Mazmur 119:1-176

  • Menghargai firman Tuhan yang tinggi nilainya

    • “Bagaimanakah orang muda dapat hidup suci?” (9)

    • “Aku menggemari peringatan-Mu” (24)

    • “Aku percaya kepada firman-Mu” (74, 81, 114)

    • “Aku sangat mencintai hukum-Mu!” (97)

    • “Pengertianku melebihi pengertian semua guruku” (99)

    • “Firman-Mu bagaikan pelita yang membimbing langkahku” (105)

    • “Segala firman-Mu benar” (160)

    • ‘Orang yang mencintai hukum Tuhan mendapat kedamaian’ (165)

א [Alef] 119  Berbahagialah orang yang hidup tanpa cela,*Dan yang hidup menurut hukum Yehuwa.+   Berbahagialah orang yang mematuhi ajaran-Nya,*+Dan yang mencari-Nya dengan sepenuh hati.+   Mereka tidak melakukan kejahatan;Mereka hidup menurut kehendak Tuhan.+   Ya Tuhan, Engkau telah menyuruh kamiMengikut perintah-Mu dengan bersungguh-sungguh.+   Semoga aku tetap teguh+Dan mematuhi peraturan-Mu!   Dengan itu, aku tidak akan berasa maluSemasa aku meneliti semua hukum-Mu.+   Ketika aku mempelajari ketetapan-Mu yang adil,Aku akan memuji-Mu dengan tulus hati.   Aku akan mematuhi hukum-Mu. Janganlah sekali-kali meninggalkan aku. ב [Bet]   Bagaimanakah orang muda dapat hidup suci? Mereka dapat hidup suci dengan mengawasi diri mereka dan mematuhi firman-Mu.+ 10  Aku mencari-Mu dengan sepenuh hatiku. Janganlah biarkan aku menyimpang daripada perintah-Mu.+ 11  Aku menyimpan firman-Mu dalam hatiku,+Supaya aku tidak berdosa terhadap-Mu.+ 12  Ya Yehuwa, terpujilah Engkau!Ajarlah aku peraturan-Mu. 13  Aku akan mengisytiharkanSegala ketetapan yang telah Engkau berikan.  14  Aku menggemari peringatan-Mu+Lebih daripada segala benda yang berharga.+  15  Aku akan merenungkan* perintah-Mu+Dan menumpukan perhatian kepada haluan-Mu.+ 16  Aku amat menyukai perintah-Mu. Aku tidak akan melupakan firman-Mu.+ ג [Gimel] 17  Semoga Engkau melayan hamba-Mu ini dengan baik,Supaya aku dapat hidup dan berpegang pada firman-Mu.+ 18  Bukalah mataku agar aku dapat melihatHal-hal yang menakjubkan dalam hukum-Mu. 19  Aku hanyalah penduduk asing di negeri ini.+ Janganlah sembunyikan perintah-Mu daripadaku. 20  Aku sangat menginginkanKetetapan-Mu pada setiap waktu. 21  Engkau menengking orang yang angkuh,Iaitu orang terkutuk yang menyimpang daripada perintah-Mu.+ 22  Janganlah biarkan aku dicaci dan dihina,Kerana aku telah mematuhi ajaran-Mu.* 23  Walaupun para pembesar berkumpul dan memburuk-burukkan aku,Hamba-Mu ini tetap merenungkan* peraturan-Mu. 24  Aku menggemari peringatan-Mu;+Peringatan-Mu bagaikan penasihatku.+ ד [Dalet] 25  Aku tertiarap di atas debu.+ Peliharalah nyawaku menurut janji-Mu.*+ 26  Aku memberitahu-Mu segala perbuatanku, dan Engkau menjawab aku;Ajarlah aku tentang peraturan-Mu.+ 27  Tolonglah aku untuk memahami perintah-Mu,Agar aku dapat merenungkan* segala perbuatan-Mu yang mengagumkan.+ 28  Aku tidak dapat melelapkan mata kerana sedih. Kuatkanlah aku seperti yang Engkau firmankan. 29  Jauhkanlah aku daripada haluan yang jahat.*+Perkenankanlah aku dan ajarlah aku hukum-Mu. 30  Aku sedar bahawa ketetapan-Mu benar, Dan aku bertekad untuk tetap setia.+ 31  Aku berpaut pada peringatan-Mu.+ Ya Yehuwa, janganlah biarkan aku dikecewakan.*+ 32  Aku akan mematuhi perintah-Mu dengan bersungguh-sungguh,Kerana Engkau menambahkan pengertianku.* ה [He] 33  Ya Yehuwa, ajarlah aku untuk hidup menurut peraturan-Mu,+Dan aku akan mematuhinya sepanjang hayatku.