Surat kepada Sidang di Roma 5:1-21

  • Berbaik semula dengan Tuhan melalui Kristus (1-11)

  • Kematian melalui Adam, kehidupan melalui Kristus (12-21)

    • Dosa dan kematian tersebar kepada semua (12)

    • Perbuatan baik satu orang (18)

5  Sekarang kita sudah mendapat perkenan Tuhan kerana iman kita.+ Jadi, marilah kita menikmati kedamaian* dengan Tuhan melalui Tuan kita, Yesus Kristus.+  Melalui iman kepadanya, jalan terbuka bagi kita untuk menerima kebaikan hati yang unggul. Memandangkan kita sudah menerima kebaikan hati itu sekarang,+ marilah kita bersukacita atas harapan untuk menerima kemuliaan Tuhan.  Bukan itu sahaja, tetapi marilah kita bersukacita* semasa menghadapi kesengsaraan,+ kerana kita tahu bahawa kesengsaraan menghasilkan ketabahan;+  selanjutnya, ketabahan membantu kita mendapat perkenan Tuhan;+ dan perkenan Tuhan membawa harapan.+  Harapan ini tidak akan mengecewakan kita,+ kerana melalui kuasa suci Tuhan yang telah diberikan kepada kita, kasih-Nya telah dicurahkan ke dalam hati kita.+  Sememangnya, semasa kita tidak berdaya,+ Kristus telah mati untuk manusia yang berdosa, pada masa yang telah ditetapkan.  Jarang ada orang yang sanggup mati untuk seseorang yang melakukan apa yang benar. Tetapi ada orang yang mungkin rela mati untuk seseorang yang baik.  Namun, beginilah caranya Tuhan menunjukkan kasih-Nya kepada kita: Kristus telah mati untuk kita semasa kita masih berdosa.+  Maka, melalui darah Kristus,+ kita mendapat perkenan Tuhan, dan kita yakin bahawa hal ini akan menyelamatkan kita daripada kemurkaan-Nya.+ 10  Dahulu kita musuh Tuhan, tetapi melalui kematian Anak-Nya,+ kita sudah berbaik semula dengan Tuhan. Sekarang, memandangkan kita sudah berbaik semula dengan Tuhan, kita pasti akan diselamatkan kerana kini Kristus hidup. 11  Bukan itu sahaja, kita juga bersukacita kerana melalui Tuan kita, Yesus Kristus, kita dapat menjalinkan hubungan dengan Tuhan dan berbaik semula dengan-Nya.+ 12  Maka, dosa masuk ke dalam dunia melalui satu orang, dan dosa membawa kematian.+ Akibatnya, kematian tersebar kepada semua orang kerana mereka semua berdosa.+ 13  Dosa sudah ada di dalam dunia sebelum Hukum diberikan. Tetapi tanpa hukum, tiada orang yang akan dituduh melakukan dosa.+ 14  Namun begitu, sejak zaman Adam sampai ke zaman Musa, kematian memerintah sebagai raja, bahkan atas mereka yang tidak berbuat dosa seperti yang dilakukan oleh Adam semasa dia melanggar perintah Tuhan. Adam menggambarkan dia yang bakal datang.+ 15  Kurniaan Tuhan berbeza daripada dosa. Disebabkan dosa satu orang, banyak orang mati. Tetapi Tuhan telah mencurahkan kurniaan percuma dan kebaikan hati-Nya yang unggul secara melimpah kepada banyak orang+ melalui kebaikan hati satu orang,+ iaitu Yesus Kristus. 16  Selain itu, hasil yang diraih melalui kurniaan yang percuma berbeza daripada hasil yang dibawa oleh dosa satu orang.+ Hal ini demikian kerana setelah satu orang berdosa, semua manusia didapati bersalah.+ Tetapi Tuhan memberikan kurniaan percuma-Nya setelah banyak manusia melakukan dosa, supaya mereka mendapat perkenan-Nya.+ 17  Melalui dosa satu orang, maut mula memerintah sebagai raja.+ Tetapi kita yakin bahawa melalui Yesus Kristus,+ orang akan hidup dan memerintah sebagai raja.+ Mereka akan meraih manfaat daripada kebaikan hati Tuhan yang melimpah dan kurniaan-Nya yang percuma lalu mereka akan mendapat perkenan-Nya.+ 18  Oleh itu, sebagaimana dosa satu orang menyebabkan semua orang didapati bersalah,+ begitu juga perbuatan benar satu orang membolehkan semua orang+ mendapat perkenan Tuhan dan menerima kehidupan.+ 19  Disebabkan keingkaran satu orang, banyak orang menjadi pendosa.+ Begitu juga, disebabkan kepatuhan satu orang, banyak orang mendapat perkenan Tuhan.+ 20  Tuhan memberikan Hukum supaya dosa ditonjolkan dengan lebih jelas.+ Namun, apabila dosa semakin bertambah, kebaikan hati yang unggul juga semakin bertambah. 21  Apakah tujuannya? Sebagaimana dosa dan maut memerintah sebagai raja,+ begitu juga kebaikan hati yang unggul akan memerintah sebagai raja agar orang mendapat perkenan Tuhan. Dengan itu, orang dapat meraih kehidupan yang kekal melalui Yesus Kristus, Tuan kita.+

Nota Kaki

Atau mungkin, “Maka, kita dapat berdamai.”
Atau mungkin, “tetapi kita bersukacita.”