Mazmur 127:1-5

  • Tanpa Tuhan, segalanya sia-sia sahaja

    • “Jika bukan Yehuwa yang mendirikan rumah” (1)

    • “Cahaya mata ialah anugerah Tuhan” (3)

Mazmur Orang yang Naik ke Kota. Digubah oleh Salomo. 127  Jika bukan Yehuwa yang mendirikan rumah,Sia-sialah usaha orang yang mendirikannya.+ Jika bukan Yehuwa yang melindungi kota,+Sia-sialah usaha orang yang berjaga untuk mengawalnya.   Sia-sialah kamu berjerih lelah untuk mencari makan,Sehingga harus bangun awal pagi dan tidur larut malam,Kerana Tuhan menjaga keperluan orang yang dikasihi-NyaDan membolehkan mereka tidur dengan nyenyak.+   Anak-anak ialah warisan yang dikurniakan oleh Yehuwa;+Cahaya mata ialah anugerah Tuhan.+   Anak-anak yang diperoleh semasa muda,Bagaikan anak panah di tangan seorang pahlawan.+   Berbahagialah orang yang mempunyai anak yang banyak.+ Mereka tidak akan dimalukan oleh musuh,Kerana anak-anak mereka akan membela mereka di pintu gerbang kota.

Nota Kaki