Lompat ke kandungan

Saya Tiada Ketenangan Hidup—Dapatkah Agama, Tuhan, atau Bible Membantu Saya?

Saya Tiada Ketenangan Hidup—Dapatkah Agama, Tuhan, atau Bible Membantu Saya?

Jawapan Bible

 Ya. Bible, sebuah buku kuno yang penuh dengan nasihat yang bijak, dapat menjawab soalan-soalan penting dalam kehidupan dan dapat membantu anda berasa lebih tenang dan bahagia. Perhatikan beberapa contoh.

  1.   Adakah Pencipta wujud? Bible menyatakan bahawa Tuhan “menciptakan segala sesuatu.” (Wahyu 4:11) Sebagai Pencipta kita, Tuhan tahu apa yang kita perlukan untuk mendapat ketenteraman dan kepuasan dalam hidup kita.

  2.   Adakah Tuhan peduli tentang saya? Bible tidak memberikan gambaran bahawa Tuhan susah didekati. Sebaliknya Bible menyatakan bahawa “Dia sebenarnya tidak jauh daripada kita masing-masing.” (Kisah 17:27) Dia peduli tentang apa yang berlaku kepada anda dan ingin membantu anda berjaya dalam hidup.—Yesaya 48:17, 18; 1 Petrus 5:7.

  3.   Bagaimanakah mengenali Tuhan dapat membantu saya berasa tenang? Tuhan menciptakan kita dengan “keperluan rohani,” iaitu keinginan untuk memahami tujuan hidup kita. (Matius 5:3) Keperluan rohani kita juga merangkumi keinginan untuk mengenali Pencipta kita dan memupuk hubungan yang erat dengan-Nya. Tuhan berasa senang hati apabila kita berusaha untuk mengenali-Nya. Bible menyatakan, “Hampirilah Tuhan dan Dia pun akan menghampiri kamu.”—Yakobus 4:8.

 Jutaan orang mendapati bahawa hubungan mereka dengan Tuhan telah membantu mereka menikmati ketenangan dan sukacita dalam kehidupan. Walaupun hidup anda tidak akan bebas daripada masalah, nasihat Tuhan dalam Bible dapat membantu anda

 Banyak agama menggunakan Bible tetapi tidak mengikut ajarannya. Namun, agama yang benar sentiasa berpegang pada ajaran Bible dan dapat membantu anda untuk mengenali Tuhan.