Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Hutan Biriya di Galilea

Tahukah Anda?

Tahukah Anda?

Adakah kawasan Israel kuno mempunyai banyak hutan seperti yang dinyatakan dalam Bible?

BIBLE mengatakan bahawa sesetengah kawasan di Tanah yang Dijanjikan mempunyai hutan dan “banyak” pokok. (1 Raj. 10:27; Yos. 17:15, 18) Memandangkan tidak banyak hutan di Israel hari ini, banyak orang tertanya-tanya sama ada Israel kuno mempunyai banyak hutan.

Buah ara

Buku Life in Biblical Israel menjelaskan bahawa “terdapat banyak kawasan hutan di Israel pada masa kuno berbanding masa kini.” Pokok-pokok yang biasanya tumbuh di kawasan tanah tinggi ialah pokok pain (Pinus halepensis), oak (Quercus calliprinos), dan terebinth (Pistacia palaestina). Di Syefela, iaitu kawasan kaki bukit di antara kawasan pergunungan dan Pantai Mediterranean, terdapat banyak pokok ara (Ficus sycomorus).

Buku Plants of the Bible mengatakan bahawa sesetengah kawasan di Israel sekarang langsung tidak mempunyai pokok. Hal ini berlaku secara beransur-ansur. Buku itu juga berkata, “Manusia sering mengganggu alam semula jadi. Mereka ingin meluaskan kawasan kebun dan padang rumput bagi ternakan, serta mendapatkan bahan pembinaan dan bahan api.”