Lompat ke kandungan

Polisi Global tentang Penggunaan Data Peribadi

Polisi Global tentang Penggunaan Data Peribadi

Kami mengumpul, menyimpan, dan menggunakan data peribadi anda hanya untuk tujuan yang anda telah mohonkan, dan kami hanya menyimpan data tersebut selama tempoh yang diperlukan untuk tujuan tersebut atau untuk tujuan lain yang sah. Dalam situasi ini, jika anda memilih untuk tidak memberikan sebarang data peribadi yang diminta oleh kami, anda mungkin tidak dapat akses ke bahagian tertentu dalam laman web atau aplikasi berkaitan yang disediakan oleh Watchtower Bible and Tract Society of New York, Inc. atau menerima balasan bagi permintaan anda.

Data yang disediakan dalam permintaan atau permohonan boleh dicapai oleh pemproses yang terlibat dalam mengurus tujuan pemprosesan data dan/atau untuk pakar sokongan teknikal menjalankan tugas yang berkaitan dengan operasi dan penyelenggaraan sistem teknikal. Kami tidak memberikan data peribadi anda kepada sesiapa kecuali (1) apabila diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan diminta oleh anda dan kami telah meminta izin daripada anda, (2) kami mempunyai kepercayaan yang baik bahawa mendedahkan maklumat sebegini adalah diperlukan untuk memenuhi undang-undang dan peraturan yang berkenaan, (3) adalah untuk memberikan respons kepada permintaan daripada pihak penguatkuasa undang-undang, atau (4) adalah diperlukan untuk mengesan dan menghalang penipuan atau isu teknikal. Dengan menggunakan laman web ini dan semua aplikasi yang berkaitan, anda setuju kami mengongsi data peribadi anda dengan pihak ketiga untuk tujuan ini sahaja. Apa sahaja data peribadi yang anda hantar tidak akan dijual, didagang, atau disewa di bawah sebarang keadaan.

PENGGUNAAN DATA PERIBADI DALAM LAMAN WEB

Kebanyakan kandungan di laman web ini boleh diakses tanpa mendaftar sebagai pengguna atau memberikan apa-apa maklumat kepada kami. Namun, beberapa fungsi hanya disediakan untuk pengguna yang berdaftar, untuk pengguna yang menghantar permintaan atau permohonan, atau untuk pengguna yang data peribadinya dialihkan oleh sidang Saksi-Saksi Yehuwa melalui jw.org. Kami memproses data peribadi anda atas persetujuan anda. Dalam keadaan tertentu, jika anda menarik balik persetujuan anda, kami mungkin mempunyai dasar yang sah di sisi undang-undang untuk terus memproses data anda, asalkan setiap syarat perundangan dipenuhi.

Data peribadi yang anda hantar di laman web hanya digunakan untuk tujuan yang dinyatakan kepada anda semasa anda menghantarnya. Tujuannya mungkin merangkumi hal-hal berikut:

Akaun. Alamat e-mel yang anda berikan semasa mewujudkan akaun di laman web ini boleh digunakan untuk menghubungi anda mengenai akaun anda. Misalnya, jika anda lupa nama pengguna atau kata laluan anda dan memohon bantuan untuk log masuk, bantuan akan diberikan melalui mesej yang dihantar ke alamat e-mel yang dimasukkan dalam profil pengguna anda.

Halaman Profil Saya. Selepas anda mencipta akaun, setiausaha sidang anda dapat memberi anda akses ke ciri Profil Saya. Jika anda ingin menambah maklumat peribadi ke halaman Profil Saya dalam hub.pr418.com, anda akan ditanya sama ada anda setuju untuk menggunakan maklumat yang ditambah tersebut untuk mengenal pasti anda bagi khidmat tambahan dan menghubungi anda. Jika anda sedang membantu dalam satu projek dan menambah kemahiran ke dalam halaman Profil Saya, seorang penaksir dapat menilai kemahiran anda berdasarkan projek tersebut. Untuk memproses maklumat anda, maklumat anda mungkin juga dikongsi, jika perlu, dengan pejabat cawangan Saksi-Saksi Yehuwa yang lain, ibu pejabat Saksi-Saksi Yehuwa, atau organisasi rasmi lain yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa di pelbagai negara.

