Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Catatan Kuno Mengesahkan Lokasi Sebuah Suku Israel

Catatan Kuno Mengesahkan Lokasi Sebuah Suku Israel

 Menurut catatan Bible, apabila orang Israel menakluki Tanah yang Dijanjikan dan membahagi-bahagikan kawasan tersebut, 10 keluarga daripada suku Manasye telah diberikan tanah yang terletak di sebelah barat Sungai Yordan, berasingan daripada keluarga-keluarga lain dalam suku Manasye. (Yosua 17:1-6) Adakah penemuan kaji purba membuktikan hal ini?

 Pada 1910, ahli kaji purba menemui sebanyak 102 serpihan tembikar yang tertanam di Samaria. Serpihan-serpihan ini berasal dari abad kelapan SM, dan mengandungi tulisan yang diukir dalam bahasa Ibrani yang mencatatkan penghantaran barangan mewah seperti wain dan minyak kosmetik kepada istana di Samaria. Walaupun hanya 63 serpihan dapat dibaca sepenuhnya, namun apabila maklumat daripada semua serpihan ini digabungkan, kita dapat mengetahui maklumat seperti tarikh, nama keluarga, dan juga identiti pengirim dan penerima barang dagangan tersebut.

 Semua nama keluarga yang disebut dalam serpihan-serpihan Samaria ini merupakan keturunan Manasye. Oleh kerana itu, NIV Archaeological Study Bible mengatakan bahawa penemuan ini telah membuktikan catatan Bible benar mengenai tempat tinggal sesetengah keluarga dalam suku Manasye.

Ukiran ini menyebut tentang seorang wanita yang bernama Noa, yang merupakan keturunan Manasye

 Serpihan-serpihan Samaria ini juga mengesahkan kata-kata Amos mengenai orang kaya pada zamannya. Amos menulis dalam Bible, “[Mereka] minum wain dari mangkuk yang diisi penuh, dan [mereka] menyapu minyak yang bermutu tinggi pada tubuh [mereka].” (Amos 6:1, 6) Serpihan-serpihan dari Samaria membuktikan bahawa barangan mewah tersebut pernah diimport ke tanah yang didiami oleh 10 keluarga dalam suku Manasye.