Lompat ke kandungan

Takut akan Kematian—Bagaimanakah Anda Dapat Mengatasinya?

Takut akan Kematian—Bagaimanakah Anda Dapat Mengatasinya?

Jawapan Bible

 Kita menganggap kematian sebagai musuh dan akan berusaha melindungi nyawa sendiri dengan sebaik-baiknya. (1 Korintus 15:26) Namun, banyak orang mempunyai perasaan takut yang keterlaluan disebabkan oleh ajaran palsu atau kepercayaan karut. Akibatnya, sesetengah orang telah “diperhamba seumur hidup” oleh perasaan takut akan kematian. (Ibrani 2:​15) Dengan mengetahui kebenaran tentang kematian, anda dapat terus menikmati kehidupan tanpa dibelenggu oleh perasaan takut ini.​—Yohanes 8:​32.

Kebenaran tentang kematian

  •   Orang yang telah mati tidak tahu apa-apa. (Mazmur 146:4) Mereka tidak akan menderita atau diseksa. Hal ini kerana Bible menyamakan kematian dengan tidur.​—Mazmur 13:3; Yohanes 11:11-​14.

  •   Orang mati tidak dapat mencederakan kita. Musuh yang dahulunya ganas juga “tidak dapat melakukan apa-apa.” (Yesaya 26:14) Bible menyatakan bahawa ‘kebencian dan kecemburuan mereka turut lenyap.’​—Pengkhutbah 9:6.

  •   Kematian bukanlah akhir segala-galanya. Tuhan akan menghidupkan semula orang yang telah mati melalui pembangkitan.​—Yohanes 5:​28, 29; Kisah 24:15.

  •   Tuhan berjanji bahawa pada masa depan “kematian tidak akan ada lagi.” (Wahyu 21:4) Bible juga menyatakan, “Orang yang melakukan apa yang benar akan memiliki bumi, dan mereka akan mendiaminya selama-lamanya.” Pada masa itu, orang tidak perlu takut akan kematian lagi.​—Mazmur 37:29.