Mazmur 46:1-11

  • Tuhan ialah tempat perlindungan kita

    • Perbuatan Tuhan yang menakjubkan (8)

    • “Tuhan menghentikan peperangan di seluruh dunia” (9)

Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh keturunan Korah.+ Diselaraskan dengan Alamot.* 46  Tuhan ialah tempat naungan dan kekuatan kita;+Dia selalu bersedia menolong kita pada masa kesusahan.+   Itulah sebabnya kita tidak akan berasa takut,Walaupun bumi bergoncang dan gunung-gunung jatuh ke dasar laut,+   Walaupun laut bergelora dan ombaknya membuih,+Dan walaupun gunung-gunung bergetar akibat laut yang mengamuk. (Selah)   Ada sebatang sungai yang aliran-alirannya menggembirakan penduduk di kota milik Tuhan,+Di khemah suci* milik Tuhan Yang Maha Tinggi.   Tuhan berada di kota itu,+ itulah sebabnya kota itu tidak dapat dimusnahkan. Tuhan akan datang menolongnya pada waktu fajar.+   Bangsa-bangsa menjadi tidak tenteram dan kerajaan-kerajaan digulingkan.Apabila suara Tuhan yang mengguntur kedengaran, bumi pun lebur.+   Yehuwa, ketua angkatan syurga, menyertai kita!+Tuhan Yakub ialah tempat perlindungan kita.* (Selah)   Marilah dan saksikanlah segala perbuatan Yehuwa;Lihatlah perbuatan-Nya yang menakjubkan di bumi.   Tuhan menghentikan peperangan di seluruh dunia.+ Dia mematahkan busur dan menghancurkan tombak;Dia menghanguskan semua kereta kuda.* 10  Tuhan berfirman, “Tunduklah kepada-Ku dan ketahuilah bahawa Akulah Tuhan. Aku akan diagungkan dalam kalangan bangsa-bangsa,+Dan Aku akan dimuliakan di seluruh bumi.”+ 11  Yehuwa, ketua angkatan syurga, menyertai kita!+Tuhan Yakub ialah tempat perlindungan kita.+ (Selah)

Nota Kaki

Lihat Kamus.
Atau “khemah suci yang mulia.”
Atau “tempat perlindungan kita yang tinggi.”
Atau mungkin, “semua perisai.”