Permohonan. Jika anda memenuhi syarat mengikut kepercayaan dan polisi Saksi-Saksi Yehuwa, anda boleh menggunakan laman web ini untuk mewujudkan akaun pengguna dan menghantar permohonan, atau sidang anda boleh menggunakan laman web ini untuk menghantar permohonan anda bagi pihak anda. Setiap permohonan menyatakan tujuan penggunaannya, seperti memohon untuk khidmat agama yang lanjut, atau meminta atau menawarkan tempat tinggal berkaitan dengan konvensyen, perhimpunan litar, atau acara-acara lain. Data peribadi anda yang terkandung dalam suatu permohonan mungkin mengandungi maklumat peribadi yang dihantar oleh anda sendiri, penatua tempatan, atau seorang penyelia litar tempatan. Data yang diberikan akan digunakan hanya untuk memproses dan mempertimbangkan permohonan anda serta untuk tujuan pentadbiran yang berkaitan, termasuk mewujudkan profil anda yang merupakan sebahagian daripada proses permohonan. Jika permohonan anda perlu diproses, data anda pada borang permohonan juga boleh dikongsi dengan cawangan lain, ibu pejabat sedunia Saksi-Saksi Yehuwa, atau organisasi lain yang serupa yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa di pelbagai negara. Dalam semua keadaan, permohonan dinilai kes demi kes dan tidak tertakluk kepada keputusan yang dibuat secara automatik.

Konvensyen Istimewa dan Antarabangsa. Jika anda memenuhi syarat untuk memohon Konvensyen Istimewa atau Antarabangsa (“Konvensyen”), anda boleh guna laman web ini untuk membuat permohonan. Sila lihat maklumat lanjut yang tertakluk kepada semua pemohon di bawah tajuk kecil “Permohonan” di atas.

Wakil. Data peribadi yang digunakan untuk Konvensyen merangkumi maklumat perhubungan anda, tarikh lahir, maklumat kumpulan, maklumat tempat tinggal, maklumat ketibaan dan bertolak, serta data lain yang anda hantar dan berguna untuk Konvensyen. Jika anda dipilih sebagai wakil untuk menghadiri Konvensyen, data peribadi anda akan dikongsi dan digunakan oleh pejabat cawangan Saksi-Saksi Yehuwa yang menjaga Konvensyen tersebut, termasuk individu yang berkhidmat dan bertugas untuk Jawatankuasa Konvensyen dan Jawatankuasa Hospitaliti. Mereka akan menggunakan data peribadi anda untuk pengaturan konvensyen, mengurus perjalanan dan keperluan yang berkaitan dengan perjalanan anda, serta mengaturkan program dan aktiviti yang berkaitan dengan Konvensyen. Data peribadi anda juga akan dikongsi kepada hotel yang anda pilih, pihak-pihak yang terlibat, dan perkhidmatan pihak ketiga, supaya dapat proses tempahan anda dan bagi tujuan lain yang diperlukan untuk anda tinggal di hotel itu. Selain itu, data peribadi anda akan dikongsi kepada perkhidmatan pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan bagi aktiviti yang anda pilih. Jika anda pilih untuk tidak memberikan data peribadi anda atau meminta data peribadi anda dipadamkan, anda tidak lagi layak untuk menjadi wakil Konvensyen tersebut. Kami akan segera memadamkan data peribadi anda sebaik sahaja tidak lagi diperlukan.

Kempen Penyebaran Istimewa. Jika anda layak untuk memohon Kempen Penyebaran Istimewa (“Kempen”), anda boleh guna laman web ini untuk membuat permohonan. Sila lihat maklumat lanjut yang tertakluk kepada semua pemohon di bawah tajuk kecil “Permohonan” di atas. Jika anda dipilih untuk menyertai Kempen, data peribadi anda akan dikongsi dan digunakan oleh pejabat cawangan Saksi-Saksi Yehuwa yang menjaga Kempen tersebut. Data peribadi yang digunakan untuk Kempen merangkumi maklumat perhubungan anda, maklumat kumpulan, maklumat tempat tinggal, maklumat ketibaan dan bertolak, kecekapan bahasa, serta data lain yang anda hantar dan berguna untuk Kempen. Jawatankuasa Kempen Penyebaran Istimewa di cawangan yang menjaga Kempen tersebut akan guna data peribadi anda untuk membuat pengaturan, menugaskan anda ke kawasan, dan mengurus tempat tinggal. Para penatua dari sidang dan kawasan yang anda ditugaskan akan menggunakan data peribadi anda untuk mengaturkan Kempen di kawasan tersebut. Jika anda pilih untuk tidak memberikan data peribadi anda atau meminta data peribadi anda dipadamkan, anda tidak lagi layak untuk menyertai Kempen tersebut.

