Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Kiri: Yasser Qudaih/Anadolu via Getty Images; kanan: RONALDO SCHEMIDT/AFP via Getty Images

TERUSLAH BERJAGA-JAGA!

Bilakah Peperangan Akan Berakhir?—Apakah yang Bible Katakan?

Bilakah Peperangan Akan Berakhir?—Apakah yang Bible Katakan?

 “Sekaranglah masanya untuk meredakan dan mengurangkan kemelut. Sekaranglah masanya untuk sekatan maksimum daripada semua pihak,” kata António Guterres, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, mengenai serangan Iran ke atas Israel pada hari Sabtu, 13 April 2024.

 Peperangan di Timur Tengah hanyalah salah satu daripada banyak konflik yang sedang berlaku di seluruh dunia.

 “Jumlah peperangan di seluruh dunia mencatatkan angka tertinggi sejak Perang Dunia Kedua. Akibatnya, kehidupan 2 bilion orang, iaitu satu perempat penduduk dunia, telah terjejas.”—Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 26 Januari 2023.

 Kawasan yang terjejas akibat perang termasuk Israel, Gaza, Syria, Azerbaijan, Ukraine, Sudan, Etiopia (Habsyah), Niger, Myanmar, dan Haiti. a

 Bilakah peperangan akan berakhir? Dapatkah pemimpin dunia membawa kedamaian? Apakah yang Bible katakan?

Dunia yang dilanda peperangan

 Konflik yang berlaku di seluruh dunia menunjukkan bahawa peperangan akan dilenyapkan tidak lama lagi. Peristiwa ini memenuhi nubuat Bible bahawa kita sedang hidup pada “penghujung sistem ini.”—Matius 24:3.

  •   “Kamu akan mendengar tentang peperangan di pelbagai tempat. . . . Satu bangsa akan menyerang bangsa yang lain, dan satu kerajaan akan menyerang kerajaan yang lain.”—Matius 24:6, 7.

 Bacalah rencana “Apakah Tanda ‘Hari-Hari Terakhir,’ atau ‘Akhir Zaman’?” untuk mengetahui bagaimana peperangan yang berlaku sekarang sedang memenuhi nubuat Bible.

Perang yang akan mengakhiri semua peperangan

 Bible menubuatkan bahawa konflik antara manusia akan dilenyapkan. Bagaimana? Melalui perang Armagedon, iaitu “perang yang akan tercetus pada hari besar Tuhan Yang Maha Kuasa,” dan bukannya usaha manusia. (Wahyu 16:14, 16) Perang ini akan membuka jalan bagi Tuhan untuk menunaikan janji-Nya bagi manusia untuk menikmati kedamaian buat selama-lamanya.—Mazmur 37:10, 11, 29.

 Untuk belajar lebih banyak tentang perang Tuhan yang akan mengakhiri semua peperangan, bacalah rencana “Apakah Itu Perang Armagedon?

a ACLED Conflict Index, “Merekodkan tahap konflik mengikut negara,” Januari 2024