Lompat ke kandungan

Siapakah Pengasas Saksi-Saksi Yehuwa?

Siapakah Pengasas Saksi-Saksi Yehuwa?

 Organisasi Saksi-Saksi Yehuwa pada zaman moden bermula pada akhir abad ke-19. Pada masa itu, terdapat satu kumpulan kecil yang dikenali sebagai Pelajar Bible di Pittsburgh, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Mereka mula memeriksa ayat-ayat Bible secara sistematik dan membandingkan doktrin yang diajarkan di gereja dengan apa yang sebenarnya diajarkan dalam Bible. Mereka mula menerbitkan hasil kajian mereka di dalam buku, surat khabar, dan sebuah majalah yang sekarang dipanggil Menara Pengawal—Mengumumkan Kerajaan Yehuwa.

 Charles Taze Russell merupakan salah seorang ahli dalam kumpulan pelajar Bible itu. Walaupun Russell mengambil pimpinan dalam kerja pendidikan Bible pada masa itu dan merupakan penerbit pertama The Watchtower, dia tidak mengasaskan sebuah agama yang baharu. Matlamat Russell dan Pelajar Bible yang lain adalah untuk menggalakkan orang agar mempelajari ajaran Yesus Kristus dan mengikut teladan sidang Kristian abad pertama. Oleh sebab Yesuslah yang mengasaskan agama Kristian, kami menganggap dia sebagai pengasas organisasi kami.—Kolose 1:18-20.