemerintahan Tuhan dan mahu menentukan sendiri apa yang benar dan apa yang salah. Mereka berpaling daripada Tuhan dan akibatnya mereka menderita.

 Hari ini, kita merasakan kesan buruk pilihan mereka. Walau bagaimanapun, Tuhan sama sekali bukanlah punca penderitaan manusia.

 Bible berkata, “Semasa seseorang menghadapi cubaan, dia tidak patut berkata, ‘Tuhan sedang mencubai aku.’ Hal ini demikian kerana Tuhan tidak boleh dicubai oleh kejahatan, dan Dia juga tidak mencubai sesiapa pun dengan hal-hal yang jahat.” (Yakobus 1:13) Penderitaan boleh menimpa sesiapa sahaja—termasuk mereka yang disenangi oleh Tuhan.