Mazmur 37:1-40

  • Orang yang yakin kepada Yehuwa akan makmur

    • “Janganlah marah kerana orang jahat” (1)

    • “Carilah kebahagiaan yang datang daripada Yehuwa” (4)

    • “Serahkanlah hidupmu kepada Yehuwa” (5)

    • “Orang yang rendah hati akan memiliki bumi” (11)

    • Orang baik tidak akan kekurangan makanan (25)

    • Orang baik akan tinggal di bumi selama-lamanya (29)

Mazmur yang digubah oleh Daud. א [Alef] 37  Janganlah marah kerana orang jahat;Janganlah iri hati terhadap pendosa.+   Mereka akan segera lenyap seperti rumput,+Dan layu seperti tumbuhan hijau. ב [Bet]   Yakinlah kepada Yehuwa dan buatlah apa yang baik;+Tinggallah di negeri* ini dan tunjukkanlah kesetiaanmu.+   Carilah kebahagiaan* yang datang daripada Yehuwa,Lalu Dia akan mengabulkan segala keinginan hatimu. ג [Gimel]   Serahkanlah hidupmu kepada Yehuwa;+Bergantunglah pada-Nya, dan Dia akan bertindak bagi pihakmu.+   Dia akan menyebabkan kebaikanmu bersinar seperti cahaya pada waktu fajar,Dan Dia akan membuat keadilanmu bersinar seperti matahari pada waktu tengah hari. ד [Dalet]   Nantikanlah Yehuwa dengan sabar,+Dan berdiam dirilah di hadapan-Nya. Apabila rancangan orang jahat berjaya,Janganlah marah kerana hal itu.+ ה [He]   Singkirkanlah kemarahan dan keberangan daripada dirimu;+Janganlah menjadi panas hati dan janganlah berbuat jahat,*   Kerana orang jahat akan dilenyapkan.+Tetapi orang yang berharap kepada Yehuwa akan mewarisi bumi.+ ו [Waw] 10  Tidak lama lagi, orang jahat akan dibinasakan;+Kamu akan mencari mereka,Tetapi mereka tidak akan dijumpai.+ 11  Orang yang rendah hati akan memiliki bumi,+Dan mereka akan menikmati kebahagiaan dan kedamaian yang berlimpah-limpah.+ ז [Zayin] 12  Orang jahat berkomplot menentang orang baik;+Mereka menggertakkan gigi kerana mereka marah terhadap orang baik. 13  Tetapi Yehuwa akan mentertawakan mereka,Kerana Dia tahu bahawa kesudahan mereka sudah dekat.+ ח [Het] 14  Orang jahat menghunus pedang dan melengkungkan busurUntuk menyerang orang yang miskin dan orang yang ditindas;Mereka ingin membunuh orang yang mengikut haluan yang benar. 15  Tetapi pedang mereka akan menembusi hati mereka sendiri,+Dan semua busur mereka akan dipatahkan. ט [Tet] 16  Biarpun orang baik tidak mempunyai banyak harta,Keadaan mereka lebih baik daripada orang jahat yang hidup mewah,+ 17  Kerana kuasa orang jahat akan dilenyapkan.Namun Yehuwa akan menyokong orang baik. י [Yod] 18  Yehuwa sedar akan apa yang dialami oleh orang yang tidak bercela;Dia akan memberi mereka warisan yang kekal selama-lamanya.+ 19  Mereka tidak akan dimalukan pada masa kesusahan;Mereka akan mempunyai makanan yang banyak pada waktu kebuluran. כ [Kap] 20  Tetapi orang jahat akan dimusnahkan;+Biarpun musuh Yehuwa seperti padang rumput yang indah,Mereka semua akan lenyap dan hilang seperti asap. ל [Lamed] 21  Orang jahat meminjam dan tidak membayar balik,Tetapi orang baik murah hati dan berbelas kasihan.+ 22  Orang yang diberkati Tuhan akan mewarisi bumi,Tetapi orang yang dikutuk oleh-Nya akan dihapuskan.+ מ [Mem] 23  Apabila Yehuwa berasa senang hati dengan haluan hidup seseorang,+Dia akan membimbing setiap langkahnya.+ 24  Walaupun orang itu tersandung, dia tidak akan jatuh tertiarap di atas tanah,+Kerana Yehuwa akan menyokong dan memegang tangannya.+ נ [Nun] 25  Dahulu aku muda dan sekarang aku sudah tua,Tetapi aku tidak pernah melihat orang yang berbuat benar ditinggalkan Tuhan,+ Ataupun anak-anak mereka meminta-minta makanan.+ 26  Mereka selalu memberikan pinjaman dengan murah hati.+Maka anak-anak mereka akan diberkati oleh Tuhan. ס [Samek] 27  Berpalinglah daripada apa yang jahat dan buatlah apa yang baik;+Maka kamu akan tinggal di bumi buat selama-lamanya. 28  Yehuwa mencintai keadilan,Dan Dia tidak akan meninggalkan umat-Nya yang setia.+ ע [Ayin] Mereka akan selalu dilindungi,+Tetapi keturunan orang jahat akan dilenyapkan.+ 29  Orang yang melakukan apa yang benar akan memiliki bumi,+Dan mereka akan mendiaminya selama-lamanya.+ פ [Pe] 30  Mulut orang baik menyampaikan kata-kata yang bijaksana,Dan lidah mereka mengucapkan apa yang adil dan benar.+ 31  Mereka menyimpan Hukum Tuhan dalam hati mereka;+Mereka tidak akan tersandung sama sekali.+ צ [Tsade] 32  Orang jahat memperhatikan orang baikDan mencari peluang untuk membunuh mereka. 33  Tetapi Yehuwa tidak akan menyerahkan mereka ke dalam tangan orang jahat;+Dia tidak akan membiarkan mereka didapati bersalah semasa diadili.+ ק [Qof] 34  Berharaplah kepada Yehuwa dan ikutlah haluan-Nya.Maka Dia akan memuliakan kamu, dan kamu akan mewarisi bumi. Ketika orang jahat dimusnahkan,+ kamu akan menyaksikannya.+ ר [Res] 35  Aku pernah melihat orang jahat yang tidak berhati perut menjadi makmurSeperti pokok subur yang ditanam di tanahnya sendiri.+ 36  Tetapi dia lenyap dengan tiba-tiba;+Aku mencari-carinya, namun aku tidak menjumpainya.+ ש [Syin] 37  Perhatikanlah orang yang tidak bercela,*Dan pandanglah orang yang tulus hati,+Kerana orang sebegitu akan menikmati kedamaian.+ 38  Tetapi semua orang yang berdosa akan dibinasakan,Dan semua orang yang jahat akan dihapuskan.+ ת [Taw] 39  Penyelamatan orang yang berbuat benar datang daripada Yehuwa;+Dia ialah kubu mereka pada masa kesusahan.+ 40  Yehuwa akan membantu dan menyelamatkan mereka.+ Dia akan membebaskan mereka daripada orang jahat,Kerana mereka berlindung kepada-Nya.+

Nota Kaki

Atau “bumi.”
Atau “sukacita yang melimpah.”
Atau mungkin, “Janganlah menjadi panas hati kerana hal itu hanya mendatangkan kecelakaan.”
Atau “yang berintegriti.”