Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Maremagnum/Corbis Documentary via Getty Images

TERUSLAH BERJAGA-JAGA!

Adakah Armagedon Akan Bermula di Israel?—Apakah yang Bible Katakan?

Adakah Armagedon Akan Bermula di Israel?—Apakah yang Bible Katakan?

 Bible menjelaskan bahawa Armagedon ialah suatu perang yang akan berlaku antara semua kerajaan manusia dengan Tuhan. Perang ini juga tidak terhad kepada kawasan tertentu saja tapi akan meliputi seluruh bumi.

  •   “Pernyataan yang diilhami roh-roh jahat itu . . . pergi kepada raja-raja di seluruh bumi lalu mengumpulkan mereka untuk perang yang akan tercetus pada hari besar Tuhan Yang Maha Kuasa. . . . Kemudian raja-raja itu dikumpulkan ke tempat yang disebut Armagedon dalam bahasa Ibrani.”—Wahyu 16:14, 16.

 Perkataan “Armagedon” berasal daripada kata Ibrani Har Meghid·dohnʹ, yang bermaksud “Gunung Megido.” Megido ialah sebuah kota yang terletak di Israel pada zaman kuno. Oleh itu, ramai orang fikir bahawa perang Armagedon akan berlaku di Israel. Namun, kawasan Megido atau tempat lain di Timur Tengah tidak cukup luas bagi semua “raja-raja di seluruh bumi” dan angkatan tentera mereka untuk berkumpul.

 Dalam Bible, buku Wahyu ditulis “dalam bentuk lambang,” atau bahasa kiasan. (Wahyu 1:1) Armagedon bukanlah suatu tempat harfiah di lokasi tertentu, tetapi merujuk kepada bangsa-bangsa di seluruh dunia yang akan berkumpul untuk menentang Tuhan buat kali terakhir.—Wahyu 19:11-16, 19-21.