+ 34  Kurniailah aku pemahaman,Agar aku dapat mematuhi hukum-MuDan berbuat demikian dengan sepenuh hatiku. 35  Bimbinglah aku agar mematuhi perintah-Mu,+Kerana perintah-Mu menggembirakan aku. 36  Berilah hatiku keinginan untuk mengikut ajaran-Mu*Dan bukannya untuk mengejar kepentingan diri.*+ 37  Palingkanlah pandanganku daripada perkara yang sia-sia;+Bantulah aku berjalan menurut haluan-Mu agar aku tetap hidup. 38  Tepatilah janji-Mu* kepada hamba-Mu ini,Agar Engkau dihormati.* 39  Jauhkanlah aku daripada hinaan yang aku takuti;Betapa baiknya ketetapan-Mu!+ 40  Lihatlah, aku begitu menginginkan perintah-Mu! Peliharalah nyawaku kerana Engkau adil dan benar. ו [Waw] 41  Ya Yehuwa, tunjukkanlah kasih setia-Mu kepadaku+Dan selamatkanlah aku menurut janji-Mu,*+ 42  Supaya aku dapat menjawab orang yang mencela aku,Kerana aku mempercayai firman-Mu. 43  Tolonglah aku agar kata-kata yang benar tidak meninggalkan mulutku,Kerana aku berharap kepada* hukum-Mu. 44  Aku akan sentiasa berpegang pada hukum-MuUntuk selama-lamanya.+ 45  Aku akan hidup dengan bebas dan selamat,+Kerana aku berusaha mematuhi perintah-Mu. 46  Aku tidak akan berasa maluKetika aku bercakap tentang hukum-Mu di hadapan raja-raja.+ 47  Aku menggemari perintah-Mu;Sesungguhnya, aku mencintai perintah-Mu.+ 48  Aku akan menadahkan tangan untuk berdoa kerana aku mencintai perintah-Mu.+Aku akan merenungkan* peraturan-Mu.+ ז [Zayin] 49  Ingatlah akan janji-Mu* kepada hamba-Mu ini;Janji* yang telah memberikan harapan kepadaku. 50  Firman-Mu memelihara nyawakuDan melegakan aku ketika aku menderita.+ 51  Orang yang sombong selalu menghina aku,Tetapi aku tidak menyimpang daripada hukum-Mu.+ 52  Ya Yehuwa, aku ingat akan ketetapan-Mu yang ada sejak dahulukala,+Dan ketetapan-Mu menghiburkan hatiku.+ 53  Kemarahanku berkobar-kobar,Kerana orang jahat meninggalkan hukum-Mu.+ 54  Peraturan-Mu menjadi nyanyiankuDi mana sahaja aku tinggal.* 55  Pada waktu malam, aku mengingat nama-Mu, ya Yehuwa,+Agar aku dapat mematuhi hukum-Mu. 56  Itulah yang sentiasa aku lakukan,Kerana aku ingin mematuhi perintah-Mu. ח [Het] 57  Ya Yehuwa, Engkaulah warisanku;+Aku telah berjanji untuk mematuhi firman-Mu.+ 58  Aku memohon kepada-Mu dengan sepenuh hatiku;+Kasihanilah aku+ menurut janji-Mu.* 59  Aku meneliti haluan hidupku,Supaya aku kembali dan mematuhi ajaran-Mu.*+ 60  Aku bergegas-gegas untuk melaksanakan perintah-Mu;+Aku ingin melaksanakannya tanpa berlengah-lengah. 61  Orang jahat memasang perangkap untukku,Tetapi aku tidak melupakan hukum-Mu.+ 62  Pada tengah malam, aku bangun untuk bersyukur kepada-Mu,+Kerana ketetapan-Mu adil. 63  Aku bersahabat dengan semua orang yang takut akan-Mu,Dan dengan semua orang yang mengikut perintah-Mu.+ 64  Ya Yehuwa, bumi penuh dengan kasih setia-Mu;+Ajarlah aku tentang peraturan-Mu. ט [Tet] 65  Ya Yehuwa, Engkau baik terhadap hamba-Mu ini,Seperti yang telah Engkau janjikan.* 66  Ajarlah aku supaya aku mempunyai pengetahuan dan daya pertimbangan yang baik,+Kerana aku yakin akan perintah-Mu. 67  Dahulu, aku sering menyimpang daripada hukum-Mu dan menderita,Tetapi kini aku mematuhi firman-Mu.+ 68  Engkau baik+ dan segala perbuatan-Mu juga baik; Ajarlah aku tentang peraturan-Mu.+ 69  Orang sombong menyebarkan banyak dusta tentang aku,Tetapi aku mematuhi perintah-Mu dengan sepenuh hati. 70  Hati mereka sudah tidak peka,+Tetapi aku menggemari hukum-Mu.