Mazmur 77:1-20

  • Doa sewaktu menghadapi kesusahan

    • Merenungkan perbuatan Tuhan (11, 12)

    • “Tuhan manakah yang agung seperti Engkau?” (13)

Untuk pengarah muzik; diserahkan kepada Yedutun.* Lagu yang digubah oleh Asaf.+ Sebuah mazmur. 77  Aku berseru kepada Tuhan dengan suaraku.Ya, aku akan berseru kepada Tuhan, dan Dia akan mendengarkan aku.+   Dalam kesusahanku, aku mencari-cari Yehuwa.+ Pada waktu malam, aku menadahkan tanganku untuk berdoa kepada-Nya tanpa henti. Jiwaku tidak mendapat ketenangan.   Ketika aku teringat akan Tuhan, aku mengeluh;+Aku resah dan tidak bermaya.+ (Selah)   Engkau menahan kelopak mataku;Aku runsing dan tidak dapat bercakap.   Aku terkenang akan masa silam,+Aku teringat akan tahun-tahun yang sudah lalu.   Pada waktu malam, aku teringat akan laguku;*+Aku merenung dalam hatiku,+ Dan aku mencari dengan tekun.   Adakah Yehuwa menolak kita selama-lamanya?+ Adakah Dia tidak berkenan lagi kepada kita?+   Adakah kasih setia-Nya terhadap kita sudah lenyap selama-lamanya? Adakah Dia tidak akan memenuhi janji-Nya buat selama-lamanya?   Adakah Tuhan sudah lupa untuk menunjukkan perkenan-Nya?+Atau adakah Dia murka sehingga Dia tidak lagi menunjukkan belas kasihan? (Selah) 10  Patutkah aku asyik berkata, “Aku resah kerana+ Yang Maha Tinggi tidak lagi menghulurkan bantuan”? 11  Aku akan mengingati perbuatan-perbuatan Yah;Aku akan mengenang perbuatan menakjubkan yang Engkau lakukan pada zaman dahulu. 12  Aku akan merenungkan perbuatan-Mu,Dan aku akan merenungkan segala yang telah Engkau lakukan.+ 13  Ya Tuhan, segala perbuatan-Mu suci. Tuhan manakah yang agung seperti Engkau?+ 14  Engkaulah Tuhan yang benar, yang telah melakukan hal-hal yang mengagumkan.+ Engkau telah menunjukkan kekuatan-Mu kepada semua orang.+ 15  Dengan kuasa-Mu, Engkau telah menyelamatkan* umat-Mu.+Ya, Engkau telah menyelamatkan keturunan Yakub dan Yusuf. (Selah) 16  Ya Tuhan, air telah melihat Engkau.Air melihat Engkau lalu menjadi takut.+ Bahkan lautan yang dalam juga gementar. 17  Awan mencurahkan air. Guruh mengguntur di langit mendung,Dan anak-anak panah-Mu berterbangan ke semua arah.+ 18  Deruman guruh-Mu+ seperti bunyi roda-roda kereta kuda;Pancaran kilat menerangi bumi yang berpenduduk;+Bumi bergoncang dan bergegar.+ 19  Engkau berjalan melalui lautan,+Engkau melintasi lautan yang dalam;Tetapi jejak kaki-Mu tidak kelihatan. 20  Dengan tangan Musa dan Harun,+Engkau menuntun umat-Mu yang bagaikan kawanan bebiri.+

Nota Kaki

Lihat Kamus.
Atau “laguku yang dimainkan dengan alat muzik bertali.”
Harfiah, “menebus.”