Surat daripada Yakobus 2:1-26

  • Sikap berat sebelah ialah dosa (1-13)

    • Kasih, hukum agung (8)

  • Iman tanpa perbuatan ialah iman yang mati (14-26)

    • Roh jahat percaya dan menggigil ketakutan (19)

    • Abraham dipanggil sahabat Yehuwa (23)

2  Saudara-saudaraku, wajarkah kamu beriman kepada Tuan Yesus Kristus yang mulia dan pada masa yang sama bersikap berat sebelah?+  Katakan ada dua orang yang datang ke perjumpaan kamu, seorang memakai cincin emas pada jari-jemarinya dan berpakaian mewah, manakala seorang lagi miskin dan berpakaian buruk.  Kamu menghormati orang yang berpakaian mewah itu dan berkata, “Sila duduk di tempat yang baik ini.” Tetapi kepada orang miskin itu pula kamu berkata, “Berdirilah di sana,” atau “Duduklah di atas lantai dekat alas kakiku.”+  Jika kamu berbuat begitu, tidakkah hal ini menunjukkan bahawa kamu bersikap berat sebelah+ dan menghakimi orang dengan jahat?+  Ketahuilah, saudara-saudaraku yang dikasihi: Walaupun sesetengah orang dianggap miskin dalam pandangan dunia, Tuhan telah memilih mereka dan menjadikan mereka kaya dalam iman.+ Mereka akan mewarisi Kerajaan yang dijanjikan oleh Tuhan kepada orang yang mengasihi-Nya.+  Namun, kamu memandang rendah pada orang miskin. Bukankah orang kaya yang menindas kamu+ dan mengheret kamu ke mahkamah?  Bukankah mereka yang menghina nama mulia yang kamu sandang?  Ayat suci menyatakan, “Kamu mesti mengasihi orang lain sepertimana kamu mengasihi dirimu sendiri.”+ Jika kamu mengamalkan hukum agung* ini, kamu sedang melakukan apa yang baik.  Tetapi jika kamu terus bersikap berat sebelah,+ kamu berdosa dan hukum itu juga menunjukkan dengan jelas bahawa kamu telah melanggar hukum.+ 10  Jika seseorang mematuhi seluruh Hukum tetapi melanggar salah satu perintah, dia sudah melanggar seluruh Hukum.+ 11  Tuhan yang berfirman, “Jangan berzina,”+ juga berfirman, “Jangan membunuh.”+ Meskipun kamu tidak berzina, tetapi jika kamu membunuh, kamu telah melanggar hukum. 12  Teruslah bercakap dan berkelakuan seperti orang yang akan dihakimi menurut hukum orang yang bebas.*+ 13  Orang yang tidak berbelas kasihan akan dihakimi tanpa belas kasihan.+ Belas kasihan lebih unggul daripada penghakiman. 14  Saudara-saudaraku, apa gunanya jika seseorang berkata bahawa dia beriman tetapi tidak menunjukkannya melalui perbuatan?+ Dapatkah iman sebegitu menyelamatkannya?+ 15  Andai kata seorang saudara atau saudari tidak mempunyai pakaian atau makanan seharian yang mencukupi, 16  tidak ada gunanya kamu berkata, “Semoga kamu sejahtera. Harap kamu makan sekenyang-kenyangnya dan mempunyai pakaian yang cukup untuk memanaskan badan,” tetapi tidak memberinya keperluan asas hidup.+ 17  Begitu juga, iman yang tidak disertai perbuatan ialah iman yang mati.+ 18  Namun mungkin ada yang berkata, “Kamu ada iman, tetapi aku ada perbuatan. Tunjukkanlah iman kamu yang tidak disertai perbuatan, dan aku akan menunjukkan imanku menerusi perbuatanku.” 19  Kamu percaya Tuhan hanya satu, bukan? Bagus. Tetapi roh-roh jahat pun percaya, dan mereka menggigil kerana takut akan Tuhan.+ 20  Hai orang yang berfikiran cetek, adakah kamu memerlukan bukti bahawa iman tanpa perbuatan ialah iman yang tidak berguna? 21  Fikirkan Abraham, bapa kita yang mempersembahkan anaknya Ishak di atas mazbah. Bukankah dia dianggap sebagai orang yang berbuat benar kerana perbuatannya itu?+ 22  Jelaslah bahawa imannya diiringi perbuatan, dan melalui perbuatannya, imannya menjadi sempurna.+ 23  Maka, berlakulah ayat yang berbunyi, “Oleh sebab Abraham beriman kepada Yehuwa,* dia diterima sebagai orang yang menyenangkan hati Tuhan,”+ dan dia dikenali sebagai “sahabat Yehuwa.”*+ 24  Sekarang kamu tahu bahawa seseorang diterima sebagai orang yang berbuat benar bukan hanya kerana imannya, tetapi juga kerana perbuatannya. 25  Demikian juga halnya dengan Rahab, pelacur itu. Bukankah dia diterima sebagai orang yang berbuat benar kerana perbuatannya? Dia telah menyambut pengintip-pengintip* dengan ramah dan menghantar mereka keluar melalui jalan lain.+ 26  Oleh itu, sebagaimana tubuh yang tidak bernyawa* ialah tubuh yang mati,+ demikian juga iman yang tidak disertai perbuatan ialah iman yang mati.+

Nota Kaki

Atau “diraja.”
Harfiah, “hukum kebebasan.”
Harfiah, “utusan-utusan.”
Atau “tidak ada nafas.”