Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Cara Mengatasi Rasa Sunyi

Cara Mengatasi Rasa Sunyi

 Adakah anda berasa sunyi dan sepi? Jika demikian, anda mungkin berasa seperti penulis mazmur yang berkata, “Aku seperti seekor burung yang kesepian di atas bumbung rumah.” (Mazmur 102:7) Kebijaksanaan Bible dapat membantu anda mengatasi masalah yang disebabkan oleh rasa sunyi.

 Eratkan hubungan dengan Tuhan

 Biarpun anda sunyi sepi, anda boleh berasa bahagia jika anda sedar akan keperluan rohani anda dan berusaha mengenali Tuhan. (Matius 5:3, 6) Sumber rujukan berikut adalah percuma dan dapat membantu anda mengenali Tuhan.

Baca ayat-ayat Bible yang melegakan hati

  Ayat-ayat Bible ini telah melegakan hati ramai orang. Janganlah baca beberapa petikan ayat sekali gus. Sebaliknya, cuba isi kesunyian anda dengan merenungkan setiap petikan ayat dan gunakan masa itu untuk berdoa.—Markus 1:35.

Belajar mengapa perkara buruk sedang berlaku di dunia

  Anda dapat menangani apa jua situasi yang mencabar dengan lebih baik jika anda tahu mengapa perkara buruk berlaku dan bagaimana Tuhan akan menyelesaikan masalah ini.—Yesaya 65:17.

Jangan terlampau risau

  Rencana tentang topik-topik berikut boleh membantu anda menangani stres yang disebabkan oleh rasa sunyi dan membantu anda mengatasi rasa khuatir.—Matius 6:25.

Jalin persahabatan

  Persahabatan adalah baik untuk kesihatan mental dan emosi anda dan amat penting lebih-lebih lagi semasa kita tidak dapat bersemuka dengan orang lain. Jika anda terkurung di rumah, anda mungkin dapat menggunakan panggilan suara atau video untuk mengekalkan persahabatan yang sudah wujud dan menjalin persahabatan baharu. Rencana-rencana berikut dapat membantu anda mencari dan menjadi sahabat yang sejati.—Amsal 17:17.

Tetap aktif secara jasmani

  Bible berkata bahawa ‘senaman jasmani membawa manfaat.’ (1 Timotius 4:8, nota kaki) Senaman boleh membantu menjaga kesihatan mental anda, terutamanya semasa anda berasa sepi. Biarpun anda terkurung di rumah, anda pasti boleh melakukan kegiatan tertentu untuk tetap aktif.