Mazmur 1:1-6

  • Dua haluan yang berbeza

    • Berbahagia kerana membaca hukum Tuhan (2)

    • Orang baik seperti pokok yang subur (3)

    • Orang jahat seperti sekam yang ditiup angin (4)

1  Berbahagialah orang yang tidak mengikut nasihat orang jahat,Yang tidak berjalan menurut haluan orang yang berdosa,+Dan yang tidak duduk bersama orang yang suka mencemuh!+   Berbahagialah orang yang suka akan hukum Yehuwa,+Dan yang membaca serta merenungkan hukum itu siang dan malam!+   Dia akan menjadi seperti pokok yang ditanam di tepi sungai,*Yang berbuah pada musimnya,Dan yang tidak layu dedaunnya. Dia akan berjaya dalam segala usahanya.+   Tetapi orang yang jahat tidak begitu;Mereka bagaikan sekam yang ditiup angin.   Orang yang jahat pasti akan dihukum;+Orang yang berdosa akan diasingkan daripada orang yang baik.+   Yehuwa prihatin terhadap orang yang menempuh haluan yang benar,+Tetapi orang yang mengikut haluan yang jahat akan binasa.+

Nota Kaki

Atau “aliran air.”