Lompat ke kandungan

Adakah Bible Mengandungi Kebijaksanaan Manusia?

Adakah Bible Mengandungi Kebijaksanaan Manusia?

Jawapan Bible

 Bible, yang juga dikenali sebagai Kitab Suci, mengandungi banyak kata-kata hikmat. Namun, perhatikan apa yang dinyatakan dalam Bible: “Segenap Ayat-Ayat Suci diilhami oleh Tuhan.” (2 Timotius 3:16) Terdapat banyak bukti untuk menyokong kenyataan ini. Perhatikan fakta-fakta berikut:

  •   Tiada orang yang pernah berjaya mencabar ketepatan Bible dari segi sejarah.

  •   Penulis Bible bersikap jujur dan menulis dengan tulus hati. Maka nada kebenaran jelas kelihatan dalam tulisan mereka.

  •   Bible ada satu tema utama: Pembuktian hak Tuhan untuk memerintah manusia dan pelaksanaan tujuan-Nya menerusi Kerajaan-Nya di syurga.

  •   Meskipun Bible ditulis ribuan tahun dahulu, Bible tidak mengandungi maklumat sains yang salah yang diterima secara meluas pada zaman kuno.

  •   Bukti bersejarah yang dijumpai membuktikan bahawa nubuat atau ramalan dalam Bible sudah menjadi kenyataan.