+ 71  Memang baik aku mengalami penderitaan,+Supaya aku belajar tentang peraturan-Mu. 72  Hukum yang Engkau sampaikan baik untukku,+Lebih baik daripada beribu-ribu keping wang emas dan wang perak.+ י [Yod] 73  Engkau menciptakan dan membentuk aku dengan tangan-Mu. Berilah aku pemahaman,Agar aku dapat belajar tentang perintah-Mu.+ 74  Orang yang takut kepada-Mu akan bersukacita apabila melihat aku,Kerana aku percaya kepada firman-Mu.+ 75  Ya Yehuwa, aku tahu bahawa ketetapan-Mu adil,+Dan bahawa Engkau menghukum aku kerana Engkau setia.+ 76  Semoga kasih setia-Mu+ menghiburkan hatikuMenurut janji-Mu* kepada hamba-Mu ini. 77  Tunjukkanlah belas kasihan terhadapku agar aku dapat terus hidup,+Kerana aku menggemari hukum-Mu.+ 78  Biarlah orang yang sombong dimalukan,Kerana mereka menyakiti aku tanpa sebab.* Namun aku akan merenungkan* perintah-Mu.+ 79  Semoga orang yang takut kepada-MuDan orang yang mengetahui peringatan-Mu, kembali kepadaku. 80  Semoga aku mentaati peraturan-Mu dengan sepenuh hati,+Agar aku tidak dimalukan.+ כ [Kap] 81  Aku amat menginginkan penyelamatan daripada-Mu,+Kerana aku percaya kepada firman-Mu. 82  Mataku penat menantikan apa yang Engkau janjikan.*+Aku bertanya, “Bilakah Engkau akan melegakan hatiku?”+ 83  Aku seperti kirbat kulit yang disalai sampai kering,Namun aku tidak melupakan peraturan-Mu.+ 84  Sampai bilakah hamba-Mu ini harus menunggu? Bilakah Engkau akan menghukum mereka yang menganiaya aku?+ 85  Orang sombong yang melanggar hukum-MuTelah menggali lubang untuk memerangkap aku. 86  Semua perintah-Mu dapat dipercayai. Tolonglah aku kerana aku dianiaya tanpa sebab.+ 87  Mereka hampir melenyapkan aku dari muka bumi,Tetapi aku tidak mengabaikan perintah-Mu. 88  Oleh sebab Engkau pengasih dan setia, peliharalah nyawakuAgar aku dapat berpegang pada peringatan yang Engkau berikan. ל [Lamed] 89  Ya Yehuwa, firman-Mu kekal selama-lamanya;Firman-Mu kekal abadi di syurga.+ 90  Kesetiaan-Mu kekal dari generasi ke generasi.+ Engkau telah mendirikan bumi dengan kukuh agar bumi tetap wujud.+ 91  Dengan perintah-Mu, segala sesuatu tetap ada sampai sekarang,Kerana semua itu merupakan hamba-Mu. 92  Sekiranya hukum-Mu bukan sumber kegembiraanku,Pasti aku sudah binasa dalam kesengsaraanku.+ 93  Aku sama sekali tidak akan melupakan perintah-Mu,Kerana dengan perintah-Mu itu, Engkau memelihara nyawaku.+ 94  Aku milik-Mu; selamatkanlah aku,+Kerana aku berusaha mematuhi perintah-Mu.+ 95  Orang jahat tertunggu-tunggu hendak membinasakan aku,Tetapi aku memperhatikan ajaran-Mu.* 96  Aku melihat bahawa segala sesuatu yang sempurna mempunyai batas,Tetapi perintah-Mu tidak terbatas.* מ [Mem] 97  Aku sangat mencintai hukum-Mu!+ Aku merenungkannya* sepanjang hari.+ 98  Perintah-Mu menjadikan aku lebih bijak daripada musuh-musuhku,+Kerana aku selalu dibimbingnya. 99  Pengertianku melebihi pengertian semua guruku,+Kerana aku merenungkan* peringatan-Mu. 100  Pemahamanku melebihi pemahaman orang tua,Kerana aku mematuhi perintah-Mu. 101  Aku menghindari semua haluan yang jahat,+Kerana aku mahu mematuhi firman-Mu. 102  Engkau telah mengajar aku.Itulah sebabnya aku tidak menyimpang daripada ketetapan-Mu. 103  Betapa manisnya firman-Mu!Rasanya lebih manis daripada madu di dalam mulutku.+ 104  Perintah-Mu memberi aku pemahaman.