Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

PELAJARAN 7

Apa Itu Kerajaan Tuhan?

Apa Itu Kerajaan Tuhan?

1. Apa itu Kerajaan Tuhan?

Mengapakah Yesus ialah raja yang terbaik?​—MARKUS 1:40-42.

Kerajaan Tuhan ialah pemerintahan yang didirikan di syurga dan akan memerintah bumi. Kerajaan ini akan menggantikan semua kerajaan manusia dan melaksanakan kehendak Tuhan di syurga dan di bumi. Berita ini ialah berita baik kerana Kerajaan Tuhan akan memenuhi segala keperluan manusia tidak lama lagi. Kerajaan ini akan menyatukan semua orang di bumi.​—Baca Daniel 2:44; Matius 6:9, 10; 24:14.

Sebuah kerajaan pasti mempunyai raja. Jadi, Yehuwa telah melantik Anak-Nya, Yesus Kristus, untuk menjadi raja.​—Baca Wahyu 11:15.

Tonton video Apa Itu Kerajaan Tuhan?

2. Mengapakah Yesus ialah raja yang terbaik?

Yesus ialah raja yang terbaik kerana dia baik hati dan menegakkan kebenaran. (Matius 11:28-30) Yesus juga dapat membantu orang kerana dia akan memerintah bumi dari syurga. Selepas dia dibangkitkan, dia naik ke syurga, dan duduk di sebelah kanan Tuhan sementara menunggu untuk menjadi raja. (Ibrani 10:12, 13) Akhirnya, Tuhan memberinya kuasa untuk memerintah.​—Baca Daniel 7:13, 14.

3. Siapakah yang akan memerintah bersama Yesus?

Sekumpulan orang yang dipanggil “umat suci” akan memerintah bersama Yesus di syurga. (Daniel 7:27) Pada mulanya, mereka terdiri daripada para rasul yang setia. Sehingga hari ini, Yehuwa masih memilih lelaki dan wanita yang setia untuk menyertai kumpulan ini. Mereka akan dibangkitkan dengan tubuh roh seperti Yesus.​—Baca Yohanes 14:1-3; 1 Korintus 15:42-44.

Berapa ramaikah orang yang akan naik ke syurga? Yesus menyatakan bahawa mereka “kawanan kecil.” (Lukas 12:32) Mereka berjumlah 144,000 orang. Mereka akan memerintah bumi bersama Yesus.​—Baca Wahyu 14:1.

4. Apakah yang berlaku apabila Yesus mula memerintah?

Kerajaan Tuhan mula memerintah pada tahun 1914. * Sebaik sahaja Yesus menjadi raja, dia melemparkan Syaitan dan malaikat-malaikatnya yang jahat ke bumi. Syaitan sangat marah dan mula mengacau-bilaukan seluruh bumi. (Wahyu 12:7-10, 12) Sejak itu, semakin banyak malapetaka menimpa manusia. Peperangan, kebuluran, wabak, dan gempa bumi, ialah sebahagian daripada “tanda” yang menunjukkan bahawa Kerajaan Tuhan akan memerintah bumi tidak lama lagi.​—Baca Lukas 21:7, 10, 11, 31.

5. Apakah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Tuhan?

Kerajaan Tuhan sedang menyatukan sekumpulan besar orang daripada pelbagai bangsa menerusi kerja penyebaran di seluas dunia. Jutaan orang yang rendah hati menerima Yesus sebagai raja. Kerajaan Tuhan akan melindungi mereka apabila sistem dunia yang jahat ini dimusnahkan. Maka semua yang ingin menjadi rakyat Kerajaan Tuhan mestilah mematuhi dan menerima Yesus sebagai raja.​—Baca Wahyu 7:9, 14, 16, 17.

Sepanjang 1,000 tahun, Kerajaan Tuhan akan melaksanakan tujuan asal Tuhan bagi manusia. Seluruh bumi akan menjadi firdaus. Akhirnya, Yesus akan mengembalikan Kerajaan Tuhan kepada Bapanya. (1 Korintus 15:24-26) Dengan siapakah anda ingin mengongsi berita baik tentang Kerajaan Tuhan?​—Baca Mazmur 37:10, 11, 29.

 

^ per. 6 Untuk butiran tentang nubuat Bible berkenaan tahun 1914, sila lihat Penjelasan 22 dalam buku Apakah yang Diajarkan Bible?