Lompat ke kandungan

Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Orang Kristian?

Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Orang Kristian?

 Ya. Kami ialah orang Kristian atas sebab-sebab yang berikut:

  •   Kami berusaha untuk mengikut ajaran dan teladan Yesus Kristus.—1 Petrus 2:21.

  •   Kami percaya bahawa hanya melalui Yesus kami akan diselamatkan dan ‘tiada orang lain yang mendapat kekuasaan daripada Tuhan untuk menyelamatkan kita.’—Kisah 4:12.

  •   Apabila seseorang menjadi Saksi-Saksi Yehuwa, dia akan dibaptiskan atas nama Yesus.—Matius 28:18, 19.

  •   Kami berdoa melalui nama Yesus.—Yohanes 15:16.

  •   Kami percaya bahawa Yesus dilantik sebagai Kepala ke atas setiap manusia.—1 Korintus 11:3.

 Namun, ada beberapa perkara yang membezakan kami daripada kumpulan-­kumpulan Kristian yang lain. Contohnya, kami percaya Bible mengajarkan bahawa Yesus ialah Anak Tuhan, bukannya sebahagian daripada Tritunggal. (Markus 12:29) Kami tidak percaya bahawa jiwa atau roh manusia tidak boleh mati. Tiada ayat-ayat Bible yang menyatakan bahawa Tuhan menyeksa orang di neraka. Kami juga tidak percaya bahawa para pemimpin agama patut diberikan gelaran yang meninggikan kedudukan mereka.—Pengkhutbah 9:5; Yehezkiel 18:4; Matius 23:8-10.