+ Itulah sebabnya aku membenci segala haluan yang salah.+ נ [Nun] 105  Firman-Mu bagaikan pelita yang membimbing langkahku,Dan bagaikan cahaya yang menerangi jalanku.+ 106  Aku akan menepati janji yang aku buat dengan sumpah,Untuk mematuhi ketetapan-Mu yang adil. 107  Ya Yehuwa, penderitaanku sungguh berat.+ Peliharalah nyawaku menurut janji-Mu.*+ 108  Ya Yehuwa, terimalah pujian yang aku berikan sebagai persembahan sukarela;+Ajarlah aku tentang ketetapan-Mu.+ 109  Aku sentiasa diancam maut,Tetapi aku tidak melupakan hukum-Mu.+ 110  Orang jahat memasang perangkap untukku,Tetapi aku tidak menyimpang daripada perintah-Mu.+ 111  Peringatan-Mu ialah kesukaan hatiku,Yang menjadi milikku* selama-lamanya.+ 112  Aku berazam untuk mengikut peraturan-Mu pada setiap waktuDan mematuhinya sehingga akhir hayatku. ס [Samek] 113  Aku membenci orang yang hatinya berbelah bahagi,+Tetapi aku mencintai hukum-Mu.+ 114  Engkau ialah perisaiku dan tempat perlindunganku.+Aku percaya kepada firman-Mu.+ 115  Hai orang jahat, pergilah daripada aku,+Supaya aku dapat mematuhi perintah Tuhanku. 116  Ya Tuhan, teguhkanlah aku menurut janji-Mu,*+Agar aku dapat terus hidup.Janganlah biarkan aku kecewa* akibat harapan yang tidak kesampaian.+ 117  Teguhkanlah aku agar aku selamat.+Aku akan sentiasa bertumpu kepada peraturan-Mu.+ 118  Engkau menolak semua orang yang menyimpang daripada peraturan-Mu;+Mereka berdusta dan penuh dengan tipu daya. 119  Engkau melenyapkan semua orang jahat di bumi seperti sampah.*+ Itulah sebabnya aku mencintai ajaran-Mu.* 120  Aku gementar kerana aku takut kepada-Mu;Aku gentar kerana penghakiman-Mu. ע [Ayin] 121  Aku telah melakukan apa yang adil dan benar. Janganlah menyerahkan aku ke dalam tangan orang yang menindas aku. 122  Berjanjilah bahawa Engkau akan membantu hamba-Mu ini;Janganlah biarkan orang yang sombong menindas aku. 123  Mataku penat kerana menantikan penyelamatan daripada-Mu,+Dan kerana menantikan janji-Mu* yang dapat dipercayai.+ 124  Tunjukkanlah kasih setia-Mu kepada hamba-Mu ini+Dan ajarlah aku tentang peraturan-Mu.+ 125  Aku ini hamba-Mu; berilah aku pemahaman,+Supaya aku mengetahui ajaran-Mu.* 126  Ya Yehuwa, sudah tiba masanya Engkau bertindak,+Kerana orang telah melanggar hukum-Mu. 127  Aku mencintai perintah-MuLebih daripada emas, bahkan emas yang murni.+ 128  Oleh itu, aku menganggap setiap perintah-Mu benar;+Aku membenci setiap haluan yang salah.+ פ [Pe] 129  Ajaran-Mu* sungguh mengagumkan. Itulah sebabnya aku mematuhinya. 130  Firman-Mu yang disingkapkan memberikan cahaya,+Dan memberikan pemahaman kepada orang yang tidak berpengalaman.+ 131  Aku haus akan perintah-Mu,Dan aku sangat mendambakannya.+ 132  Berpalinglah kepadaku dan kasihanilah aku,+Sebagaimana yang selalu Engkau lakukan terhadap orang yang mengasihi nama-Mu.+ 133  Bimbinglah langkahku dengan firman-Mu;Janganlah biarkan kejahatan menguasai aku.+ 134  Selamatkanlah aku daripada orang yang menindas aku,Supaya aku dapat melaksanakan perintah-Mu. 135  Semoga Engkau berkenan kepada hamba-Mu ini;*+Ajarlah aku tentang peraturan-Mu. 136  Air mataku bercucuran,Kerana orang tidak mematuhi hukum-Mu.+ צ [Tsade] 137  Ya Yehuwa, Engkau adil dan benar,+Dan penghakiman-Mu juga adil.+ 138  Peringatan yang Engkau berikan itu baikDan dapat dipercayai dengan sepenuhnya. 