Yeremia 10:1-25

  • Perbezaan antara tuhan-tuhan palsu dengan Tuhan yang hidup (1-16)

  • Dibinasakan dan diusir tidak lama lagi (17, 18)

  • Yeremia berkabung (19-22)

  • Doa nabi (23-25)

    • Manusia tidak dapat mengarahkan langkahnya (23)

10  Hai bangsa Israel, dengarlah perkhabaran Yehuwa kepada kamu.  Inilah firman Yehuwa: “Janganlah ikut haluan bangsa-bangsa lain.+Janganlah berasa takut semasa melihat tanda-tanda dari langit,Walaupun bangsa-bangsa lain berasa takut.+   Adat resam mereka sia-sia sahaja. Seorang tukang kayu menebang sebatang pokok di dalam hutan,Lalu membuat patung berhala daripadanya.+   Patung itu dihiasi dengan emas dan perak+Lalu dikukuhkan dengan tukul dan paku supaya patung itu tidak terjatuh.+   Patung-patung itu seperti orang-orangan di kebun timun yang tidak dapat bercakap.+Patung-patung itu harus diangkat kerana tidak dapat berjalan.+ Janganlah takut kepada patung-patung itu kerana patung-patung itu tidak dapat mencederakan kamuAtau membawa kebaikan kepada kamu.”+   Ya Yehuwa, tiada sesiapa pun yang seperti Engkau.+ Engkau sungguh perkasa, dan nama-Mu agung dan berkuasa.   Wahai Raja bangsa-bangsa, siapakah yang tidak takut* kepada-Mu?+ Engkau harus ditakuti oleh semuaKerana antara semua orang bijaksana daripada bangsa-bangsa dan di dalam semua kerajaan mereka,Tiada sesiapa pun yang setanding dengan-Mu.+   Mereka semua bodoh dan tidak berakal.+ Sia-sia sahaja mereka menerima arahan daripada sebatang pokok.+   Piring-piring perak dibawa dari Tarsis+ dan emas dibawa dari Ufaz;Semua itu digunakan oleh tukang besi dan tukang-tukang yang mahir. Patung-patung itu dikenakan pakaian yang diperbuat daripada benang biru dan kain bulu yang berwarna ungu. Semua patung itu dibuat oleh tukang-tukang yang mahir. 10  Tetapi Yehuwa ialah Tuhan yang benar. Dia ialah Tuhan yang hidup+ dan Raja yang kekal.+ Bumi akan bergoncang kerana kemurkaan-Nya,+Dan tiada bangsa yang dapat bertahan menghadapi hukuman-Nya. 11 * Engkau haruslah berkata kepada mereka, “Tuhan-tuhan itu tidak menciptakan langit dan bumi.Mereka akan dilenyapkan dari bumi dan dari bawah langit.”+ 12  Dengan kuasa-Nya, Tuhan telah menjadikan bumi,Dengan kebijaksanaan-Nya, Dia telah menciptakan tanah yang subur,+Dan dengan pengertian-Nya, Dia telah membentangkan langit.+ 13  Apabila Dia melantangkan suara-Nya,Dia membuat air di langit bergelora,+Dia menyebabkan awan* naik dari hujung bumi;+ Dia membuat kilat terpancar semasa hujan turun;*Dia memerintahkan angin keluar dari gudang-Nya.+ 14  Tindakan semua orang tidak masuk akal dan mereka tidak mempunyai pengetahuan. Setiap tukang besi akan dimalukan kerana patung berhala yang diukirnya,+Kerana patung besi buatan mereka itu palsuDan tidak bernyawa.*+ 15  Patung-patung itu tidak berguna dan patut dihina.+ Semua patung itu akan dibinasakan apabila hari penghakiman tiba. 16  Tetapi Tuhan Yakub tidak seperti patung-patung itu,Kerana Dialah Tuhan yang telah menciptakan segala-galanya.Israel ialah tongkat warisan-Nya.+ Nama-Nya ialah Yehuwa, ketua angkatan syurga.+ 17  Hai kaum wanita yang sedang dikepung,Kumpulkan barang-barang kamu yang ada di atas lantai. 18  Inilah firman Yehuwa: “Pada waktu ini, Aku akan mengusir* penduduk negeri ini,+Dan Aku akan membuat mereka menderita.” 19  Malanglah aku kerana aku sudah hancur!+ Lukaku tidak dapat diubati, Dan aku berkata, “Inilah penyakitku! Aku harus menanggungnya. 20  Khemahku sudah rosak, dan tali-tali khemahku semuanya putus.+ Semua anak lelakiku telah meninggalkan aku, dan mereka sudah tiada.+ Tiada sesiapa lagi yang dapat memasang khemahku atau menggantung kain-kainnya. 21  Para gembala bertindak dengan bodoh,+Dan mereka tidak meminta petunjuk daripada Yehuwa.+ Itulah sebabnya mereka bertindak tanpa pemahaman,Dan semua kawanan mereka tercerai-berai.”+ 22  Dengarlah! Inilah berita yang baru diterima! Kedengaran bunyi huru-hara dari negeri di utara.+Angkatan tentera datang dari situ untuk menjadikan kota-kota Yehuda tanah yang tandus dan tempat tinggal serigala.+ 23  Ya Yehuwa, aku tahu benar bahawa manusia tidak berkuasa untuk menentukan jalan hidupnya, Bahkan manusia yang sedang berjalan pun tidak dapat mengarahkan langkahnya.+ 24  Ya Yehuwa, betulkanlah kesalahanku dengan saksama.Tetapi janganlah berbuat demikian semasa Engkau marah+ supaya aku tidak dilenyapkan.+ 25  Lampiaskanlah kemarahan-Mu terhadap bangsa-bangsa yang tidak menghiraukan-Mu,+Dan terhadap suku-suku yang tidak menyeru nama-Mu Kerana mereka telah menyerang Yakub.+Ya, mereka telah menyerangnya sehingga dia hampir pupus,+Dan mereka telah menjadikan negerinya tanah yang gersang.+

Nota Kaki

Atau “hormat.”
Pada asalnya, ayat 11 ditulis dalam bahasa Aram.
Atau mungkin, “Dia membuka pintu-pintu supaya hujan turun.”
Atau “wap.”
Atau “tidak mempunyai nafas hidup.”
Atau “melemparkan.”