Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

SOALAN 12

Apakah Harapan bagi Orang yang Sudah Mati?

“Janganlah kamu hairan akan hal ini kerana masanya akan tiba apabila semua orang di dalam makam peringatan akan mendengar suaranya lalu keluar.”

Yohanes 5:28, 29

“Tuhan akan membangkitkan orang yang baik dan orang yang tidak baik.”

Kisah 24:15

“Aku nampak orang yang mati, baik orang yang berpangkat tinggi mahupun orang biasa, berdiri di hadapan takhta, dan kitab-kitab pun dibuka. Selepas itu, sebuah kitab yang lain dibuka, iaitu kitab kehidupan. Orang mati dihakimi menurut perbuatan mereka seperti yang tertulis dalam kitab-kitab itu. Laut menyerahkan orang mati yang ada di dalamnya. Maut menyerahkan orang mati yang ada dalamnya, begitu juga dengan Kuburan. Setiap orang dihakimi menurut perbuatan masing-masing.”

Wahyu 20:12, 13