Amsal 20:1-30

  • “Wain menyebabkan orang merepek” (1)

  • Pemalas tidak membajak pada cuaca sejuk (4)

  • Fikiran orang bagaikan air di perigi yang dalam (5)

  • Jangan tergesa-gesa membuat ikrar (25)

  • Kemuliaan orang muda ialah kekuatan (29)

20  Wain menyebabkan orang merepek,+ dan minuman keras menyebabkan orang hilang kawalan;+Sesiapa yang minum arak sehingga menyimpang daripada haluan yang benar tidak bijak.+   Rasa takut akan raja bagaikan takut akan ngauman singa;+Sesiapa yang membangkitkan kemurkaan raja membahayakan diri.+   Orang bodoh akan melibatkan diri dalam pertengkaran;+Orang yang menghindari pertengkaran patut dipuji.+   Orang malas tidak membajak semasa cuaca sejuk,Maka dia terpaksa mengemis pada musim menuai kerana tidak mempunyai apa-apa.*+   Fikiran* seseorang bagaikan air di perigi yang dalam,Tetapi orang yang berpengertian dapat menimbanya.   Banyak orang mengaku bahawa mereka mempunyai kasih setia,Tetapi orang yang benar-benar setia sangat susah ditemui.   Orang yang baik menunjukkan kesetiaan;*+ Berbahagialah anak-anaknya!+   Apabila raja duduk di atas takhta penghakiman,+Dia memeriksa segalanya dengan teliti agar dapat menghapuskan kejahatan.+   Siapakah yang dapat berkata, “Aku telah memurnikan hatiku;+Aku tidak lagi berdosa”?+ 10  Yehuwa membenci orang yang menggunakan timbangan yang tidak tepat;Dia murka terhadap orang yang menggunakan alat pengukur yang tidak tepat.+ 11  Kelakuan seorang anak menunjukkan sama ada dia murni atau tidak.Ya, perbuatannya membuktikan sama ada dia tulus atau tidak.+ 12  Yehuwa menciptakan mata untuk melihat,Dan telinga untuk mendengar.+ 13  Janganlah suka tidur, supaya kamu tidak menjadi miskin.+ Bukalah matamu, lalu kamu akan menikmati banyak makanan.+ 14  Orang yang membeli suka berkata, “Barang ini tidak bagus!”Tetapi setelah membeli barang itu, dia bercakap besar tentang harga murah yang dibayarnya.+ 15  Emas dan batu permata memang berharga,Tetapi kata-kata yang mengandungi pengetahuan lebih bernilai daripada semua itu.+ 16  Jika seseorang menjadi penjamin bagi orang yang tidak dikenali, ambillah jubahnya;+Dan jika dia menjalin hubungan dengan perempuan asing, rampaslah harta miliknya sebagai jaminan.+ 17  Roti yang diperoleh daripada penipuan mula-mula lazat rasanya,Tetapi kemudian terasa seperti pasir belaka.+ 18  Rancangan berjaya jika disertai perbincangan;*+Dapatkanlah bimbingan yang baik sebelum pergi berperang.+ 19  Seorang pemfitnah membongkar rahsia orang lain;+Janganlah bergaul dengan orang yang suka mengumpat. 20  Sesiapa yang mengutuk ibu bapanya,Kehidupannya akan lenyap seperti pelita yang padam di tempat yang gelap.+ 21  Meskipun orang yang tamak menjadi kaya,Pada akhirnya, kekayaan itu tidak akan membawa berkat kepadanya.+ 22  Janganlah berkata, “Aku akan membalas dendam!”+ Berharaplah kepada Yehuwa,+ dan Dia akan menyelamatkan kamu.+ 23  Yehuwa membenci orang yang menggunakan timbangan yang tidak tepat;Tidak baik menggunakan alat pengukur yang tidak tepat. 24  Yehuwa membimbing jalan hidup manusia;+Dapatkah seseorang mengetahui haluan yang harus ditempuhnya?* 25  Seseorang akan terjerat jika dia tergesa-gesa berseru, “Hal ini suci!”+ Sebelum berfikir panjang tentang ikrar yang telah dibuatnya itu.+ 26  Sebagaimana sekam diasingkan daripada biji-bijian,Demikianlah orang jahat diasingkan dan disingkirkan oleh raja yang bijak.+ 27  Bagi Yehuwa, luahan hati* seseorang bagaikan pelitaYang dapat mendedahkan apa yang tersembunyi dalam hatinya. 28  Kasih* dan kesetiaan melindungi raja;+Kasih setia akan mengukuhkan takhtanya.+ 29  Kemuliaan orang muda ialah kekuatan mereka,+Dan kemegahan orang tua ialah uban mereka.+ 30  Disiplin* dapat menyingkirkan kejahatan,+Dan hukuman* dapat membersihkan batin seseorang.

Nota Kaki

Atau mungkin, “Semasa musim menuai, dia akan mencari-cari tetapi tidak menjumpai apa-apa.”
Atau “Niat hati.”
Atau “integriti.”
Atau “nasihat.”
Atau “memahami haluannya sendiri?”
Harfiah, “nafas.”
Atau “Kasih setia.”
Harfiah, “Luka dan lebam.”
Harfiah, “pukulan.”