Daniel 7:1-28

  • Penglihatan tentang empat ekor binatang (1-8)

    • Kemunculan tanduk kecil yang sombong (8)

  • Dia Yang Lanjut Usia memulakan perbicaraan (9-14)

    • Anak manusia dijadikan raja (13, 14)

  • Daniel diberitahu erti penglihatan (15-28)

    • Empat ekor binatang ialah empat orang raja (17)

    • Umat suci akan mendapat kerajaan (18)

    • Kemunculan 10 buah tanduk, iaitu raja-raja (24)

7  Pada tahun pertama pemerintahan Raja Belsyazar+ dari Babilon, Daniel mendapat mimpi dan penglihatan semasa dia berbaring di katilnya.+ Maka dia menulis mimpi itu+ dan mencatatkan semua yang telah dinampaknya.  Daniel berkata, “Pada waktu malam, aku mendapat penglihatan. Lihatlah! Empat angin dari langit menyebabkan lautan besar bergelora.+  Empat ekor binatang yang besar+ muncul dari laut, dan rupa keempat-empat binatang itu berbeza.  “Binatang yang pertama seperti seekor singa+ yang mempunyai sayap burung helang.+ Aku terus melihat sehingga sayap-sayapnya dicabut. Kemudian binatang itu diangkat dan dipaksa berdiri seperti seorang manusia. Binatang itu juga diberi hati manusia.  “Lihatlah! Binatang yang kedua seperti seekor beruang.+ Binatang itu berdiri pada satu sisi, dan sedang menggigit tiga batang tulang rusuk. Binatang itu disuruh, ‘Bangunlah, dan makanlah banyak daging.’+  “Aku terus melihat dan nampak seekor lagi binatang. Binatang itu seperti seekor harimau bintang+ yang mempunyai empat sayap seperti sayap burung. Binatang itu ada empat kepala,+ dan diberi kuasa pemerintahan.  “Kemudian dalam penglihatanku pada malam itu, aku nampak binatang keempat, yang menakutkan dan mengerikan. Binatang itu amat kuat, dan mempunyai gigi besi yang besar. Binatang itu melahap dan meremukkan mangsanya lalu menginjak-injak apa yang tertinggal.+ Binatang itu mempunyai 10 buah tanduk, dan berbeza daripada semua binatang yang sebelumnya.  Semasa aku melihat tanduk-tanduk itu, tiba-tiba sebuah tanduk kecil+ muncul di antaranya, dan tiga buah tanduk yang ada di depannya dicabut. Lihatlah! Tanduk kecil itu mempunyai mata seperti mata manusia, dan mulutnya bercakap dengan sombong.*+  “Aku terus melihat sehingga takhta-takhta disusun dan Dia Yang Lanjut Usia+ duduk di atas takhta-Nya.+ Pakaian-Nya putih seperti salji,+ dan rambut-Nya seperti bulu biri-biri yang bersih. Takhta-Nya ialah nyala api, dan roda-roda takhta itu ialah api yang bernyala-nyala.+ 10  Api juga mengalir dari takhta-Nya.+ Beribu-ribu malaikat melayani-Nya, dan berjuta-juta malaikat berdiri di hadapan-Nya.+ Kemudian Mahkamah+ memulakan perbicaraan, dan kitab-kitab dibuka. 11  “Pada waktu itu, aku terus melihat kerana tanduk itu mengucapkan kata-kata yang sombong.*+ Aku terus melihat sehingga binatang itu dibunuh, dan tubuhnya dimusnahkan lalu dibakar di dalam api. 12  Kuasa pemerintahan binatang-binatang yang lain+ pula dirampas dan mereka dibenarkan hidup buat suatu tempoh waktu. 13  “Kemudian dalam penglihatanku pada malam itu, aku nampak seseorang yang kelihatan seperti anak manusia.+ Dia datang diliputi awan di langit, lalu diizinkan untuk menghadap Dia Yang Lanjut Usia.