Lompat ke kandungan

Polisi Privasi

Polisi Privasi

MENGHORMATI PRIVASI ANDA

 Kami mempunyai komitmen untuk melindungi dan menghormati privasi anda. Polisi ini menggariskan dasar di mana semua data peribadi yang kami kumpul daripada anda atau yang anda berikan kepada kami akan diproses di laman web kami dan semua aplikasi berkaitan yang disediakan oleh Watchtower Bible and Tract Society of New York, Inc. (“Watchtower”). Kami menyimpan maklumat asas tertentu semasa anda mengunjungi laman web kami dan sedar akan pentingnya menyimpan maklumat sedemikian dalam cara yang selamat serta memaklumkan anda tentang apa yang akan kami lakukan dengan maklumat itu. Anda boleh memilih sama ada ingin memberi kami maklumat yang dianggap sebagai data peribadi. Istilah “data peribadi” yang digunakan dalam Polisi ini merujuk kepada maklumat seperti nama anda, alamat e-mel, alamat surat-menyurat, nombor telefon, atau apa saja data lain yang boleh digunakan sehubungan dengan identiti anda. Istilah “laman web” merangkumi laman web ini dan laman kami yang lain, seperti apps.pr418.com, ba.pr418.com, stream.pr418.com, dan wol.pr418.com.

MAKLUMAT PENGAWAL DATA

 Laman web ini dan semua aplikasi berkaitan dimiliki oleh Watchtower, sebuah perbadanan di New York yang tidak bertujuan untuk mengaut keuntungan. Perbadanan ini menyokong program pendidikan Bible dan kegiatan Saksi-Saksi Yehuwa. Jika anda secara sukarela membuat keputusan untuk membuka sebuah akaun, memberikan derma, memohon untuk dikunjungi, atau melakukan apa sahaja dengan memberikan data peribadi anda, anda sedang menyetujui Polisi ini, serta menyetujui penyimpanan data anda di pelayan (server) yang terletak di Amerika Syarikat, dan menyetujui pengumpulan, pemprosesan, pengalihan, dan penyimpanan data peribadi anda oleh Watchtower dan organisasi lain yang menyokong Saksi-Saksi Yehuwa di pelbagai negara yang perlu memproses permohonan anda. Organisasi keagamaan ini beroperasi secara global menerusi pelbagai perbadanan tempatan. Untuk tujuan melindungi data, perbadanan ini mungkin termasuk sidang dan pejabat cawangan tempatan, serta organisasi Saksi-Saksi Yehuwa lain yang serupa.

Pengawal data untuk data peribadi anda adalah berbeza bergantung pada jenis interaksi anda dengan laman web. Contohnya, jika anda menderma kepada badan berdaftar di negara tertentu, nama dan maklumat perhubungan anda akan diberikan kepada badan berdaftar tersebut seperti yang telah dimaklumkan anda semasa proses menderma. Contoh lain, jika anda memohon untuk dikunjungi, nama dan maklumat perhubungan anda akan diberikan kepada pejabat cawangan dan sidang tempatan Saksi-Saksi Yehuwa untuk menunaikan permohonan anda.

Bagi membantu anda, jika negara di mana anda bermastautin mempunyai undang-undang perlindungan data yang boleh digunakan, anda akan menjumpai maklumat perhubungan untuk negara itu pada laman Perhubungan Perlindungan Data.

PERLINDUNGAN DAN KESELAMATAN DATA

 Kami amat memandang serius perlindungan dan keselamatan data peribadi anda. Kami menggunakan teknik keselamatan dan penyimpanan data yang terkini untuk melindungi maklumat peribadi anda daripada diakses tanpa kebenaran, digunakan atau didedahkan tanpa diingini, diubah tanpa izin, dimusnahkan secara tidak sah, atau hilang secara tidak sengaja. Semua pihak yang memproses data peribadi dan mana-mana pihak ketiga yang kami gunakan untuk memproses maklumat peribadi anda wajib melindungi maklumat anda. Kami menyimpan data peribadi anda selama yang perlu untuk tujuan data itu dikumpulkan atau untuk mematuhi mana-mana laporan perundangan yang sesuai atau syarat penyimpanan dokumen.

Kami melindungi data peribadi anda semasa transit dengan menggunakan tatacara penyulitan seperti Transport Layer Security (TLS). Kami menggunakan sistem komputer dengan protokol akses terhad, yang terletak dalam kemudahan yang menggunakan langkah-langkah keselamatan fizikal, elektronik, dan prosedur untuk melindungi dan menjaga maklumat yang disampaikan kepada kami. Kami memastikan standard keselamatan yang ketat dikekalkan untuk menghalang mana-mana akses yang tidak dibenarkan.

