Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa Mencapai Rekod Penyiar yang Baharu

Saksi-Saksi Yehuwa Mencapai Rekod Penyiar yang Baharu

Pada tahun 1987, Saudara Lyman Swingle, seorang ahli Badan Pimpinan Saksi-Saksi Yehuwa, berucap kepada 63,580 orang di Plaza Monumental, di Valencia, Venezuela. Banyak antara mereka telah menaiki bas semalaman untuk datang mendengar ceramahnya. Saudara Swingle berkata kepada mereka, “Kamu bukan lagi pejabat cawangan yang kecil. Sekarang kamu sudah menjadi pejabat cawangan yang bersaiz sederhana. Nampaknya suatu hari nanti, bilangan penyiar kamu akan mencapai 100,000 orang!”

Pada tahun 1987, Venezuela mempunyai lebih daripada 38,000 orang penyiar, iaitu Saksi-Saksi Yehuwa yang giat menginjil. Pada waktu itu, hanya lapan negara yang mempunyai lebih daripada 100,000 orang penyiar.

Pertambahan Saksi-Saksi Yehuwa di seluruh dunia amat mengagumkan. Selepas Perang Dunia Pertama tamat, hanya ada beberapa ribu orang yang menginjil tentang Kerajaan Tuhan. Tetapi hal itu telah berubah kerana buku tahunan Saksi-Saksi Yehuwa tahun 1943 menyatakan, “Biarpun sesetengah kawasan mempunyai masalah komunikasi dan tidak dapat menghantar laporan mereka, kita dapat melihat bahawa kerja penyebaran pada tahun 1942 mempunyai pertambahan yang besar secara keseluruhan . . . , kerana laporan itu menunjukkan bahawa di serata dunia, terdapat lebih daripada 106,000 orang penyiar.” Biarpun Perang Dunia Kedua telah berlaku, banyak orang masih berminat kepada Bible. Menjelang tahun 1950, bilangan penyiar di Amerika Syarikat sudah pun melebihi 100,000 orang.

Pada tahun 1974, bilangan penyiar di Nigeria turut melebihi 100,000 orang.

Pada tahun berikutnya, bilangan penyiar di Brazil dan Jerman juga melebihi 100,000 orang. Pertambahan penyiar di empat benua ini menunjukkan bahawa kebenaran Bible memang dapat menarik minat orang daripada pelbagai latar belakang.

Di serata dunia, semakin banyak orang mempelajari Bible. Hal ini terjadi selaras dengan apa yang dinubuatkan dalam Bible, “Bangsa yang sedikit bilangannya akan bertambah banyak sehingga menjadi seribu, dan bangsa yang kecil akan menjadi bangsa yang kuat. Aku, Yehuwa, akan melakukan hal ini dengan segera, tepat pada waktunya.”​—Yesaya 60:22.

Menurut laporan pada tahun 2014, terdapat 24 buah negara yang masing-masing mempunyai lebih daripada 100,000 orang Saksi-Saksi Yehuwa. Venezuela termasuk dalam senarai negara-negara itu, kerana bilangan penyiar mereka telah mencecah 100,000 orang pada tahun 2007. Di serata dunia, terdapat 115,416 buah sidang Saksi-Saksi Yehuwa dan 8,201,545 orang penyiar.

Negara yang mempunyai lebih daripada 100,000 orang penyiar

Benua

Negara

Bilangan penyiar

Afrika

Angola

108,607

Ghana

125,443

Nigeria

362,462

Republik Demokratik Congo

216,024

Zambia

178,481

Asia

Filipina

196,249

Jepun

215,703

Republik Korea

100,641

Eropah

Britain

138,515

Itali

251,650

Jerman

166,262

Perancis

127,961

Poland

123,177

Rusia

171,268

Sepanyol

112,493

Ukraine

150,906

Amerika Utara

Amerika Syarikat

1,243,387

Kanada

116,312

Mexico

829,523

Amerika Selatan

Argentina

150,171

Brazil

794,766

Colombia

166,049

Peru

123,251

Venezuela

140,226