Wahyu yang Diterima oleh Yohanes 4:1-11

  • Penglihatan tentang hadirat Yehuwa di syurga (1-11)

    • Yehuwa duduk di atas takhta-Nya (2)

    • 24 penatua di atas takhta (4)

    • Empat makhluk hidup (6)

4  Selepas itu, aku nampak sebuah pintu terbuka di syurga. Suara pertama yang aku dengar, yang kedengaran seperti trompet, berkata kepadaku, “Naiklah ke sini. Aku akan menunjukkan kepadamu hal-hal yang pasti berlaku.”  Kemudian, aku segera dipenuhi kuasa suci Tuhan lalu aku nampak sebuah takhta di syurga dan ada seseorang yang sedang duduk di atas takhta itu.+  Takhta itu dikelilingi sebuah pelangi yang kelihatan seperti zamrud, dan Dia yang duduk di atas takhta itu kelihatan seperti batu jasper+ dan batu sardius.*+  Di sekeliling takhta itu terdapat 24 buah takhta, dan aku melihat 24 orang penatua+ yang sedang duduk di atas takhta-takhta itu. Mereka memakai jubah putih dan terdapat mahkota emas di atas kepala mereka.  Kilat,+ suara, dan guruh,+ keluar dari takhta itu, dan di depan takhta itu ada tujuh buah lampu yang bernyala, yang melambangkan tujuh daya Tuhan.+  Di depan takhta itu juga ada sesuatu yang kelihatan seperti lautan kaca yang jernih+ dan yang bersinar seperti kristal. Takhta itu terletak di tengah-tengah, dan di sekeliling takhta itu ada empat makhluk hidup+ yang penuh dengan mata pada bahagian depan dan pada bahagian belakang.  Makhluk hidup yang pertama kelihatan seperti singa,+ makhluk hidup yang kedua kelihatan seperti lembu jantan muda,+ makhluk hidup yang ketiga+ mempunyai muka seperti manusia, dan makhluk hidup yang keempat+ kelihatan seperti burung helang yang terbang.+  Setiap makhluk hidup itu mempunyai enam sayap yang penuh dengan mata, bahkan pada bahagian bawah sayap.+ Siang dan malam, keempat-empat makhluk hidup itu terus berkata, “Suci, suci, sucilah Tuhan Yehuwa*+ Yang Maha Kuasa, yang dahulu ada, yang sekarang ada, dan yang akan datang.”+  Makhluk-makhluk hidup itu memberikan kemuliaan, kehormatan, dan kesyukuran, kepada Tuhan yang duduk di atas takhta, iaitu Dia yang hidup selama-lamanya.+ Setiap kali mereka berbuat demikian, 10  semua 24 orang penatua+ itu akan bersujud di hadapan Dia yang duduk di atas takhta lalu menyembah Dia yang hidup selama-lamanya. Mereka melemparkan mahkota mereka di depan takhta itu dan berkata, 11  “Ya Yehuwa,* Tuhan kami, Engkau layak menerima kemuliaan,+ kehormatan,+ dan kuasa,+ kerana Engkau menciptakan segala sesuatu,+ dan kerana kehendak-Mu segala sesuatu wujud dan diciptakan.”

Nota Kaki

Atau “batu permata yang berwarna merah.”