Yesaya 48:1-22

  • Orang Israel ditegur dan dimurnikan (1-11)

  • Yehuwa akan menghukum Babilon (12-16a)

  • Ajaran Tuhan bermanfaat (16b-19)

  • “Keluarlah dari Babilon!” (20-22)

48  Dengarlah hai keturunan Yakub,Umat yang digelar Israel,+Anak cucu Yehuda.Kamu bersumpah atas nama Yehuwa+Dan berdoa kepada Tuhan orang Israel,Tetapi kamu tidak melakukannya berdasarkan kebenaran dan keadilan.+   Kamu mengaku bahawa kamu ialah warga kota yang suci,+Dan kamu bergantung pada Tuhan orang Israel,+Tuhan yang nama-Nya Yehuwa, ketua angkatan syurga.   “Sejak awal lagi, Aku telah memberitahu kamu tentang peristiwa yang lalu. Aku sendiri berfirman tentang hal-hal ituDan mengumumkannya.+ Dengan tiba-tiba Aku bertindak, lalu semua itu terjadi.+   Aku tahu betapa degilnya kamu;Urat di dalam leher kamu bagaikan besi, dan dahi kamu bagaikan tembaga.+   Maka sejak dahulu lagi, Aku memberitahu kamu hal yang belum berlaku; Aku telah memberitahu kamu segala-galanya,Supaya kamu tidak berkata, ‘Berhala kamilah yang melakukannya.Patung berukir dan patung logam kamilah yang memerintahkan agar hal itu berlaku.’   Kamu sudah mendengar dan melihat semua itu. Tidakkah kamu memberitahu orang lain tentangnya?+ Tetapi mulai sekarang, Aku hendak mengisytiharkan hal-hal yang baharu.+Aku akan mengisytiharkan rahsia-rahsia yang belum kamu ketahui.   Sebelum ini, kamu belum pernah mendengar tentang hal-hal itu.Aku melakukannya* sekarang, dan bukan pada masa lampau,Supaya kamu tidak berkata, ‘Kami sudah tahu tentangnya.’   Kamu tidak mendengarnya,+ dan kamu tidak mengetahuinya.Kamu tidak membuka telinga kamu pada masa dahulu. Aku tahu bahawa kamu sangat licik,+Dan kamu ini pendosa sejak lahir.+   Tetapi Aku menahan kemurkaan-Ku demi nama-Ku;+Aku menahan kemarahan-Ku terhadap kamu supaya Aku dipuji.Aku tidak membinasakan kamu.+ 10  Lihatlah! Aku telah memurnikan kamu, tetapi tidak seperti orang memurnikan perak.+ Aku telah menguji* kamu dengan membiarkan kamu ditimpa kesusahan yang bagaikan relau api.+ 11  Aku bertindak demi nama-Ku, demi nama-Ku sahaja.+Adakah Aku akan membiarkan nama-Ku dicemari?+ Aku tidak akan memberikan kemuliaan-Ku kepada sesiapa pun.* 12  Hai keturunan Yakub, hai umat Israel yang telah Aku panggil, dengarlah! Akulah Tuhan yang sama.+ Akulah yang pertama dan yang terakhir.+ 13  Aku meletakkan asas bumi dengan tangan-Ku sendiri.+Aku membentangkan langit dengan tangan kanan-Ku.+ Apabila Aku memanggil, bumi dan langit datang menghadap. 14  Berkumpullah dan dengarlah, kamu semua! Dewa manakah* yang telah mengisytiharkan hal-hal ini? Orang yang Aku, Yehuwa, kasihi+ Akan melaksanakan kehendak-Ku terhadap Babilon.+Tangannya akan menyerang orang Kasdim.+ 15  Aku telah berfirman, dan Aku telah memanggilnya.+ Aku telah memimpinnya, dan Aku akan menjayakan usahanya.+ 16  Dekatilah Aku dan dengarlah. Dari mula lagi, Aku tidak berfirman secara tersembunyi.+ Apabila hal yang dinubuatkan menjadi kenyataan, Aku berada di situ.” Kini, Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, mengutus aku dan memberi aku kuasa suci-Nya. 17  Demikianlah firman Yehuwa, Penebus kamu, Tuhan Israel Yang Suci:+ “Aku, Yehuwa, ialah Tuhan kamu.Aku mengajar kamu apa yang bermanfaat bagi kamu.*+Aku memimpin kamu di jalan yang harus kamu tempuh.+ 18  Alangkah baiknya jika kamu memperhatikan perintah-Ku!+ Jika demikian, kedamaian kamu akan menjadi seperti sungai,+Dan perbuatan baik kamu akan menjadi seperti ombak laut.+ 19  Kamu akan mempunyai keturunan yang banyak;Jumlah anak cucu kamu akan begitu banyak seperti butir pasir.+ Nama mereka tidak akan dilenyapkan atau dihapuskan dari hadapan-Ku.” 20  Keluarlah dari Babilon!+ Larikanlah diri daripada orang Kasdim! Umumkan berita ini dengan sorakan yang gembira!+ Isytiharkannya ke seluruh pelosok bumi!+ Hebahkanlah kepada semua, “Yehuwa telah menebus keturunan Yakub, hamba-Nya.+ 21  Dia tidak membiarkan mereka kehausan ketika Dia memimpin mereka melalui padang gurun.+ Dia mengeluarkan air daripada batu untuk mereka;Dia membelah batu, lalu air memancar keluar.”+ 22  Yehuwa berfirman, “Tidak ada kedamaian bagi orang jahat.”+

Nota Kaki

Atau “menciptakannya.”
Atau “memeriksa.” Atau mungkin, “memilih.”
Atau “mengongsi kemuliaan-Ku dengan sesiapa pun.”
Harfiah, “Siapakah antara mereka . . .?”
Atau “Aku mengajar kamu demi kebaikan kamu.”