Kelas Latihan. Jika anda layak untuk membantu dalam projek ini, termasuk projek pembinaan, penganjur kelas latihan mungkin akan menjemput anda untuk menyertai kelas. Anda boleh menerima atau menolak jemputan atau batalkan kehadiran sebelum kelas bermula. Jika anda menerima jemputan, pelatih akan mengambil catatan kehadiran anda, mengenal pasti apa pengajaran yang anda dapat dari kelas, dan mereka mungkin akan berikan komen. Penganjur dan pelatih kelas tersebut juga akan dapat meninjau dan menilai kemahiran yang anda tambahkan ke halaman Profil Saya dalam hub.pr418.com. Untuk memproses maklumat anda, maklumat anda mungkin juga dikongsi dengan pejabat cawangan Saksi-Saksi Yehuwa yang lain, ibu pejabat Saksi-Saksi Yehuwa, atau organisasi rasmi lain yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa di pelbagai negara.

Derma. Jika anda memberikan derma kewangan dalam talian, kami mengumpulkan nama dan maklumat perhubungan anda. Bagi menerima derma melalui kad kredit, kami menggunakan perkhidmatan pemprosesan bayaran dalam talian yang bertauliah yang mempunyai polisi privasi data dan keselamatan bertaraf tinggi. Kami mungkin menerima maklumat kewangan, seperti nombor kad kredit atau nombor akaun kewangan yang diperlukan untuk memproses derma anda, dan menghantar maklumat yang diperlukan kepada perkhidmatan pemprosesan tersebut. Kami memproses derma anda dengan selamat dengan menggunakan kaedah-kaedah yang selaras dengan Payment Card Industry Data Security Standard (“PCI DSS”). Penerima derma menyimpan rekod derma selama yang perlu menurut kepentingan sah penerima derma atau menurut mana-mana syarat perundangan yang sewajarnya. Hal ini termasuk rekod tentang tarikh derma, jumlah derma, dan cara derma dibuat. Dengan demikian, kami dapat mematuhi standard perakaunan dan menjawab sebarang soalan yang anda kemukakan pada masa itu. Kami tidak akan menghubungi anda untuk meminta derma tambahan.

Memohon untuk Dikunjungi. Anda juga boleh memohon untuk dikunjungi oleh salah seorang Saksi-Saksi Yehuwa untuk belajar lebih banyak tentang Bible atau tentang Saksi-Saksi Yehuwa. Kami akan menggunakan data peribadi yang anda hantar melalui permohonan anda hanya untuk permohonan spesifik anda. Setelah anda setuju dengan permohonan anda, data anda mungkin dikongsi dengan cawangan lain atau organisasi lain yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa bagi memenuhi permohonan anda.

Tujuan Lain. Anda boleh menghantar data peribadi (seperti nama anda, alamat surat-menyurat, dan nombor telefon) untuk tujuan selain mewujudkan suatu akaun, menghantar suatu permohonan, atau membuat derma. Dalam setiap keadaan, tujuan anda diminta memberi kami maklumat dinyatakan dengan jelas. Kami tidak akan menggunakan maklumat anda untuk tujuan yang tidak dinyatakan dengan jelas semasa anda memberikan data anda.

MENGGUNAKAN DATA PERIBADI DALAM JW LIBRARY

Penggunaan data peribadi dalam JW Library dijelaskan pada halaman Bagaimana JW Library Menggunakan Data Peribadi Anda.