139  Semangatku berkobar-kobar dalam hatiku,+Kerana musuh-musuhku melupakan firman-Mu. 140  Firman-Mu sungguh murni,+Dan hamba-Mu ini mencintainya.+ 141  Aku ini tidak penting dan dipandang hina.+Namun, aku tidak melupakan perintah-Mu. 142  Keadilan-Mu kekal selama-lamanya,+Dan hukum-Mu ialah kebenaran.+ 143  Meskipun ditimpa kesusahan dan kesengsaraan,Aku tetap menggemari perintah-Mu. 144  Peringatan daripada-Mu benar untuk selama-lamanya. Berilah aku pemahaman+ agar aku tetap hidup. ק [Qof] 145  Aku berseru kepada-Mu dengan sepenuh hati; ya Yehuwa, jawablah seruanku. Aku akan mematuhi peraturan-Mu. 146  Aku berseru kepada-Mu; selamatkanlah aku! Aku akan mematuhi ajaran-Mu.* 147  Sebelum fajar, aku sudah bangun untuk berseru meminta tolong,+Kerana aku percaya kepada firman-Mu. 148  Aku bangun pada tengah malam,Agar aku dapat merenungkan* firman-Mu.+ 149  Dengarlah seruanku kerana Engkau pengasih dan setia.+ Ya Yehuwa, peliharalah nyawaku kerana Engkau adil. 150  Orang yang melakukan perbuatan yang memalukan sudah dekat;Mereka menolak hukum-Mu. 151  Engkau dekat kepadaku, ya Yehuwa,+Dan perintah-Mu semuanya benar.+ 152  Sejak dahulu, aku mengenali ajaran-Mu.*Engkau memastikan ajaran-Mu* kekal untuk selama-lamanya.+ ר [Res] 153  Lihatlah penderitaanku dan selamatkanlah aku,+Kerana aku tidak melupakan hukum-Mu. 154  Belalah aku dan selamatkanlah aku;+Peliharalah nyawaku menurut janji-Mu.* 155  Orang jahat tidak akan diselamatkan,Kerana mereka tidak berusaha mematuhi peraturan-Mu.+ 156  Betapa besarnya belas kasihan-Mu, ya Yehuwa!+ Peliharalah nyawaku kerana Engkau adil. 157  Banyak orang memusuhi dan menganiaya aku,+Tetapi aku tidak menyimpang daripada ajaran-Mu.* 158  Aku benci melihat orang yang licik,Kerana mereka tidak mematuhi firman-Mu.+ 159  Lihatlah, aku begitu mencintai perintah-Mu! Ya Yehuwa, peliharalah nyawaku kerana Engkau pengasih dan setia.+ 160  Segala firman-Mu benar,+Dan semua penghakiman-Mu yang adil kekal abadi. ש [Sin] atau [Syin] 161  Para pemimpin menganiaya aku+ tanpa alasan,Tetapi aku tetap menghormati firman-Mu.+ 162  Firman-Mu membuat aku gembira,+Seperti orang yang menemukan banyak harta karun. 163  Aku benci dan muak terhadap segala dusta,+Tetapi aku mencintai hukum-Mu.+ 164  Tujuh kali sehari aku memuji-Mu,Kerana ketetapan-Mu adil. 165  Orang yang mencintai hukum-Mu mendapat kedamaian yang melimpah;+Tiada apa-apa pun yang akan membuat mereka tersandung. 166  Ya Yehuwa, aku melaksanakan perintah-Mu,Dan aku menantikan penyelamatan daripada-Mu. 167  Aku mematuhi ajaran-Mu,*Dan aku amat mencintainya.+ 168  Aku mematuhi perintah dan ajaran-Mu,*Kerana Engkau mengetahui segala perbuatanku.+ ת [Taw] 169  Semoga seruanku untuk meminta tolong sampai kepada-Mu, ya Yehuwa.+ Berilah aku pemahaman menurut janji-Mu.*+ 170  Dengarlah permohonanku, Dan selamatkanlah aku menurut janji-Mu.* 171  Aku akan sentiasa memuji-Mu,+Kerana Engkau mengajar aku peraturan-Mu. 172  Aku akan bernyanyi tentang firman-Mu,+Kerana semua perintah-Mu adil. 173  Semoga Engkau selalu bersedia menolong aku,+Kerana aku memilih untuk mematuhi perintah-Mu.+ 174  Ya Yehuwa, aku menggemari hukum-Mu,Dan aku amat menginginkan penyelamatan daripada-Mu.+ 175  Semoga aku tetap hidup supaya aku dapat memuji-Mu;+Semoga ketetapan-Mu membantu aku. 176  Aku bagaikan bebiri yang sesat.+ Carilah hamba-Mu ini,Kerana aku tidak melupakan perintah-Mu.+