+ Anak manusia itu dibawa ke hadirat Dia Yang Lanjut Usia, 14  lalu diberi kuasa pemerintahan,+ kemuliaan,+ dan sebuah kerajaan agar orang dari semua bangsa, suku, dan bahasa melayaninya.+ Pemerintahannya kekal dan tidak akan berakhir, dan kerajaannya tidak akan dibinasakan.+ 15  “Tetapi aku, Daniel, sangat gelisah kerana penglihatan-penglihatan yang muncul dalam fikiranku membuat aku takut.+ 16  Maka aku menghampiri salah satu malaikat yang berdiri di situ, dan bertanya tentang erti sebenar semua hal itu. Dia pun menjawab aku dan menjelaskan ertinya kepadaku. 17  “‘Empat ekor binatang besar itu+ ialah empat orang raja yang akan muncul dari bumi.+ 18  Tetapi umat suci milik Tuhan Yang Maha Agung+ akan mendapat sebuah kerajaan.+ Kerajaan itu+ akan menjadi milik mereka untuk selama-lamanya, ya, untuk selama-lamanya.’ 19  “Aku ingin mengetahui lebih banyak tentang binatang yang keempat itu, kerana binatang itu berbeza daripada semua binatang yang lain, dan rupanya amat mengerikan. Binatang itu mempunyai kuku tembaga dan gigi besi yang besar. Binatang itu melahap dan meremukkan mangsanya lalu menginjak-injak apa yang tertinggal.+ 20  Aku juga ingin mengetahui lebih banyak tentang 10 buah tanduk+ di atas kepala binatang itu. Selain itu, aku ingin mengetahui lebih banyak tentang tanduk yang muncul kemudian lalu menyebabkan tiga buah tanduk di depannya tercabut.+ Tanduk itu kelihatan lebih besar daripada tanduk-tanduk yang lain, dan mempunyai mata, dan mulut yang bercakap dengan sombong.* 21  “Aku terus melihat dan nampak tanduk itu berperang dengan umat suci itu dan mengalahkan mereka.+ 22  Akhirnya Dia Yang Lanjut Usia+ datang untuk melaksanakan pengadilan dan memberikan keputusan yang memihak kepada umat suci milik Tuhan Yang Maha Agung.+ Lalu tibalah waktu yang ditetapkan bagi umat suci untuk menerima kerajaan itu.+ 23  “Inilah kata-kata malaikat itu: ‘Binatang keempat itu ialah kerajaan keempat yang akan muncul di bumi. Kerajaan ini berbeza daripada semua kerajaan yang lain. Kerajaan ini akan melahap dan meremukkan seluruh bumi serta menginjak-injaknya.+ 24  Sepuluh buah tanduk itu ialah 10 orang raja yang akan muncul daripada kerajaan itu. Kemudian seorang lagi raja akan muncul. Raja ini berbeza daripada semua raja yang lain, dan dia akan mengalahkan tiga orang raja.+ 25  Dia akan mengucapkan kata-kata yang menentang Tuhan Yang Maha Tinggi,+ dan dia terus mengganggu umat suci milik Tuhan Yang Maha Agung. Dia ingin mengubah waktu dan hukum, dan umat suci diserahkan ke dalam tangannya selama satu waktu, dua waktu, dan setengah waktu.*+ 26  Tetapi Mahkamah memulakan perbicaraan, dan mereka merampas kuasa pemerintahannya lalu dia dibunuh dan dilenyapkan.+ 27  “‘Kerajaan itu, kuasa untuk memerintah, dan kemuliaan semua kerajaan yang ada di bawah langit diberikan kepada umat suci milik Tuhan Yang Maha Agung.+ Kerajaan mereka ialah kerajaan yang kekal,+ dan semua kerajaan yang lain akan melayani dan mematuhi mereka.’ 28  “Itulah apa yang telah aku nampak. Aku, Daniel, berasa begitu takut sehingga mukaku menjadi pucat. Tetapi aku menyimpan segala hal itu dalam hatiku.”

Nota Kaki

Atau “bercakap besar.”
Atau “tanduk itu bercakap besar.”
Atau “bercakap besar.”
Iaitu, tiga waktu setengah.