Lompat ke kandungan

Apakah Rahsia Keluarga yang Bahagia?

Apakah Rahsia Keluarga yang Bahagia?

Adakah rahsianya . . .

  • kasih sayang?

  • wang?

  • atau hal lain?

JAWAPAN BIBLE

“Berbahagialah orang yang mendengar firman Tuhan dan menurutinya!”​—Lukas 11:28, Terjemahan Dunia Baharu.

BIBLE MEMBANTU ANDA

Menikmati kasih sejati.​—Efesus 5:28, 29.

Saling menghormati.​—Efesus 5:33.

Mempunyai hubungan yang kukuh.​—Markus 10:6-9.

BOLEHKAH KITA MEMPERCAYAI BIBLE?

Boleh. Mari kita lihat dua sebab berikut:

  • Tuhan memulakan keluarga yang pertama. Menurut Bible, “setiap keluarga . . . menerima nama masing-masing” daripada Tuhan Yehuwa. (Efesus 3:14, 15) Jadi keluarga manusia wujud kerana Yehuwa telah memulakannya. Mengapakah hal ini penting?

    Fikirkan: Anda sedang makan lauk yang sedap dan ingin mengetahui bahan-bahan yang digunakan, siapakah yang akan anda tanya? Pastilah tukang masak.

    Begitu juga, untuk mengetahui rahsia keluarga yang bahagia, kita memerlukan bantuan Yehuwa kerana Dia telah memulakan keluarga yang pertama di bumi.​—Kejadian 2:18-24.

  • Tuhan mengambil berat tentang kita. Keluarga harus mendapatkan nasihat daripada Yehuwa. Nasihat-Nya ditulis di dalam Bible. Bible mengatakan bahawa ‘Dia mengambil berat tentang kita.’ (1 Petrus 5:6, 7) Yehuwa inginkan apa yang terbaik bagi kita dan nasihat-Nya selalu betul!​—Amsal 3:5, 6; Yesaya 48:17, 18.

CUBA FIKIRKAN

Bagaimanakah anda boleh menjadi suami, isteri, atau ibu bapa yang baik?

Bible memberikan jawapannya di EFESUS 5:1, 2 dan KOLOSE 3:18-21.