Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

alfa27/stock.adobe.com

KEMPEN PERINGATAN

Yesus Akan Membanteras Jenayah

Yesus Akan Membanteras Jenayah

 Yesus pernah mengalami penderitaan akibat jenayah dan ketidakadilan. Dia pernah menjadi mangsa tuduhan palsu, dipukul, dibicarakan secara tidak adil, dan dijatuhkan hukuman mati. Walaupun dia tidak bersalah, dia rela berkorban dan “menyerahkan nyawanya sebagai tebusan bagi banyak orang.” (Matius 20:28; Yohanes 15:13) Sekarang Yesus memerintah sebagai Raja Kerajaan Tuhan. Tidak lama lagi, dia akan menegakkan keadilan di seluruh bumi dan membanteras jenayah buat selama-lamanya.—Yesaya 42:3.

 Perhatikan apa yang Bible katakan tentang keadaan bumi selepas Yesus menghapuskan jenayah:

  •   “Tidak lama lagi, orang jahat akan dibinasakan; kamu akan mencari mereka, tetapi mereka tidak akan dijumpai. Orang yang rendah hati akan memiliki bumi, dan mereka akan menikmati kebahagiaan dan kedamaian yang berlimpah-limpah.”—Mazmur 37:10, 11.

 Bagaimanakah kita dapat menunjukkan penghargaan terhadap segala yang telah Yesus lakukan dan yang bakal dilakukannya? Di Lukas 22:19, Yesus memerintahkan pengikutnya untuk memperingati kematiannya. Maka setiap tahun, Saksi-Saksi Yehuwa berkumpul bersama untuk menyambut ulang tahun kematian Yesus. Kami menjemput anda untuk menyertai sambutan Peringatan kematian Yesus pada Ahad, 24 Mac 2024.

Cari Butiran tentang Peringatan