Nota Kaki

Atau “hidup berintegriti.”
Atau “peringatan-Nya.”
Atau “mengkaji.”
Atau “peringatan-Mu.”
Atau “mengkaji.”
Atau “firman-Mu.”
Atau “mengkaji.”
Atau “haluan dusta.”
Atau “dimalukan.”
Atau mungkin, “Kerana Engkau memberi aku keyakinan.”
Atau “peringatan-Mu.”
Atau “keuntungan.”
Atau “firman-Mu.”
Atau mungkin, “Iaitu janji yang Engkau berikan kepada mereka yang takut akan-Mu.”
Atau “firman-Mu.”
Atau “menantikan.”
Atau “mengkaji.”
Atau “firman-Mu.”
Atau “Firman.”
Atau “Di rumah yang aku diami sebagai orang asing.”
Atau “firman-Mu.”
Atau “peringatan-Mu.”
Atau “firmankan.”
Atau “firman-Mu.”
Atau mungkin, “menyakiti aku dengan kata-kata dusta.”
Atau “mengkaji.”
Atau “firmankan.”
Atau “peringatan-Mu.”
Harfiah, “sangat luas.”
Atau “mengkajinya.”
Atau “mengkaji.”
Atau “firman-Mu.”
Atau “warisanku.”
Atau “firman-Mu.”
Atau “dimalukan.”
Atau “sisa leburan.”
Atau “peringatan-Mu.”
Atau “firman-Mu.”
Atau “peringatan-Mu.”
Atau “Peringatan-Mu.”
Harfiah, “Semoga cahaya daripada wajah-Mu menyinari hamba-Mu ini.”
Atau “peringatan-Mu.”
Atau “mengkaji.”
Atau “peringatan-Mu.”
Atau “peringatan-Mu.”
Atau “firman-Mu.”
Atau “peringatan-Mu.”
Atau “peringatan-Mu.”
Atau “peringatan-Mu.”
Atau “firman-Mu.”
Atau “firman-Mu.”