Mazmur 41:1-13

  • Doa orang yang sakit

    • Tuhan memelihara orang yang sakit (3)

    • Dikhianati oleh sahabat karib (9)

Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh Daud. 41  Berbahagialah orang yang mengambil berat terhadap orang yang lemah;+Yehuwa akan menyelamatkannya pada masa kesusahan.   Orang itu akan dinyatakan sebagai orang yang berbahagia.+ Yehuwa akan menjaganya dan memelihara nyawanya.Tuhan tidak akan menyerahkannya kepada musuh-musuhnya.+   Yehuwa akan memeliharanya sewaktu dia kesakitan di katilnya;+Sewaktu dia sakit, Tuhan akan menjaganya sepanjang masa.   Aku berkata, “Ya Yehuwa, aku telah berdosa terhadap-Mu.+ Kasihanilah aku+ dan sembuhkanlah aku.”+   Musuh-musuhku mengutuk aku dan berkata, “Bilakah dia akan mati dan dilupakan?”   Salah seorang daripada mereka datang dengan niat untuk menipu aku. Dia mengumpulkan berita buruk tentang aku,Lalu dia pergi dan menyebarkannya ke merata tempat.   Semua orang yang membenci aku berbisik-bisik sesama sendiri;Mereka berkomplot untuk mencelakakan aku.   Mereka berkata, “Dia sudah ditimpa bencana;Dia telah dijatuhkan dan dia tidak akan bangun kembali.”+   Sahabat karibku yang aku percayai, yang makan bersama-samaku,+Telah mengangkat tumitnya untuk menentang aku.*+ 10  Ya Yehuwa, kasihanilah aku dan pulihkanlah aku,Supaya aku dapat membalas perbuatan mereka. 11  Apabila aku nampak bahawa musuh-musuhku tidak dapat mengalahkan aku,+ Maka tahulah aku bahawa Engkau berkenan kepadaku. 12  Engkau menyokong aku kerana aku setia,+Dan Engkau membolehkan aku berada di hadirat-Mu senantiasa.+ 13  Ya Yehuwa, Tuhan orang Israel,Semoga Engkau dipuji buat selama-lamanya.+ Amin!* Amin!

Nota Kaki

Atau “Telah berpaling tadah; Telah mengkhianati aku.”
Atau “Semoga begitu!”