ANAK BAWAH UMUR

 Jika anda seorang anak bawah umur di sesebuah negara semasa anda mengakses laman web kami, anda boleh menghantar data peribadi anda ke laman web ini hanya dengan persetujuan ibu atau bapa atau penjaga anda. Jika anda seorang ibu atau bapa atau penjaga dan anda memberikan persetujuan kepada anak bawah umur untuk memberikan data peribadi di laman web ini, anda bersetuju dengan Polisi ini sehubungan dengan penggunaan anak bawah umur itu.

PIHAK KETIGA

 Kadangkala, laman web atau aplikasi yang berkaitan mungkin mengandungi pautan bagi laman web pihak ketiga yang telah kami pilih untuk melakukan beberapa perkhidmatan (seperti mengisi borang dalam talian). Anda akan tahu bahawa anda sedang menggunakan laman web pihak ketiga kerana halaman dan bar alamat pada pelayar web anda akan kelihatan berbeza. Tambahan lagi, anda mungkin menerima e-mel atau mesej melalui pihak ketiga berdasarkan permohonan yang anda buat menerusi laman web ini untuk mendapat maklumat, termasuk pemberitahuan tentang kegiatan yang telah anda minta. Semasa pihak ketiga dipilih, polisi privasi dan perlindungan data mereka akan diperiksa untuk memastikan mereka mencapai standard polisi yang kami gunakan. Pemeriksaan ini juga akan dilakukan dari masa ke masa. Namun, pihak ketiga ini menyediakan aplikasi dan perkhidmatan yang mempunyai program, syarat penggunaan, polisi privasi, dan syarat am di luar kawalan kami. Atas sebab itu, penggunaan aplikasi dan perkhidmatan di laman web ini tertakluk kepada syarat perkhidmatan dan syarat am terkini yang dinyatakan oleh pihak ketiga. Kami tidak dimaklumkan tentang maklumat yang dikemaskinikan, jadi sila tinjau syarat-syaratnya sebelum menggunakan khidmat pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut tentang polisi pihak ketiga, sila lihat polisi yang tertera pada laman web mereka.

Penggunaan khidmat Google Maps di laman web ini tertakluk kepada Polisi Privasi Google yang terkini. Google ialah pihak ketiga yang mempunyai aplikasi, program, dan Syarat Perkhidmatan di luar kawalan kami. Atas sebab itu, penggunaan khidmat Google Maps di laman web ini tertakluk kepada Syarat Perkhidmatan Tambahan Google Maps/Google Earth yang terkini. Kami tidak dimaklumkan tentang maklumat yang dikemaskinikan, jadi sila tinjau syarat-syaratnya sebelum menggunakan khidmat Google Maps. Jangan gunakan khidmat Google Maps jika anda tidak bersetuju dengan syarat-syaratnya.

PEMBERITAHUAN TENTANG PERUBAHAN KEPADA POLISI INI

 Kami terus memperbaik dan menambahkan kemampuan dan ciri baharu kepada laman web ini dan semua aplikasi berkaitan, serta memperbaik dan menambahkan khidmat kami yang sedia ada. Oleh sebab perubahan sering berlaku, serta perubahan dari segi undang-undang dan teknologi, polisi data kami akan berubah dari masa ke masa. Apabila kami perlu mengubah Polisi kami, kami akan memaparkan perubahannya pada laman ini agar anda sentiasa dimaklumkan tentang maklumat yang kami kumpul dan cara kami menggunakannya.

ACTIVE SCRIPTING ATAU JAVASCRIPT

 Scripting digunakan untuk meningkatkan kemampuan laman web kami dan aplikasi yang berkaitan. Teknologi scripting membolehkan kami menghantar maklumat dengan lebih cepat kepada anda. Scripting tidak digunakan oleh laman ini atau aplikasi yang berkaitan untuk memasang perisian dalam komputer anda atau untuk mendapatkan maklumat anda tanpa izin.

Bagi laman web kami, Active Scripting atau JavaScript mesti diaktifkan dalam pelayar anda supaya laman ini dapat berfungsi dengan betul. Kebanyakan pelayar mempunyai pilihan untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan scripting bagi laman web yang dipilih. Sila lihat dokumen Bantuan dalam pelayar web anda untuk mengetahui cara mengaktifkan scripting bagi laman web tertentu.