Seperti yang dijelaskan pada halaman tersebut, aplikasi tersebut berfungsi dengan memuat turun data daripada laman web jw.org. Laman web itu mempunyai akses kepada alamat IP anda semasa proses muat turun. Data yang dikumpulkan oleh laman web bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan aplikasi, untuk tingkatkan perkhidmatan aplikasi, dan menjaga keselamatan. Penggunaan khusus adalah seperti berikut: mengakses dan menggunakan aplikasi oleh pengguna, mengurus operasi dan pengoptimuman aplikasi, menghalang dan mengesan penipuan dan perisian berbahaya, dan mengurus keselamatan kejadian.

PENGALIHAN DATA KE LUAR NEGARA

Organisasi agama beroperasi secara global menerusi pelbagai perbadanan tempatan. Sesetengah pelayan yang menjadi hos kepada laman web dan aplikasi yang berkaitan terletak di Amerika Syarikat. Kami mungkin mengalihkan data anda ke luar negara anda bermastautin, besar kemungkinan termasuk negara yang undang-undangnya menyediakan pelbagai taraf perlindungan data yang tidak selalunya sama dengan taraf perlindungan data di negara anda sedang bermastautin. Semasa mengendalikan dan mengalihkan data peribadi anda, kami mengambil langkah-langkah yang bertujuan melindungi data anda. Kami berharap semua organisasi yang digunakan oleh dan yang menyokong kerja Saksi-Saksi Yehuwa akan mengikut polisi perlindungan data kami dan undang-undang serta peraturan efektif mengenai data peribadi.

Dengan melawat laman web ini dan berkomunikasi secara elektronik dengan kami, anda bersetuju dengan pengalihan sebegini. Dalam banyak kes, kami juga menggunakan perjanjian untuk pengalihan sebegini, seperti klausa kontrak standard.

HAK ANDA

Apabila kami memproses data peribadi, kami mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan data peribadi anda masih tepat dan dikemaskinikan untuk tujuan data itu dikumpulkan. Bergantung pada negara anda sedang bermastautin dan undang-undang perlindungan data tempatan, anda mungkin memiliki hak-hak berikut berkenaan data peribadi yang anda berikan kepada kami:

  • Anda boleh memohon maklumat tentang pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi anda menurut undang-undang tempatan yang berkenaan.

  • Anda boleh memohon untuk mengakses, menyekat, atau memadamkan maklumat peribadi anda, atau untuk membetulkannya jika maklumat itu tidak lengkap atau tidak tepat.

  • Jika anda mempunyai dasar yang sah di sisi undang-undang, anda boleh membantah pemprosesan maklumat peribadi anda dan meminta kami agar tidak lagi memproses data anda lebih lanjut.

Jika negara anda bermastautin mempunyai undang-undang perlindungan data yang sesuai digunakan dan anda ingin mengakses, membetulkan, atau memadamkan data peribadi anda, anda boleh menjumpai maklumat perhubungan di laman Perhubungan Perlindungan Data.

Setelah menerima permohonan anda yang bertulis, selepas anda memberikan bukti yang secukupnya mengenai identiti anda dan maklumat yang cukup untuk membenarkan kami mengenal pasti data peribadi anda, pengawal data akan mempertimbangkan dengan adil sama ada untuk menunaikan permohonan anda dengan mengambil kira kepentingan individu untuk mengakses data atau membetulkan atau memadamkan data berbanding dengan kepentingan sah organisasi, termasuk sama ada menunaikan permohonan itu akan membahayakan hak organisasi terhadap amalan dan kebebasan beragama. Kami juga akan memaklumkan penerima pihak ketiga tentang perubahan yang berkenaan.

Sila maklum bahawa data anda tidak boleh dipadamkan jika pemprosesan dituntut oleh undang-undang atau jika data boleh disimpan atas dasar perundangan lain. Contohnya, organisasi agama selalu mengekalkan data mengenai status seseorang sebagai Saksi-Saksi Yehuwa. Memadamkan maklumat sedemikian akan melanggar kepercayaan dan amalan agama organisasi. Permohonan untuk memadamkan data peribadi tertakluk kepada laporan perundangan yang sesuai atau syarat penyimpanan dokumen yang dikenakan atas kami. Anda juga boleh membuat aduan dengan pihak berkuasa perlindungan data tempatan tentang pemprosesan data yang telah anda berikan menerusi laman web ini.