Amsal 8:1-36

  • Kebijaksanaan seolah-olah bercakap (1-36)

    • “Akulah hasil ciptaan-Nya yang pertama” (22)

    • ‘Aku di samping-Nya sebagai jurubina’ (30)

    • “Yang paling aku sukai ialah manusia” (31)

8  Bukankah kebijaksanaan sedang memanggil? Bukankah pengertian sedang berseru?+   Kebijaksanaan berada di tempat-tempat tinggi,+Di tepi jalan, dan di simpang jalan.   Di pintu masuk kotaDan di pintu-pintu gerbang,Kebijaksanaan terus berseru dengan kuat:+   “Hai umat manusia, aku sedang memanggil kamu;Aku melantangkan suaraku kepada semua orang.   Hai orang yang tidak berpengalaman, dapatkanlah kebijaksanaan;+Hai orang bodoh, perolehlah hati yang berpengertian.   Dengarkanlah kata-kataku, kerana apa yang aku katakan itu penting.Semua yang aku ucapkan itu tepat,   Kerana mulutku mengatakan kebenaran,Dan aku muak terhadap apa yang jahat.   Segala yang aku katakan itu benar; Tiada satu pun yang berputar belit atau memperdayakan.   Semua yang aku katakan mudah difahami oleh orang yang berpengertian,Dan segala yang aku ucapkan benar bagi orang yang berpengetahuan. 10  Terimalah ajaranku* dan bukannya perak;Terimalah pengetahuan dan bukannya emas tulen,+ 11  Kerana kebijaksanaan lebih bernilai daripada batu permata;Segala yang kamu idamkan tidak dapat menandinginya. 12  Akulah kebijaksanaan; aku memiliki pengertian.Aku mempunyai pengetahuan dan daya pemikiran.+ 13  Takut akan Yehuwa bererti membenci apa yang jahat.+ Aku membenci kesombongan, keangkuhan,+ haluan jahat, dan kata-kata keji.+ 14  Aku memberikan hikmat dan nasihat yang baik;+Pemahaman+ dan kuasa+ merupakan milikku. 15  Aku membantu raja-raja memerintah,Dan menolong pegawai tinggi menetapkan hukum yang adil.+ 16  Dengan pertolonganku, para penguasa terus memerintah,Dan dengan bantuanku, para pembesar menghakimi dengan saksama. 17  Aku mencintai orang yang mengasihiku;Orang yang mencariku akan menjumpaiku.+ 18  Aku mempunyai kekayaan dan kemewahan yang berkekalan;Aku mempunyai kemuliaan dan keadilan. 19  Apa yang aku berikan lebih bernilai daripada emas, bahkan lebih berharga daripada emas tulen;Apa yang kamu terima daripadaku lebih berharga daripada perak murni.+ 20  Aku berjalan di haluan yang benarDan di tengah-tengah jalan yang adil; 21  Aku mengurniakan warisan yang berharga kepada orang yang mengasihiku,Dan aku memenuhi gudang-gudang mereka. 22  Yehuwa mencipta aku sebagai permulaan karya-Nya.+Akulah hasil ciptaan-Nya yang pertama sejak dahulukala.+ 23  Aku diciptakan sejak zaman purbakala,+Sejak permulaan, sebelum bumi ini dibentuk.+ 24  Aku dilahirkan sebelum lautan wujud,+Sebelum air melimpah dari sumber-sumber air. 25  Aku dijadikan sebelum bukit bukau dibentuk,Sebelum gunung-ganang diciptakan, 26  Sebelum Tuhan membentuk bumi dan padang-padangnya,Bahkan sebelum gumpalan tanah yang pertama dijadikan. 27  Aku berada di sisi-Nya semasa Dia membentangkan langit,+Ketika Dia menetapkan batas pada permukaan air,+ 28  Semasa Dia membentuk awan di langit,Dan sewaktu Dia memenuhi lautan dengan air. 29  Apabila Dia menetapkan batas bagi lautan,Air tidak boleh melintasi batas itu selaras dengan perintah-Nya.+Ketika Dia mendirikan asas bumi, 30  Aku berada di samping-Nya sebagai jurubina yang mahir.+ Hari demi hari, akulah sumber kebahagiaan-Nya;+Aku sentiasa bergembira di hadirat-Nya;+ 31  Aku senang hati apabila melihat bumi yang diciptakan-Nya,Dan yang paling aku sukai ialah manusia. 32  Sekarang, hai anak-anakku, dengarkanlah kata-kataku;Berbahagialah orang yang mengikut haluanku. 33  Dengarkanlah ajaranku*+ dan jadilah bijak;Janganlah abaikan ajaranku. 34  Berbahagialah orang yang mendengarkan ajaranku,Yang datang awal ke pintuku setiap hari,Dan yang menunggu dekat pintu masuk rumahku, 35  Kerana orang yang menjumpaiku akan memperoleh hidup,+Dan dia akan mendapat perkenan Yehuwa. 36  Tetapi orang yang tidak mempedulikan aku, mencelakakan dirinya,Dan orang yang membenciku, mencintai maut.”+

Nota Kaki

Atau “disiplinku.”
Atau “disiplinku.”