Lompat ke kandungan

Dapatkah Bible Membantu jika Anda Menghidap Penyakit Kronik?

Dapatkah Bible Membantu jika Anda Menghidap Penyakit Kronik?

Jawapan Bible

 Ya. Tuhan mengambil berat terhadap umat-Nya yang sakit. Berkenaan seorang hamba Tuhan yang setia, Bible mengatakan, “Yehuwa akan memeliharanya sewaktu dia kesakitan di katilnya.” (Mazmur 41:3) Jika anda menghidap penyakit kronik, tiga langkah berikut dapat membantu anda:

  1.   Berdoalah memohon kekuatan agar dapat bertahan. Dengan demikian, anda dapat menerima “kesejahteraan daripada Tuhan yang jauh lebih unggul.” Hal ini mengurangkan kekhuatiran anda dan menguatkan anda.​—Filipi 4:6, 7.

  2.   Jadilah positif. Bible mengatakan, “Hati yang gembira adalah ubat yang baik, tetapi semangat yang patah mengeringkan tulang.” (Amsal 17:22, Alkitab Versi Borneo) Cubalah bergurau senda. Hal ini dapat mengurangkan kesedihan dan meningkatkan kesihatan anda.

  3.   Berharap pada masa depan. Harapan dapat membantu anda untuk tetap bersukacita meskipun menghidap penyakit kronik. (Roma 12:12) Bible menubuatkan bahawa pada masa depan, tiada sesiapa pun yang akan berkata, “Aku sakit.” (Yesaya 33:24) Tuhan akan menyembuhkan penyakit kronik yang tidak dapat diubati oleh teknologi perubatan yang canggih hari ini. Contohnya, Bible berkata, “Biarlah tubuhnya menjadi lebih segar [atau, sihat] daripada tubuh orang muda; biarlah dia menjadi kuat dan perkasa semula, seperti pada masa mudanya.” (Ayub 33:25, nota kaki) Janji ini menunjukkan bahawa orang yang tua akan menjadi muda dan sihat semula.

 Perhatian: Meskipun Saksi-Saksi Yehuwa percaya kepada bantuan Tuhan, mereka juga mendapatkan bantuan perubatan untuk merawat masalah kesihatan seperti penyakit kronik. (Markus 2:17) Namun, Saksi-Saksi Yehuwa tidak memberikan cadangan tentang jenis rawatan yang patut diambil. Setiap orang harus membuat keputusan masing-masing.