Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Adakah Piawaian Bible tentang Apa yang Betul dan Salah Ketinggalan Zaman?

Adakah Piawaian Bible tentang Apa yang Betul dan Salah Ketinggalan Zaman?

 Banyak orang, termasuk mereka yang mengaku diri mereka Kristian, berasa bahawa piawaian moral Bible tentang seks dan perkahwinan sudah ketinggalan zaman. Untuk mengikut peredaran masa, sesetengah gereja telah mengubah ajaran mereka tentang kelakuan yang betul dan salah. Adakah piawaian Bible tentang apa yang betul dan salah sudah ketinggalan zaman? Tidak. Rencana ini menjelaskan mengapa kami berkata demikian.

Manusia memerlukan piawaian Tuhan tentang apa yang betul dan salah

 Manusia diciptakan untuk bergantung pada bimbingan Pencipta mereka. Bible berkata, “Manusia yang sedang berjalan pun tidak dapat mengarahkan langkahnya.” (Yeremia 10:23) Tuhan Yehuwa a menciptakan kita dengan kebolehan untuk membuat keputusan. Namun, Dia tidak memberi kita hak atau kebolehan untuk menentukan apa yang betul dan salah. Untuk tahu apa yang betul dan salah, Dia ingin kita bergantung pada-Nya.—Amsal 3:5.

 Kita dapat mencari bimbingan moral Tuhan dalam Bible. Perhatikan dua sebab mengapa piawaian Tuhan begitu bernilai.

  •   Tuhan menciptakan kita. (Mazmur 100:3) Sebagai Pencipta kita, Tuhan Yehuwa benar-benar tahu apa yang kita perlukan untuk menjadi bahagia dan sihat secara fizikal, mental, dan emosi. Dia juga tahu akibatnya jika kita mengabaikan bimbingan moral-Nya. (Galatia 6:7) Yehuwa inginkan yang terbaik untuk kita. Oleh itu, Dia berkata, “Aku mengajar kamu apa yang bermanfaat bagi kamu. Aku memimpin kamu di jalan yang harus kamu tempuh.”—Yesaya 48:17.

  •   Keinginan kita dapat menyesatkan kita. Banyak orang berfikir bahawa mereka dapat menentukan apa yang betul dan salah dengan mengikut hati mereka, atau keinginan mereka. Namun, Bible berkata, “Hati manusia nekad dan lebih licik daripada segala-galanya.” (Yeremia 17:9) Jika hati kita tidak dibimbing oleh kebijaksanaan Tuhan, hati kita akan membuat kita melakukan sesuatu yang kita menyesal pada kemudian hari.—Amsal 28:26; Pengkhutbah 10:2.

Patutkah pemimpin agama mengabaikan apa yang dikatakan Bible tentang apa yang betul dan salah?

 Tidak! Bible mengajarkan kebenaran tentang Tuhan dan kelakuan yang diperkenankan-Nya. (1 Korintus 6:9-11; Galatia 5:19-23) Dia ingin semua orang mengetahui kebenaran ini. (1 Timotius 2:3, 4) Oleh itu, pemimpin agama Kristian mesti mengajarkan apa yang dikatakan Firman Tuhan.—Titus 1:7-9.

 Banyak orang yang tidak mahu mendengarkan piawaian moral Bible mencari pemimpin agama yang “akan memberitahu mereka perkara-perkara yang mahu didengar oleh mereka.” (2 Timotius 4:3, nota kaki) Namun, Firman Tuhan memberikan amaran ini: “Malanglah orang yang mengatakan bahawa yang baik itu jahat dan yang jahat itu baik.” (Yesaya 5:20) Jelaslah, Tuhan akan menghukum pemimpin agama yang tidak mengajarkan piawaian Tuhan tentang apa yang betul dan salah.

Adakah piawaian moral Bible menggalakkan orang untuk berfikiran sempit?

 Tidak. Orang yang ingin menyenangkan hati Tuhan akan mengikut teladan dan ajaran Yesus Kristus. Dia mengajar para pengikutnya untuk tidak menghakimi orang. Sebaliknya, mereka harus menunjukkan kasih dan hormat kepada semua orang.—Matius 5:43, 44; 7:1.

 Para pengikut Yesus harus hidup selaras dengan piawaian Tuhan. Namun, mereka juga perlu faham bahawa orang lain mungkin memilih untuk hidup menurut piawaian yang berbeza. (Matius 10:14) Yesus tidak pernah mengajar pengikutnya untuk menggunakan politik atau cara lain untuk memaksa orang mengikut piawaian Tuhan.—Yohanes 17:14, 16; 18:36.

Apakah beberapa manfaat mengikut piawaian moral Bible?

 Orang yang berusaha untuk mengikut piawaian Tuhan tentang apa yang betul dan salah akan menikmati manfaat sekarang dan pada masa depan. (Mazmur 19:8, 11) Antaranya:

a Yehuwa ialah nama Tuhan seperti yang tercatat dalam Bible.—Mazmur 83:18.