Keluaran 23:1-33

  • Hukum-hukum untuk orang Israel (1-19)

    • Tentang kejujuran dan keadilan (1-9)

    • Tentang Sabat dan perayaan lain (10-19)

  • Malaikat membimbing umat Israel (20-26)

  • Penaklukan tanah; sempadan negeri ditetapkan (27-33)

23  “Jangan sebarkan berita palsu.+ Jangan tolong orang jahat dengan menjadi saksi palsu untuk mencelakakan orang.+  Jangan terikut-ikut dengan orang ramai untuk berbuat jahat. Semasa memberikan kesaksian dalam suatu perselisihan, jangan memesongkan kebenaran dan terikut-ikut dengan pendapat orang ramai.  Jangan bersikap berat sebelah semasa mengadili perselisihan yang melibatkan orang miskin.+  “Jika kamu terjumpa lembu atau keldai musuh kamu berkeliaran, kembalikanlah binatang itu kepadanya.+  Jika kamu nampak keldai musuh terjatuh kerana muatan yang berat, jangan pergi begitu sahaja. Kamu mesti membantu musuhmu mengalihkan muatan itu.+  “Jangan memutarbalikkan keadilan semasa mengadili orang miskin di mahkamah.+  “Hindarilah kata-kata dusta* dan jangan menyebabkan orang yang tidak bersalah dan orang yang baik dihukum mati, kerana Aku tidak akan melepaskan orang yang melakukan kejahatan sebegini.+  “Jangan terima rasuah, kerana rasuah membutakan mata hakim terhadap apa yang benar, dan menyebabkan orang yang baik dan adil mengubah keputusannya.+  “Jangan menindas orang asing. Kamu tahu rasanya menjadi orang asing, kerana kamu pernah menjadi orang asing di Mesir.+ 10  “Selama enam tahun, kamu boleh bercucuk tanam dan mengumpulkan hasil di ladang kamu.+ 11  Tetapi pada tahun ketujuh, ladang kamu harus dibiarkan dan kamu tidak boleh bercucuk tanam. Biarlah orang miskin mengambil hasilnya. Jika ada yang tersisa, binatang liar boleh memakannya. Buatlah hal yang sama dengan ladang anggur dan kebun zaitun kamu. 12  “Bekerjalah untuk enam hari, tetapi pada hari ketujuh, kamu tidak boleh bekerja. Dengan itu, lembu, keldai, dan hamba kamu, serta orang asing dalam kalangan kamu dapat berehat.+ 13  “Dengarlah dengan teliti dan lakukanlah segala yang telah Aku perintahkan.+ Janganlah sebut nama tuhan-tuhan lain. Janganlah nama tuhan-tuhan itu kedengaran dari mulut kamu.+ 14  “Setiap tahun, sambutlah tiga perayaan untuk-Ku.+ 15  Pada masa yang ditetapkan pada bulan Abib,*+ kamu akan menyambut Perayaan Roti Tidak Beragi,+ kerana pada bulan itu kamu meninggalkan Mesir. Kamu harus memakan roti tidak beragi selama tujuh hari sebagaimana yang telah Aku perintahkan. Jangan datang ke hadapan-Ku dengan tangan kosong.+ 16  Selain itu, kamu juga harus menyambut Perayaan Menuai* semasa kamu mempersembahkan hasil pertama dari ladang kamu.+ Pada akhir tahun, sambutlah Perayaan Pondok Daun selepas kamu mengumpulkan hasil tanaman dari ladang kamu.+ 17  Tiga kali dalam setahun, semua lelaki dalam kalangan kamu mesti datang menghadap Aku, Yehuwa, Tuan yang benar.+ 18  “Jangan persembahkan kepada-Ku darah korban binatang bersama apa-apa yang beragi. Lemak binatang yang dipersembahkan semasa perayaan-Ku tidak boleh ditinggalkan sehingga pagi esok. 19  “Bawalah hasil pertama yang terbaik dari ladang kamu ke rumah milik Aku, Yehuwa, Tuhan kamu.+ “Jangan memasak anak kambing di dalam air susu induknya.+ 20  “Aku akan mengutus malaikat di hadapan kamu+ untuk melindungi kamu dalam perjalanan dan membawa kamu ke tempat yang telah Aku sediakan.+ 21  Dia datang atas nama-Ku, maka dengarlah dan patuhilah kata-katanya. Jangan memberontak terhadapnya kerana dia tidak akan mengampunkan kesalahan kamu.+ 22  Namun jika kamu mematuhi kata-katanya dengan sungguh-sungguh dan melakukan segala perintah-Ku, Aku akan melawan orang yang melawan kamu dan menentang orang yang menentang kamu. 23  Malaikat-Ku akan berada di hadapan kamu dan membawa kamu ke negeri orang Amori, Het, Feris, Kanaan, Hewi, dan Yebus. Aku akan membinasakan mereka semua.+ 24  Jangan bersujud kepada tuhan-tuhan mereka atau tergoda untuk menyembah tuhan-tuhan mereka. Jangan tiru amalan mereka.+ Sebaliknya, hancurkanlah patung berhala mereka dan remukkanlah tugu-tugu suci* mereka.+ 25  Sembahlah Aku, Yehuwa, Tuhan kamu.+ Aku akan memberkati kamu dengan roti dan air,+ dan Aku akan menghapuskan segala penyakit kamu.+ 26  Wanita-wanita di negeri kamu tidak akan keguguran atau mandul,+ dan Aku akan mengurniakan usia panjang kepada kamu. 27  “Sebelum kamu tiba, musuh kamu akan mendengar tentang Aku dan menggeletar ketakutan.+ Aku akan mengacau-bilaukan semua bangsa yang menyerang kamu dan menyebabkan musuh kamu berundur lalu melarikan diri.+ 28  Aku akan menyebabkan musuh kamu dilanda rasa gentar sebelum kamu tiba.+ Aku akan mengusir orang Hewi, Kanaan, dan Het dari hadapan kamu.+ 29  Aku tidak akan mengusir mereka semua dalam masa setahun, kerana hal ini akan menjadikan tanah itu terbiar, dan binatang buas akan bertambah banyak sehingga membahayakan kamu.+ 30  Aku akan mengusir mereka sedikit demi sedikit sehingga kamu menjadi cukup banyak untuk menakluki tanah itu.+ 31  “Aku akan menetapkan sempadan negeri kamu, iaitu dari Laut Merah ke Laut Tengah,* dan dari padang belantara ke sungai besar.*+ Aku akan menyerahkan penduduk negeri itu ke dalam tangan kamu, dan kamu akan mengusir mereka semua.+ 32  Jangan membuat perjanjian dengan mereka atau tuhan-tuhan mereka.+ 33  Jangan biarkan mereka tinggal di negeri kamu, supaya mereka tidak membuat kamu berdosa terhadap-Ku. Jika kamu menyembah tuhan-tuhan mereka, hal itu pasti akan menjadi jerat bagi kamu.”+

Nota Kaki

Atau “tuduhan palsu.”
Juga dikenali sebagai Perayaan Pentakosta.
Lihat Kamus.
Iaitu, Laut Mediterranean. Atau “laut orang Filistin.”
Iaitu, Sungai Efrat.