Lompat ke kandungan

Dapatkah Kita Mengetahui Siapa yang Menulis Bible?

Dapatkah Kita Mengetahui Siapa yang Menulis Bible?

Jawapan Bible

 Ramai orang diberitahu bahawa kita tidak dapat memastikan siapa sebenarnya yang menulis Bible. Namun, Bible dengan jelas memberitahu siapa yang menulis isi kandungannya. Sesetengah ayat dalam Bible bermula dengan ungkapan seperti, “kata-kata Nehemia,” ‘penglihatan yang diberikan kepada Yesaya,’ dan ‘Yoel telah menerima perkhabaran daripada Yehuwa.’—Nehemia 1:1; Yesaya 1:1; Yoel 1:1.

 Kebanyakan penulis Bible mengakui bahawa mereka diilhami oleh Yehuwa, Tuhan yang benar, dan dipimpin oleh-Nya. Para nabi yang menulis Kitab Ibrani menggunakan ungkapan seperti “Yehuwa berfirman” atau “inilah firman Yehuwa” lebih daripada 300 kali. (Amos 1:3; Mikha 2:3; Nahum 1:12) Sesetengah penulis pula menerima perkhabaran Tuhan menerusi malaikat.—Zakharia 1:7, 9.

 Bible ditulis oleh kira-kira 40 orang lelaki dan penulisannya mengambil masa sekitar 1,600 tahun. Sesetengah penulis digunakan untuk menulis lebih daripada satu buku dalam Bible. Bible terdiri daripada 66 buku kecil, dan dibahagikan kepada Kitab Ibrani dan Kitab Yunani Kristian. Kitab Ibrani, atau Perjanjian Lama, terdiri daripada 39 buah buku kecil manakala Kitab Yunani Kristian, atau Perjanjian Baharu, terdiri daripada 27 buah buku kecil.