Mazmur 65:1-13

  • Tuhan memelihara bumi

    • “Pendengar doa” (2)

    • “Berbahagialah orang yang Engkau pilih” (4)

    • Kebaikan Tuhan yang melimpah (11)

Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh Daud. Sebuah mazmur. 65  Ya Tuhan, Engkau layak menerima puji-pujian di Sion;+Kami akan menunaikan ikrar kami kepada-Mu.+   Ya Tuhan, Engkau ialah Pendengar doa; segala macam orang akan datang kepada-Mu.+   Dosaku yang begitu banyak telah membanjiri aku,+Tetapi Engkau akan mengampunkan kesalahan kami.+   Berbahagialah orang yang Engkau pilih dan yang Engkau jemput untuk mendekati-Mu; Berbahagialah orang yang dijemput untuk tinggal di halaman Rumah-Mu.+ Kami akan dipuaskan dengan segala yang baik di Rumah-Mu,+Di tempat kediaman-Mu yang suci.+   Engkau akan menjawab seruan kami dengan melakukan perkara yang menakjubkan;+Engkau akan melakukan semua itu kerana kebaikan-Mu, ya Tuhan Penyelamat kami.Engkaulah Sumber keyakinan bagi penduduk di seluruh bumi,+Dan bagi orang yang tinggal di seberang laut yang jauh.   Ya Tuhan, Engkau sangat perkasa;+Dengan kuasa-Mu, Engkau menegakkan gunung-gunung.   Engkau meredakan lautan yang bergelora dan ombak yang mengamuk;+Engkau menenangkan kerusuhan bangsa-bangsa.+   Penduduk dari tempat yang terpencil akan berasa kagum melihat tanda-tanda daripada-Mu;+Engkau akan menyebabkan orang dari timur hingga barat bersorak dengan gembira.   Engkau memelihara bumiDan menjadikan tanahnya sungguh baik dan subur.+ Engkau menyebabkan sungai dipenuhi airDan membekalkan biji-bijian untuk manusia.+Ya, demikianlah Engkau membentuk bumi. 10  Engkau mengairi alur yang digali dan meratakan tanah yang dibajak;Engkau menjadikan tanah gembur dengan hujan dan memberkatinya dengan hasil yang melimpah.+ 11  Kebaikan yang Engkau tunjukkan sepanjang tahun bagaikan mahkota yang indah;Berkat-Mu berlimpah-limpah di mana sahaja Engkau menjejakkan kaki-Mu.+ 12  Padang rumput di kawasan belantara bertumbuh subur,+Dan bukit-bukit dipenuhi kegembiraan dan sukacita.+ 13  Padang rumput penuh dengan ternakan,Dan lembah-lembah* diliputi biji-bijian.+ Semua itu bersorak dan bernyanyi dengan girang hati.+

Nota Kaki

Atau “dataran-dataran rendah.”