Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Betul atau Salah? Soalan yang Harus Kita Semua Fikirkan

Betul atau Salah? Soalan yang Harus Kita Semua Fikirkan

Jika anda ingin melancong ke suatu tempat yang baharu, apakah yang akan anda lakukan?

  1. 1. Mengikut gerak hati atau perasaan anda.

  2. 2. Mengikut orang lain dan berharap mereka tahu jalannya.

  3. 3. Mengikut GPS, peta, atau seorang kawan baik yang tahu jalannya.

Jika kita memilih cara pertama atau kedua, kita mungkin tidak akan sampai ke tempat yang diingini. Namun jika kita memilih cara yang ketiga, kita pasti akan sampai ke tempat yang diingini.

Hidup kita adalah seperti perjalanan dan kita berharap jalan kehidupan kita akan bahagia. Namun hal itu bergantung pada nasihat yang kita ikut semasa membuat keputusan.

Kebanyakan keputusan yang kita buat tidak akan meninggalkan kesan jangka masa panjang. Namun, sesetengah keputusan kita akan membawa kesan yang berpanjangan kepada diri kita atau orang tersayang kita. Keputusan sebegini berkaitan dengan nilai moral kita atau pandangan kita tentang apa yang betul dan salah. Contohnya, keputusan tentang:

  • Seks dan perkahwinan

  • Kejujuran, kerja, dan duit

  • Cara untuk membesarkan anak

  • Cara melayan orang lain

Anda tentu mahu keputusan anda tentang hal-hal itu membawa kebahagiaan kepada diri anda dan keluarga anda.

Maka soalan yang kita semua harus fikirkan ialah: Apakah yang dapat membantu saya membuat keputusan yang baik semasa menentukan apa yang betul dan salah?

Majalah ini akan membincangkan mengapa kita dapat mempercayai nasihat Bible dan bagaimana nasihat Bible dapat membantu anda.