Berita Baik yang Disampaikan oleh Yohanes 14:1-31

  • Yesus satu-satunya “jalan” kepada Bapa (1-14)

    • ‘Akulah jalan, kebenaran, dan kehidupan’ (6)

  • Kuasa suci Tuhan dijanjikan (15-31)

    • “Bapa lebih besar daripada aku” (28)

14  “Janganlah susah hati.+ Berimanlah kepada Tuhan+ dan berimanlah juga kepada aku.  Ada banyak tempat kediaman di rumah Bapaku. Jika tidak, aku tidak akan berkata demikian. Tetapi sekarang aku akan pergi untuk menyediakan tempat bagi kamu.+  Setelah aku pergi untuk menyediakan tempat bagi kamu, aku akan kembali dan membawa kamu ke rumahku. Dengan demikian di mana aku berada, di situ juga kamu akan berada.+  Lagipun, kamu mengetahui jalan ke tempat yang akan aku pergi.”  Tomas+ berkata kepadanya, “Tuan, kami tidak tahu ke mana Tuan akan pergi. Jadi bagaimanakah kami mengetahui jalannya?”  Yesus berkata, “Akulah jalan+ dan kebenaran+ dan kehidupan.+ Tiada seorang pun yang dapat datang kepada Bapa kecuali melalui aku.+  Jika kamu mengenal aku, kamu juga mengenal Bapaku. Mulai saat ini, kamu mengenal Dia dan sudah melihat Dia.”+  Filipus berkata kepadanya, “Tuan, tunjukkanlah Bapa kepada kami. Itu sudah cukup bagi kami.”  Yesus berkata kepadanya, “Sudah begitu lama aku bersama kamu semua. Tetapi Filipus, adakah kamu masih belum mengenal aku? Sesiapa yang sudah melihat aku sudah melihat Bapa juga.+ Jadi mengapakah kamu berkata, ‘Tunjukkanlah Bapa kepada kami’? 10  Tidakkah kamu percaya bahawa aku bersatu dengan Bapa dan Bapa bersatu dengan aku?+ Apa yang aku katakan kepada kamu semua, tidak datang daripada diriku sendiri.+ Tetapi Bapa yang sentiasa bersatu dengan aku melakukan kerja-Nya menerusi aku. 11  Percayalah kepadaku semasa aku mengatakan bahawa aku bersatu dengan Bapa, dan Bapa bersatu dengan aku. Jika tidak, percayalah kerana perkara-perkara yang sudah aku lakukan.+ 12  Sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Sesiapa yang beriman kepada aku akan melakukan kerja yang aku lakukan. Sebenarnya, dia akan melakukan hal-hal yang lebih besar lagi,+ kerana aku akan pergi kepada Bapa.+ 13  Aku akan melakukan apa sahaja yang kamu minta atas namaku, supaya Bapa dimuliakan melalui Anak.+ 14  Aku akan melakukan apa sahaja yang kamu minta jika kamu memintanya atas namaku. 15  “Sekiranya kamu mengasihi aku, kamu akan mematuhi perintah-perintahku.+ 16  Aku akan memohon kepada Bapa dan Dia akan memberi kamu penolong* lain yang akan menyertai kamu buat selama-lamanya,+ 17  iaitu kuasa suci Tuhan yang menyingkapkan kebenaran.+ Dunia tidak dapat menerima kuasa suci Tuhan kerana dunia tidak dapat melihatnya ataupun mengenalnya.+ Kamu mengenalnya kerana kuasa suci itu sentiasa bersama kamu dan ada dalam diri kamu. 18  Aku akan kembali kepada kamu dan tidak akan meninggalkan kamu seperti anak yatim piatu.+ 19  Tidak lama lagi, dunia tidak akan melihat aku lagi. Tetapi kamu akan melihat aku+ kerana aku hidup dan kamu pun akan hidup. 20  Pada hari itu, kamu semua akan tahu bahawa aku bersatu dengan Bapaku, kamu bersatu dengan aku, dan aku bersatu dengan kamu.+ 21  Sesiapa yang menerima dan mematuhi perintahku ialah orang yang mengasihi aku. Sesiapa yang mengasihi aku dikasihi oleh Bapaku, dan aku juga akan mengasihinya dan memperlihatkan diriku dengan jelas kepadanya.” 22  Yudas+ (bukan Yudas Iskariot) berkata kepadanya, “Tuan, apakah yang telah berlaku sehingga Tuan mahu memperlihatkan diri dengan jelas kepada kami, dan bukannya kepada dunia?” 23  Yesus berkata, “Sesiapa yang mengasihi aku akan mematuhi ajaranku.+ Bapaku akan mengasihinya dan kami akan pergi kepadanya dan tinggal bersamanya.+ 24  Sesiapa yang tidak mengasihi aku tidak mematuhi ajaranku. Ajaran yang kamu dengar ini tidak berasal daripadaku, tetapi berasal daripada Bapa yang telah mengutus aku.+ 25  “Aku memberitahu kamu semua perkara ini semasa aku masih bersama kamu. 26  Tetapi penolong itu, iaitu kuasa suci Tuhan, yang akan diutus oleh Bapa atas namaku akan mengajar kamu segala-galanya, dan akan mengingatkan kamu segala perkara yang telah aku katakan kepada kamu.+ 27  Aku meninggalkan kedamaian untuk kamu, aku memberi kamu kedamaianku.+ Kedamaian yang aku berikan kepada kamu tidak sama dengan kedamaian yang diberikan oleh dunia. Janganlah susah hati dan janganlah berasa takut. 28  Kamu sudah mendengar aku berkata: ‘Aku akan pergi, tetapi aku akan kembali kepada kamu.’ Jika kamu mengasihi aku, kamu akan bersukacita kerana aku akan pergi kepada Bapa, kerana Bapa lebih besar daripada aku.+ 29  Sekarang aku memberitahu kamu apa yang bakal berlaku agar apabila hal-hal itu berlaku, kamu akan percaya.+ 30  Mulai sekarang, aku tidak akan bercakap banyak dengan kamu, kerana pemerintah dunia+ ini akan datang. Tetapi dia tidak berkuasa atas diriku.+ 31  Aku melakukan apa yang diperintahkan oleh Bapa+ agar dunia tahu bahawa aku mengasihi Bapa. Bangunlah, marilah kita pergi dari sini.

Nota Kaki

Atau “penawar hati.”