Wahyu yang Diterima oleh Yohanes 11:1-19

  • Dua orang saksi (1-13)

    • Bernubuat selama 1,260 hari sambil memakai kain guni (3)

    • Dibunuh, mayat terlantar di jalan (7-10)

    • Dihidupkan selepas tiga hari setengah (11, 12)

  • Bencana kedua berlalu, yang ketiga akan datang (14)

  • Trompet ketujuh (15-19)

    • Kerajaan Tuhan kita dan Kristus-Nya (15)

    • Orang yang merosakkan bumi akan dibinasakan (18)

11  Kemudian aku diberi sebatang kayu yang kelihatan seperti tongkat.*+ Aku diberitahu, “Bangunlah dan ukurlah Rumah Tuhan,* mazbah, dan semua orang yang sedang beribadat di situ.  Tetapi janganlah ukur halaman luar Rumah Tuhan. Janganlah ukur bahagian tersebut kerana bahagian itu telah diserahkan kepada bangsa-bangsa lain, dan mereka akan menginjak-injak kota suci itu+ selama 42 bulan.+  Aku akan mengutus dua orang saksi-Ku untuk bernubuat selama 1,260 hari sambil memakai kain guni.”  Dua saksi itu dilambangkan oleh dua batang pokok zaitun+ dan dua buah kaki pelita.+ Mereka berdiri di hadapan Tuan yang berkuasa atas seluruh bumi.+  Jika sesiapa ingin mencederakan mereka, api akan keluar daripada mulut mereka lalu menelan musuh-musuh mereka. Sesiapa sahaja yang hendak mencederakan mereka mesti dibunuh dengan cara itu.  Kedua-dua saksi itu diberi kuasa untuk menutup langit+ agar hujan tidak turun+ selama mereka bernubuat. Mereka juga diberi kuasa atas air untuk mengubah air menjadi darah+ dan membawa segala macam tulah ke bumi, pada bila-bila masa yang diingini mereka.  Apabila mereka selesai memberikan kesaksian, binatang buas yang keluar dari jurang yang dalam akan berperang dengan mereka, menewaskan mereka, lalu membunuh mereka.+  Mayat-mayat mereka akan terlantar di jalan utama kota agung yang secara kiasan dipanggil Sodom dan Mesir, iaitu tempat Tuan mereka dihukum bunuh pada tiang.  Orang daripada setiap kaum, suku, bahasa, dan bangsa, akan melihat mayat mereka selama tiga hari setengah,+ dan mereka tidak mengizinkan mayat-mayat itu dikuburkan. 10  Oleh sebab dua orang nabi yang menyeksa penduduk bumi telah mati, penduduk bumi bersukacita, berpesta, dan menghantar hadiah kepada satu sama lain. 11  Selepas tiga hari setengah, nafas kehidupan daripada Tuhan memasuki mereka,+ lalu mereka pun berdiri. Semua orang yang melihat mereka berasa sangat takut. 12  Dua orang nabi itu mendengar suara yang lantang dari syurga berkata kepada mereka, “Naiklah ke sini.” Kemudian mereka naik ke langit di dalam awan, dan musuh-musuh mereka nampak mereka. 13  Pada masa itu, suatu gempa bumi yang dahsyat berlaku. Satu persepuluh daripada kota itu runtuh, dan 7,000 orang terbunuh kerana gempa bumi itu. Orang yang selebihnya menjadi takut lalu memuliakan Tuhan di syurga. 14  Bencana yang kedua+ sudah berlalu. Tetapi lihatlah! Bencana yang ketiga akan segera datang. 15  Selepas itu, malaikat ketujuh meniup trompetnya,+ lalu kedengaran suara-suara lantang di syurga yang berseru, “Kerajaan Tuhan kita+ dan Kristus-Nya+ sedang memerintah dunia, dan Dia akan memerintah sebagai raja buat selama-lamanya.”+ 16  Kemudian 24 orang penatua,+ yang sedang duduk di atas takhta mereka di hadapan Tuhan, sujud menyembah Tuhan. 17  Mereka berkata, “Ya Tuhan Yehuwa* Yang Maha Kuasa, yang sekarang ada,+ dan yang dahulu ada, kami bersyukur kepada-Mu kerana Engkau telah menggunakan kuasa-Mu yang besar dan mula memerintah sebagai raja.+ 18  Namun, bangsa-bangsa menjadi marah, dan Engkau menjadi murka. Masa yang ditetapkan untuk menghakimi orang mati sudah tiba. Inilah masanya Engkau memberikan ganjaran+ kepada hamba-hamba-Mu, iaitu para nabi,+ umat-Mu yang suci, dan orang yang takut akan nama-Mu, baik orang biasa mahupun orang yang berpangkat tinggi. Inilah masanya Engkau membinasakan orang yang merosakkan* bumi.”+ 19  Kemudian Rumah Tuhan* di syurga terbuka, dan tabut perjanjian Tuhan kelihatan di situ.+ Kemudian kilat sabung-menyabung, suara-suara kedengaran, guruh berdentum, gempa bumi berlaku, dan hujan batu yang dahsyat turun.

Nota Kaki

Atau “kayu pengukur.”
Iaitu, bahagian utama Rumah Tuhan yang mengandungi Bilik Suci dan Bilik Maha Suci.
Atau “membinasakan.”
Iaitu, Bilik Maha Suci di dalam Rumah Tuhan.