Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

CreativeDesignArt/DigitalVision Vectors via Getty Images

TERUSLAH BERJAGA-JAGA!

Dapatkah Isu Perkauman Dibasmi Sepenuhnya?—Apakah yang Bible Katakan?

Dapatkah Isu Perkauman Dibasmi Sepenuhnya?—Apakah yang Bible Katakan?

 Banyak orang berpendapat bahawa adalah mustahil untuk mewujudkan masyarakat yang bebas daripada diskriminasi dan isu perkauman.

  •   “Isu perkauman bagaikan racun yang mengancam organisasi dan masyarakat secara umum. Sikap inilah yang mendorong orang untuk bersikap berat sebelah.”—António Guterres, setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

 Dapatkah masyarakat manusia hidup harmoni tanpa masalah perkauman? Apakah yang Bible katakan?

Pandangan Tuhan terhadap manusia sejagat

 Bible menjelaskan pandangan Tuhan terhadap manusia yang berbilang bangsa.

  •   “Daripada seorang manusia, [Tuhan] menjadikan semua bangsa supaya mereka menduduki seluruh muka bumi.”—Kisah 17:26.

  •   “Tuhan tidak berat sebelah. Orang daripada bangsa apa pun yang takut kepada-Nya dan berbuat benar diperkenankan-Nya.”—Kisah 10:34, 35.

 Bible menunjukkan bahawa semua orang berasal daripada nenek moyang yang sama, dan Tuhan mengasihi orang daripada segala bangsa.

Bagaimana isu perkauman akan dibasmi

 Di bawah pemerintahan Kerajaan Tuhan, semua orang akan dilayan dengan adil. Kerajaan ini yang didirikan di syurga akan mengajar orang cara untuk memperlakukan satu sama lain dengan baik dan hormat. Manusia akan belajar untuk menyingkirkan sikap-sikap buruk yang menjadi punca kepada isu perkauman.

  •   “Penduduk bumi akan belajar untuk melakukan apa yang benar.”—Yesaya 26:9.

  •   “Keadilan yang sejati akan membawa kedamaian dan mendatangkan ketenteraman dan keamanan yang berkekalan.”—Yesaya 32:17.

 Hari ini, jutaan orang sedang menerapkan ajaran Bible untuk melayan satu sama lain dengan baik dan hormat.