Lompat ke kandungan

Mengapakah Saksi-Saksi Yehuwa Tidak Mengambil Bahagian dalam Hal-Hal yang Membangkitkan Semangat Kebangsaan?

Mengapakah Saksi-Saksi Yehuwa Tidak Mengambil Bahagian dalam Hal-Hal yang Membangkitkan Semangat Kebangsaan?

 Saksi-Saksi Yehuwa hormati kerajaan dan lambang negara. Kami faham bahawa orang lain mungkin pilih untuk berikrar setia kepada negara, menabik bendera, atau menyanyi lagu kebangsaan.

 Namun, Saksi-Saksi Yehuwa pilih untuk tidak ambil bahagian kerana kami percaya semua ini melanggar ajaran Bible. Kami hargainya semasa orang lain hormati kepercayaan kami, sama seperti kami hormati kepercayaan mereka.

Dalam rencana ini

 Apakah ajaran Bible yang terlibat?

 Kami buat pilihan berdasarkan dua ajaran Bible penting yang berikut:

  •   Hanya Tuhan layak disembah. Bible kata, “Kamu mesti menyembah Yehuwa, Tuhanmu, dan kamu mesti memberikan khidmat suci kepada Dia sahaja.” (Lukas 4:8) Kata-kata dalam ikrar taat setia dan lagu kebangsaan biasanya ialah janji untuk cinta negara lebih daripada segala-galanya. Jadi, Saksi-Saksi Yehuwa rasa adalah salah bagi mereka untuk ambil bahagian dalam upacara sebegini.

     Saksi-Saksi Yehuwa juga rasa menabik bendera ialah sejenis penyembahan berhala, yang dilarang dalam Bible. (1 Korintus 10:14) Sesetengah sejarawan mengaku bahawa bendera kebangsaan ialah lambang agama. Sejarawan yang bernama Carlton J. H. Hayes menulis, “Lambang utama dan objek pemujaan utama nasionalisme ialah bendera.” a Berkenaan orang Kristian awal, penulis Daniel P . Mannix menyatakan, “Orang Kristian enggan . . . memberikan korban kepada roh pelindung maharaja [Roma]. Hari ini, hal itu sama seperti enggan menabik bendera.” b

    Walaupun Saksi-Saksi Yehuwa tidak menabik bendera serta lambang negara yang lain, kami juga tidak merosakkan, membakar, memusnahkannya, atau melakukan apa-apa yang tidak menunjukkan hormat.

  •   Semua manusia adalah sama rata bagi Tuhan. (Kisah 10:34, 35) Bible kata, “Daripada seorang manusia, [Tuhan] menjadikan semua bangsa.” (Kisah 17:26) Oleh itu, Saksi-Saksi Yehuwa percaya adalah salah untuk menganggap satu bangsa atau warganegara lebih tinggi daripada yang lain. Kami tunjuk hormat kepada semua orang, tidak kira di mana mereka lahir atau tinggal.—1 Petrus 2:17.

 Bagaimana pula jika undang-undang meminta kami ambil bahagian?

 Saksi-Saksi Yehuwa tidak menentang kerajaan. Kami percaya bahawa kerajaan ialah sebahagian daripada “aturan Tuhan” yang Dia benarkan untuk wujud. (Roma 13:1-7) Kami juga percaya orang Kristian patut taat kepada pihak berkuasa.—Lukas 20:25.

 Bagaimana pula jika undang-undang meminta kami membuat sesuatu yang dilarang Tuhan? Dalam kes tertentu, ada cara untuk buat permohonan rasmi kepada kerajaan agar undang-undang dapat diubah. c Jika hal ini tidak mungkin, Saksi-Saksi Yehuwa dengan hormat memilih untuk “patuh kepada Tuhan sebagai pemerintah dan bukannya kepada manusia.”—Kisah 5:29.

 Adakah Saksi-Saksi Yehuwa menyebelahi pihak sosial atau politik tertentu?

 Tidak. Saksi-Saksi Yehuwa tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam isu sosial atau politik. Meskipun kami tidak berikrar untuk setia kepada negara, menabik bendera, atau menyanyi lagu kebangsaan, hal ini tidak bermaksud kami ialah pejuang politik. Sebaliknya, kami mengikut kepercayaan yang berdasarkan Bible.

a Essays on Nationalism, muka surat 107-108.

b The Way of the Gladiator, muka surat 212.

c Contohnya, lihat rencana “Pendirian yang Berani dan Putusan Mahkamah Agung 75 Tahun yang Lalu” dalam bahasa Indonesia.