Lompat ke kandungan

Siapakah Badan Pimpinan Saksi-Saksi Yehuwa?

Siapakah Badan Pimpinan Saksi-Saksi Yehuwa?

 Badan Pimpinan ialah sekumpulan kecil orang Kristian matang yang menyediakan bimbingan untuk Saksi-Saksi Yehuwa di seluruh dunia. Dua tugas utama mereka adalah seperti berikut:

 Badan Pimpinan mengikut cara yang digunakan pada abad pertama. Pada masa itu, “para rasul dan penatua di Yerusalem” bertanggungjawab untuk membuat keputusan bagi seluruh sidang Kristian. (Kisah 15:2) Seperti para lelaki yang setia ini, anggota-anggota Badan Pimpinan bukanlah ketua organisasi kami. Mereka berusaha untuk mencari bimbingan Alkitab dan menghormati Yesus yang telah dilantik oleh Tuhan Yehuwa sebagai Ketua sidang.—1 Korintus 11:3; Efesus 5:23.

Siapakah anggota-anggota Badan Pimpinan?

 Anggota-anggota Badan Pimpinan ialah Kenneth Cook, Jr., Gage Fleegle, Jeffrey Winder, Samuel Herd, Geoffrey Jackson, Stephen Lett, Gerrit Lösch, Mark Sanderson dan David Splane. Mereka berkhidmat di ibu pejabat sedunia di Warwick, New York, A.S.

Bagaimanakah Badan Pimpinan diaturkan?

 Badan Pimpinan telah menubuhkan enam jawatankuasa untuk menyelia pelbagai aspek dalam kerja kami. Setiap ahli Badan Pimpinan berkhidmat dalam satu atau lebih daripada satu jawatankuasa.

  •   Jawatankuasa Koordinator: Memantau hal-hal perundangan, bertindak semasa berlakunya bencana alam, semasa Saksi-Saksi Yehuwa dianiaya kerana kepercayaan agama, dan semasa kecemasan lain yang mempengaruhi Saksi-Saksi Yehuwa.

  •   Jawatankuasa Kakitangan: Memantau aturan bagi anggota keluarga Bethel.

  •   Jawatankuasa Penerbitan: Memantau kerja percetakan dan penghantaran bahan bacaan Alkitab, serta kerja pembinaan tempat perjumpaan, pejabat penterjemahan, dan pejabat cawangan.

  •   Jawatankuasa Penyebaran: Memantau kerja penyebaran “berita baik tentang Kerajaan Tuhan.”—Matius 24:14.

  •   Jawatankuasa Mengajar: Memantau penyediaan bahan rohani bagi perjumpaan dan sekolah, serta penghasilan program audio dan video.

  •   Jawatankuasa Penulisan: Memantau penyediaan makanan rohani yang dicetak atau yang dipaparkan pada laman web kami, serta menyelia kerja penterjemahan.

 Selain daripada kerja yang dilakukan menerusi jawatankuasa-jawatankuasa ini, Badan Pimpinan juga mengadakan mesyuarat mingguan untuk membincangkan keperluan organisasi. Semasa mesyuarat, mereka akan membincangkan ayat Alkitab dan mengikut bimbingan kuasa suci Tuhan supaya dapat membuat keputusan dengan sebulat suara.—Kisah 15:25.

Siapakah pembantu-pembantu bagi Badan Pimpinan?

 Mereka ialah orang Kristian yang boleh dipercayai. Mereka berkhidmat dalam jawatankuasa di bawah penyeliaan Badan Pimpinan. (1 Korintus 4:2) Mereka memiliki kebolehan dan pengalaman dalam kerja yang dipantau oleh jawatankuasa masing-masing. Setiap minggu mereka akan menghadiri mesyuarat jawatankuasa. Walaupun tidak terlibat dalam membuat keputusan, para pembantu akan menyumbangkan cadangan dan maklumat. Mereka juga melaksanakan keputusan jawatankuasa, serta memantau hasil perkembangannya. Mereka juga mungkin ditugaskan oleh Badan Pimpinan untuk melawat saudara saudari kami di pelbagai tempat atau untuk menyampaikan bahagian dalam acara seperti mesyuarat tahunan atau hari penyampaian sijil Gilead.

SENARAI PARA PEMBANTU

Jawatankuasa

Nama

Koordinator

  • John Ekrann

  • Paul Gillies

  • Troy Snyder

Kakitangan

  • Daniel Molchan

  • Gerald Grizzle

  • Mark Scott

  • Patrick LaFranca

  • Ralph Walls

Penerbitan

  • Alex Reinmueller

  • David Sinclair

  • Donald Gordon

  • Gajus Glockentin

  • Harold Corkern

  • Robert Butler

  • Robert Luccioni

Penyebaran

  • Anthony Griffin

  • Baltasar Perla, Jr.

  • Betty Georges

  • Christopher Mavor

  • Gary Breaux

  • Jacob Rumph

  • Jody Jedele

  • Joel Dellinger

  • Jonathan Smith

  • Leon Weaver, Jr.

  • Seth Hyatt

  • William Turner, Jr.

Mengajar

  • David Schafer

  • Kenneth Flodin

  • Mark Noumair

  • Michael Banks

  • Ronald Curzan

  • William Malenfant

Penulisan

  • Clive Martin

  • Gene Smalley

  • Hermanus van Selm

  • Izak Marais

  • James Mantz

  • Kenneth Godburn

  • Leonard Myers

  • Nicholas Ahladis

  • Per Christensen

  • Robert Ciranko