Pengkhutbah 8:1-17

  • Pemerintah manusia yang tidak sempurna (1-17)

    • Mematuhi perintah raja (2-4)

    • Manusia menguasai manusia sehingga mereka menderita (9)

    • Akibat apabila orang tidak dihukum dengan segera (11)

    • Makan, minum, dan bersukacita (15)

8  Siapakah seperti orang bijaksana? Siapakah yang dapat menyelesaikan masalah?* Kebijaksanaan seseorang membuat wajahnya berseri-seri dan melembutkan wajahnya yang tegas.  Aku berkata, “Patuhilah perintah raja+ kerana kamu telah bersumpah kepada Tuhan.+  Janganlah terburu-buru meninggalkan raja.+ Janganlah terlibat dalam perkara yang jahat.+ Raja dapat bertindak sesuka hatinya  kerana tiada sesiapa yang dapat mencabar perintah raja+ dan berkata, ‘Apakah yang tuanku sedang lakukan?’”  Orang yang mematuhi perintah tidak akan ditimpa masalah.+ Orang yang bijaksana tahu masa yang sesuai dan tindakan yang harus diambil.+  Manusia menghadapi banyak masalah, dan terdapat masa yang sesuai dan tindakan yang harus diambil untuk setiap perkara.+  Memandangkan tiada sesiapa pun yang tahu hal yang bakal berlaku, siapakah yang dapat menjelaskan bagaimana hal itu akan berlaku?  Sebagaimana tiada orang yang dapat menguasai atau mengawal nafas hidup, demikian juga tiada orang yang dapat menguasai hari kematian.+ Sebagaimana seorang askar tidak diizinkan untuk pulang semasa perang, demikian juga kejahatan tidak mengizinkan orang yang mengamalkannya untuk melepaskan diri.*  Aku telah melihat semua ini, dan hatiku merenungkan semua pekerjaan yang dilakukan di bawah matahari. Sepanjang masa itu, manusia menguasai manusia sehingga mereka menderita.+ 10  Dahulunya orang jahat keluar masuk dari tempat suci, tetapi sekarang aku nampak mereka dikebumikan. Tidak lama lagi, mereka akan dilupakan di kota tempat mereka melakukan kejahatan.+ Semua ini juga sia-sia. 11  Manusia semakin berani melakukan kejahatan+ kerana orang yang berbuat jahat tidak segera dihukum.+ 12  Walaupun orang yang berdosa melakukan 100 kesalahan, mereka masih dapat hidup lama. Tetapi aku sedar bahawa orang yang takut kepada Tuhan yang benar akan beroleh kebahagiaan kerana mereka takut kepada-Nya.+ 13  Sebaliknya orang yang jahat tidak akan beroleh kebahagiaan+ dan tidak dapat memanjangkan umur mereka. Jangka hidup mereka seperti bayang-bayang+ kerana mereka tidak takut kepada Tuhan. 14  Ada suatu perkara sia-sia yang berlaku di bumi, iaitu orang baik diperlakukan seperti orang jahat,+ dan orang jahat diperlakukan seperti orang baik.+ Ya, hal ini memang sia-sia. 15  Oleh itu, aku menyimpulkan bahawa orang harus bergembira,+ kerana perkara terbaik yang dapat dilakukan di bawah matahari ialah makan, minum, dan bersukacita, serta menikmati hasil kerja keras mereka sepanjang hidup.+ Hal ini ialah pemberian daripada Tuhan yang benar kepada orang yang hidup di bawah matahari. 16  Aku bertekad untuk memperoleh kebijaksanaan dan melihat segala yang telah dilakukan di bumi ini,+ sehingga aku berjaga siang dan malam.* 17  Kemudian aku merenungkan segala perbuatan Tuhan yang benar, dan aku sedar bahawa manusia tidak dapat memahami apa yang berlaku di bawah matahari.+ Mereka telah berusaha dengan sedaya upaya, tetapi mereka masih tidak dapat memahaminya. Meskipun mereka mendakwa bahawa mereka cukup bijaksana untuk memahaminya, mereka sebenarnya masih tidak dapat memahaminya.+

Nota Kaki

Atau “dapat mentafsirkan suatu perkara?”
Atau mungkin, “kejahatan tidak dapat menyelamatkan orang yang jahat.”
Atau mungkin, “iaitu manusia tidak tidur, baik pada waktu siang mahupun pada waktu malam.”